Zakat Pulau Pinang (ZPP) memberi jaminan tiada wang zakat yang disumbangkan umat Islam di negeri itu diselewengkan ekoran penahanan empat pegawai agensi itu termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) pada Selasa.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dalam Negeri, Datuk Abdul Malik Kasim berkata, penahanan pegawai ZPP oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu adalah bagi membantu siasatan yang menjurus kepada penyelewengan peribadi.
Jesteru, pihaknya berharap umat Islam tidak bimbang dan memberi ruang kepada pihak SPRM untuk menjalankan siasatan berhubung perkara itu.
“Kita ingin menjamin iaitu tidak ada penyelewengan wang zakat. Apa yang kita lihat penahanan ini ialah satu penyiasatan terhadap pegawai dan kita boleh tunggu dan lihat apakah keputusannya.
“Saya ingin nyatakan di sini, setakat ini tidak ada penyelewengan wang zakat dan ini adalah satu jaminan... insyaAllah memang tidak ada,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
BACA: Pegawai kanan ZPP antara 11 ditahan pecah amanah
Selain itu katanya, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan menjalankan siasatan dalaman ke atas empat pegawainya bagi mengenal pasti sama ada berlaku unsur penyelewengan dan rasuah.
Tambah Abdul Malik lagi, Ahli Lembaga ZPP juga akan mengadakan mesyuarat khas pada Khamis, bagi melihat semula soal pentadbiran dalam agensi itu ekoran penahanan empat pegawainya .
Sementara itu, dalam perkembangan sama, Abdul Malik turut mengesahkan juruaudit bebas pernah dipanggil untuk membuat pemeriksaan ke atas ZPP pada 2015 berikutan wujud laporan terhadap proses tender bagi urusan pembelian di bawah agensi berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, juruaudit bebas itu tidak menemui sebarang unsur penyelewengan dalam pemeriksaan mereka namun mengesyorkan supaya beberapa prosedur berkaitan kewangan diperketatkan.
Abdul Malik berkata, pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam membantu siasatan berhubung kes tersebut.
Mengenai kedudukan CEO ZPP, beliau menjelaskan, setakat ini pihaknya tidak boleh mengambil sebarang tindakan sehingga siasatan SPRM selesai.
Abdul Malik berkata demikian pada sidang media di Pejabatnya di Komtar, Pulau Pinang pada Rabu.
Hadir sama, Yang Dipertua MAINPP, Datuk Mohd Salleh Man.
Pada Selasa, empat pegawai Kanan ZPP bersama tujuh kontraktor di tahan SPRM bagi membantu siasatan kes penyelewengan wang zakat yang diperuntukkan untuk projek pembangunan masyarakat sejak tiga tahun lalu.
Mereka yang berusia 35 hingga 52 tahun direman selama seminggu sehingga 15 Mei ini.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed May 10 2017
![Zakat Pulau Pinang: Tiada wang zakat diselewengkan Zakat Pulau Pinang: Tiada wang zakat diselewengkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/51494336310_SPRMGeorgeTown.jpg)
Empat pegawai Zakat Pulau Pinang (ZPP) serta tujuh kontraktor ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan wang dana zakat negeri bagi kepentingan diri sendiri. - Foto BERNAMA
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Rasuah RM20,000: Pegawai kanan PBT direman tiga hari Rasuah RM20,000: Pegawai kanan PBT direman tiga hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-09/81474289667_SPRM.jpg)
Rasuah RM20,000: Pegawai kanan PBT direman tiga hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 46 tahun itu dikeluarkan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman selepas mendapat permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Selangor.
![Pegawai kanan Kastam didakwa tidak serah rampasan sisik tenggiling kepada Perhilitan Pegawai kanan Kastam didakwa tidak serah rampasan sisik tenggiling kepada Perhilitan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717140433_AhmadHilmiGhazali.jpg)
Pegawai kanan Kastam didakwa tidak serah rampasan sisik tenggiling kepada Perhilitan
Seorang pegawai kanan JKDM dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan tidak menyerahkan rampasan sisik tenggiling kepada Perhilitan.
![Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke China Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716381707_tbTPMHongKongZa.jpg)
Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke China
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Hong Kong pada Rabu untuk memulakan lawatan rasmi ke China.
![Kes seleweng dana RM1.2 bilion: 2 pegawai kanan badan berkanun direman Kes seleweng dana RM1.2 bilion: 2 pegawai kanan badan berkanun direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715771019_PenjawatawamSPRM.jpg)
Kes seleweng dana RM1.2 bilion: 2 pegawai kanan badan berkanun direman
Dua pegawai kanan badan berkanun ditahan SPRM kerana disyaki menyalah guna kuasa dan menyeleweng dana daripada Kementerian Kewangan berjumlah RM1.2 bilion.
![Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714059291_TBMohamadHasan.jpg)
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
![PDRM umum pertukaran 20 pegawai kanan PDRM umum pertukaran 20 pegawai kanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706696906_TBLOGOPDRM.jpg)
PDRM umum pertukaran 20 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 20 pegawai kanannya berkuat kuasa 6 Mei ini.
!['Pangkat bukan untuk bermegah, ingat dunia akhirat' - Timbalan KPN 'Pangkat bukan untuk bermegah, ingat dunia akhirat' - Timbalan KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703827108_AyobKhanMydinPitc.jpg)
'Pangkat bukan untuk bermegah, ingat dunia akhirat' - Timbalan KPN
Timbalan Ketua Polis Negara memberi peringatan kepada pegawai kanan PDRM supaya tidak menjadikan pangkat sebagai sesuatu yang dimegahkan.
![Dakwaan gangguan seksual: Pegawai kanan Maritim selesai beri keterangan Dakwaan gangguan seksual: Pegawai kanan Maritim selesai beri keterangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700737388_TBIPDPutrajaya.jpg)
Dakwaan gangguan seksual: Pegawai kanan Maritim selesai beri keterangan
Pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang sebelum ini dikaitkan dengan kes gangguan seksual telah dirakam keterangan pada Khamis.
![Pegawai kanan polis antara tiga ditahan SPRM - Ketua Polis Negara Pegawai kanan polis antara tiga ditahan SPRM - Ketua Polis Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692160842_TBRazarudinHusain.jpg)
Pegawai kanan polis antara tiga ditahan SPRM - Ketua Polis Negara
Razarudin Husain ketika mengesahkan perkara itu, berkata perincian lanjut mengenai penahanan mereka akan dibuat oleh Ketua Polis Johor.
![SPRM tahan pegawai kanan kerajaan negeri bantu siasatan kes REE di Kedah SPRM tahan pegawai kanan kerajaan negeri bantu siasatan kes REE di Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690184129_TBKEDAHREEjpg.jpg)
SPRM tahan pegawai kanan kerajaan negeri bantu siasatan kes REE di Kedah
SPRM menahan reman seorang pegawai kanan yang berkhidmat dengan Kerajaan Negeri bagi membantu siasatan berhubung rasuah dan salah guna kuasa dalam perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah.