KUALA LUMPUR: Pemergian Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan di Institut Jantung Negara hari ini, merupakan satu kehilangan tokoh yang digeruni penjenayah namun disanjungi dalam pasukan keselamatan negara.
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang memulakan khidmat sebagai Kadet ASP dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan gaji RM460 itu tidak mempunyai istilah gentar dalam dirinya, sebaliknya beliau amat digeruni penjenayah.
Kes-kes berprofil tinggi yang dikendalikan anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu berjaya diselesaikan dengan rata-rata ketua kumpulan penjenayah terbabit tumpas, dan ada yang ditembak mati.
Bentong Kali, penjenayah yang digelar 'trigger happy' yang membunuh 16 orang sebelum ditembak mati oleh polis, Botak Chin dan kejadian tebusan Tentera Merah Jepun (Japanese Red Army) di Kuala Lumpur adalah antara beberapa kes berprofil tinggi yang kendalikan Zaman Khan.
Malah, ketika mengendalikan kes Bentong Kali, beliau yang ketika itu Pengarah JSJ pernah dihubungi sendiri oleh penjenayah itu. P. Kalimuthu @ Bentong Kali untuk bertemu di sebuah kelab golf, namun penjenayah yang ditembak mati pada 29 Jun 1993 itu tidak muncul seperti dijanjikan.
Selain itu, Zaman Khan turut diberi tanggungjawab untuk mengendalikan kes pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam Datuk Mazlan Idris melibatkan pasangan bomoh Maznah Ismail atau dikenali sebagai Mona Fandey dan Affandi Abdul Rahman pada Julai 1993.
Penglibatannya dalam pelbagai kes berprofil tinggi ini dan disifatkan sebagai 'no nonsense man' (membujur laju melintang patah) menyebabkan beliau digeruni penjenayah sehingga namanya terkenal di seluruh negara pada era tahun 70-an hingga 80-an sekali gus menaikkan imej pasukan PDRM.
Jasa dan bakti beliau tidak terhenti di situ, sebaliknya selepas dilantik sebagai Pengarah Jabatan Penjara Malaysia pada Februari 1994, Zaman Khan banyak memperkenalkan idea dalam memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penghuni penjara.
Antara buah fikirannya adalah sistem peralatan keselamatan moden berteknologi tinggi dan mewujudkan Taman Mini di penjara bagi mengelak penyeludupan masuk barangan yang ditegah ke dalam penjara.
Beliau juga turut membenarkan banduan di seluruh negara membuat panggilan telefon kepada kaum keluarga terdekat sebagai satu daripada usaha pemulihan.
Tanggal 31 Dis 1996, Zaman Khan bersara daripada kerajaan ketika berusia 55 tahun dengan jawatan terakhir dalam perkhidmatan awam sebagai Pengarah Jabatan Penjara.
Sepanjang perkhidmatannya dalam PDRM, Zaman Khan menyandang pelbagai jawatan antaranya Ketua Trafik Kuala Lumpur (1972-1974); Ketua Polis Daerah Petaling Jaya (1974); Ketua Polis Negeri Sembilan (1977-1979); Ketua Polis Pulau Pinang (1979-1984); dan Ketua Polis Kuala Lumpur (1984-Julai 1987).
Beliau kemudian dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraan Awam Bukit Aman (Ogos 1987-1989); dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (1989-1994).
Selain itu, bapa kepada lima cahaya ini turut melibatkan diri dalam bidang sukan antaranya bola sepak dan rugbi.
Sebagai menghargai jasa dan perkhidmatannya, Zaman Khan dianugerahi gelaran Tan Sri pada 2011 dan pelbagai anugerah lain termasuk dinobat sebagai penerima anugerah Maulidur Rasul 1434H.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 11 2021

Pemergian Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan di Institut Jantung Negara hari ini, merupakan satu kehilangan tokoh yang digeruni penjenayah namun disanjungi dalam pasukan keselamatan negara.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.

Zaman Khan, individu penting tumpaskan Bentong Kali
Pemergian Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan di Institut Jantung Negara hari ini, merupakan satu kehilangan tokoh yang digeruni penjenayah namun disanjungi dalam pasukan keselamatan negara.

Tan Sri Zaman Khan meninggal dunia
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan meninggal dunia.