RAMAI yang menyuarakan antara sebab utama mereka memilih untuk terus memberikan zakat kepada asnaf yang mereka kenali adalah untuk mengurangkan kos pengurusan dan birokrasi dari pemberian berkenaan, logiknya, daripada mereka memberikan kepada pihak ketiga yang mempunyai caj-caj mereka untuk pengurusan dan lain-lain, adalah lebih baik mereka terus berikan kepada para asnaf yang ada di depan mata.
Antara sebab lain juga ialah isu defisit kepercayaan terhadap institusi zakat yang ada tanpa menafikan penghormatan dan juga pengiktirafan mereka terhadap usaha-usaha yang telah dilakukan oleh badan-badan pungutan dan agihan zakat.
Saya berpendapat bahawa perkara ini boleh diselesaikan dengan harmoni tanpa kedua-dua pihak massa dan institusi zakat negeri saling menunding jari dan menyalahkan satu sama lain.
Antara solusi yang wajar difikirkan ialah penyebaran maklumat yang lebih meluas oleh pihak berwajib tentang usaha-usaha mereka secara merakyat.
Di samping itu, mereka perlu juga melibatkan seramai mungkin relawan atau kumpulan sokongan dari kalangan massa untuk bersama terlibat dalam usaha pengagihan.
Antara trending anak-anak muda urban dan berpendidikan di Malaysia hari ini ialah keminatan mereka terhadap usaha relawan yang banyak boleh kita baca dan lihat samada di media arus perdana mahupun media sosial.
TFTN, wakaf buku, Dapur Jalanan, Projek Nasi Lemak dan juga seribu satu NGO dan persatuan masyarakat sivil yang membantu mangsa banjir di Kelantan adalah di antara contoh keterlibatan masyarakat kita yang semakin tinggi dalam bidang sukarelawan.
Bahasa politiknya, mereka ini adalah aktor masyarakat sivil yang bukan kerajaan.
Jika badan-badan zakat tidak mengambil peluang untuk terlibat dan melibatkan anggota masyarakat di dalam usaha pengagihan, selagi itulah banyak persepsi yang akan timbul.
Badan-badan zakat perlu keluar dari kepompong birokrasi dan mentaliti yang merasakan bahawa hanya mereka sebagai autoriti yang lebih tahu dan hanya mereka sahaja wakil tunggal dalam mengoperasikan zakat di dalam membantu asnaf. Mereka perlu bersama segmen massa yang semakin berkembang dan menjadi arus di kalangan anak-anak muda dewasa ini.
Antara solusi lain yang wajar dipertimbangkan oleh autoriti agama di negeri-negeri juga ialah proses devolusi kutipan dan pengagihan zakat.
Mekanisme devolusi ialah dengan memberdayakan NGO-NGO yang berdaftar, mempunyai reputasi dan rekod yang cemerlang di dalam usaha-usaha kebajikan dan kemanusiaan agar mempunyai peranan yang diiktiraf oleh pihak autoriti agama dan sah untuk mengutip dan mengagihkan zakat kepada asnaf dengan sistem tatakelola atau governan yang efisien.
Ia boleh dilakukan dengan pemantauan dan audit yang ketat oleh autoriti agama dan pihak ketiga. Di samping itu pihak massa yang membayar zakat dan juga kelompok asnaf zakat sebagai pemegang saham juga menjadi penilai mereka.
Selagi mereka mempunyai rekod pungutan dan pengagihan serta sistem tatakelola yang baik, selagi itulah lesen mereka sebagai institusi-mikro pemungut dan pengagihan zakat itu diteruskan, tetapi jika sebaliknya, maka pihak berwajib berhak menariknya semula.
Di samping itu pihak pembayar zakat juga mempunyai lebih banyak pilihan untuk membayar zakat mereka kepada pihak yang mereka lebih percaya dan lebih yakini.
Di dalam proses ini, para pembayar zakat diberdayakan dan diberikan kebebasan untuk memilih berdasarkan pertimbangan, kajian dan pengamatan mereka. Ia menjadi sebahagian dari proses pendidikan masyarakat untuk menjadi masyarakat bermentaliti negara maju.
Proses seumpama ini banyak dilakukan oleh NGO-NGO, badan -badan kebajikan dan juga pusat-pusat Islam di luar negara, terutamanya di negara-negara maju. Sebagai contoh, Islamic Relief UK, Interpol, Green Hands dan lain-lain lagi badan seumpamanya di UK bergerak seperti ini.
Apapun di dalam konteks Malaysia, sikap defensif badan-badan zakat dan autoriti agama di dalam isu zakat yang sering timbul dan tenggelam mengikut musim perlu dielakkan.
Berbanding dengan pendekatan menghukum dengan mengharamkan individu memberikan zakat terus kepada asnaf, ataupun terus membawa label-label hukuman yang lain, seeloknya pihak terlibat lebih membawa laras bahasa yang rasional, inklusif dan membuka ruang dialog dan perbincangan yang lebih sivik.
Ditakuti dengan pendekatan menghukum dan melabel apatah lagi bersikap defensif, ia semakin menebalkan lagi defisit kepercayaan massa terhadap autoriti agama, bukan sahaja di dalam isu zakat, malah dalam isu-isu lain juga. Ini adalah keadaan yang tidak membantu.
* Dr Maszlee Malik merupakan serorang pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Astro Awani
Sun Jun 26 2016
Sikap defensif badan-badan zakat dan autoriti agama di dalam isu zakat yang sering timbul dan tenggelam mengikut musim perlu dielakkan.- Gambar hiasan
Vietjet lancar penerbangan terus Hanoi-Kuala Lumpur, tingkatkan kesalinghubungan ASEAN
Syarikat penerbangan Vietjet, mengumumkan perkhidmatan baharu penerbangan terus di antara Hanoi dengan Kuala Lumpur.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 November 2024
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Sidang kemuncak iklim PBB tidak capai apa-apa - Ahli sains Jerman
"Kita sudah mengadakan 28 sidang kemuncak, tetapi pelepasan gas telah meledak."
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
MAIWP sentiasa komited bantu anak-anak asnaf dan huffaz
MAIWP menyediakan 38 skim bantuan merangkumi kebajikan, pendidikan, keusahawanan dan perlindungan dari pusat asuhan hingga ke IPT.
Latihan berstruktur sektor ekonomi digital berjaya stabilkan pendapatan, perniagaan asnaf
Lebih daripada 30 asnaf bersama ahli keluarga mereka telah diraikan di Majlis Graduasi MyREF Hijrahpreneur Skills Program (MyREF HSP) di Auditorium High Impact Research, Universiti Malaya.
MAIWP korban 17 ekor lembu untuk asnaf sempena ulang tahun ke-50
Diagihkan kepada 500 asnaf dari sekitar Parlimen Batu, sumbangan daripada individu, warga kerja MAIWP serta anak-anak syarikat MAIWP.
Aidiladha: Bantuan Insentif Khas RM500 kepada asnaf MAIWP
MAIWP akan menyalurkan Bantuan Insentif Khas sebanyak RM500 kepada asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai persediaan menyambut Aidiladha.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Bantu lapor kepada MAIPs jika ada isu keciciran asnaf - Raja Muda Perlis
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ia bagi memastikan usaha mengenal pasti keperluan bantuan dapat dilaksanakan MAIPs.
MAIPs peruntuk RM7 juta laksana program latihan kemahiran asnaf
MAIPs memperuntukkan RM7 juta kepada Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) untuk pelaksanaan program aktiviti berbentuk latihan kemahiran asnaf dan pengurusan bagi tahun ini.
The Raw. infak 50 tan beras untuk 10,000 keluarga asnaf
Dijayakan bersama Pertubuhan Kebajikan Richworks (RichWell); Enrichment Media Lab Sdn. Bhd. dengan kerjasama Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (Gerakwanis).
Agong kurnia sumbangan peribadi 25,000 kampit beras kepada asnaf
Berdasarkan hantaran melalui akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sumbangan itu dikurniakan kepada asnaf di sekitar Kuala Lumpur.
Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan
Yayasan Ikhlas telah mengadakan Lawatan ke Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan demi memberikan hiburan dan keceriaan kepada 30 anak OKU.