Ringkasan AI
- Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menafikan dakwaan bahawa pegawai kanan PDRM melindungi GISB, menyatakan ia adalah fitnah dari akaun palsu.
- Polis lakukan serbuan terhadap 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISB, risalah dan barang khurafat dijumpai.
- Dakwaan melibatkan pegawai PDRM dengan GISB tular di TikTok, tetapi disahkan tidak benar oleh pihak polis.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menafikan dakwaan tersebut dan berkata ia merupakan satu fitnah terhadap pasukan polis yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab melalui akaun palsu.
"Kita tahu ini adalah akaun palsu yang mencipta fitnah berkenaan, dan dakwaan melibatkan pegawai polis dengan GISB adalah tidak benar," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok menamakan beberapa pegawai kanan PDRM yang didakwa melindungi dan menerima wang daripada syarikat itu untuk kegunaan peribadi.
Pada 11 Sept lepas, polis mula mengadakan Op Global yang menyaksikan serbuan terhadap 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan dikaitkan dengan GISB.
Syarikat tersebut didakwa terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban.
Fasa keempat Op Global yang dijalankan di seluruh Semenanjung Malaysia semalam turut menemukan beberapa risalah yang mengandungi elemen bercanggah dengan ajaran agama Islam serta barang khurafat.
-- BERNAMA