KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menangguhkan pemeriksaan balas pihak pendakwaan ke atasnya sementara menunggu keputusan rayuan, memutuskan bahawa tertuduh tidak akan diprejudis semasa pemeriksaan balas.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah dalam keputusannya berkata tiada keadaan khas untuk membenarkan permohonan Ahmad Zahid bagi penangguhan.
"Tertuduh (Ahmad Zahid) bebas menemu bual saksi bila-bila masa, sebahagian daripada mereka adalah ahli keluarganya malah pihak pendakwaan komited untuk membantu beliau. Beliau tidak dinafikan perbicaraan yang adil," kata hakim.
Bekas timbalan perdana menteri itu memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding membela diri dalam kes rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB) sehingga rayuannya untuk mendapatkan salinan percakapan saksi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diputuskan Mahkamah Rayuan.
Pemeriksaan balas terhadap Ahmad Zahid bermula Khamis lalu selepas beberapa hari memberi keterangan membela diri dalam kes itu.
Ketika menolak permohonan penangguhan itu, Hakim Sequerah berkata mahkamah terikat dengan kes terdahulu melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila Mahkamah Persekutuan menolak permohonan beliau untuk akses kenyataan saksi yang dicarinya.
"Mengikut prinsip penentu dalam kes Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Persekutuan yang sudah tentu mengikut mahkamah ini, saya mendapati pemohon (Ahmad Zahid) gagal memenuhi ambang yang ditetapkan.
"Permohonan ditolak, proses perbicaraan dan pemeriksaan balas terhadap tertuduh akan diteruskan," katanya.
Hakim Sequerah menangguhkan perbicaraan itu sehingga esok selepas peguam utama Ahmad Zahid, Hisyam Teh Poh Teik memberitahu bahawa beberapa peguam yang mewakili anak guamnya tidak sihat.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran berhujah meneruskan prosiding itu di Mahkamah Tinggi tidak prejudis terhadap hak pemohon untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dan tidak akan menyebabkan ketidakadilan.
Beliau berhujah bahawa pemohon tidak pernah dihalang daripada menyediakan dan meneruskan pembelaannya kerana saksi-saksi yang tersenarai dalam afidavitnya sama ada dikenalinya atau mempunyai pertalian darah dengannya.
"Ia adalah lebih bermanfaat kepada pemohon bahawa kesnya diteruskan di Mahkamah Tinggi kerana beliau akan mendapat peluang lebih awal untuk membela diri," katanya.
Raja Rozela menambah bahawa Ahmad Zahid berdepan dengan pertuduhan yang serius dan perbicaraan melibatkan bekas timbalan perdana menteri itu diikuti oleh orang ramai.
Beliau berkata perbicaraan itu telah memakan masa tiga tahun dan permohonan itu adalah percubaan untuk menangguhkan penyelesaian awal perbicaraan itu.
"Perbicaraan ini juga mempunyai kepentingan awam dan nasional dan sebarang cubaan untuk menghalang kemajuan prosiding mesti ditolak," katanya.
Hisyam pula membalas bahawa permohonan itu bukan untuk melengahkan perbicaraan tetapi adalah untuk memastikan anak guamnya mendapat perbicaraan yang adil.
Beliau berkata kes itu melibatkan kepentingan awam dan Ahmad Zahid perlu memberi keterangan penuh dan lengkap semasa pemeriksaan utama sebelum pemeriksaan balas.
Berhubung kes itu yang telah berjalan selama tiga tahun sejak 2019, Hisyam berkata pihak pembelaan tidak harus dipersalahkan atas penutupan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa tercetusnya pandemik COVID-19.
Pada 24 Jan lepas, mahkamah memerintahkan Ahmad Zahid membela diri atas 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 04 2022
Pemeriksaan balas terhadap Ahmad Zahid bermula Khamis lalu selepas beberapa hari memberi keterangan membela diri dalam kes itu. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Jika benda asas gagal kuasai, usah berangan hapus rasuah
Antara cara menangani rasuah adalah dengan pegawai kerajaan tertinggi menunjukkan contoh kepada anak buah mereka, misalnya menawarkan kontrak besar perlu melalui tender terbuka.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
SPRM tumpu siasatan kenal pasti aset diperoleh FashionValet
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini menjurus ke arah mengenal pasti aset dan pemilikan serta sumber kewangan yang diperoleh pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Kos bina baharu rumah PPRS dinaikkan - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan menaikkan peruntukan bagi membina rumah baharu di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Bangunan Semarak20: Pengerusi, CEO Felcra Berhad diarah beri penjelasan kepada PAC
Ahmad Zahid akan mengarahkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, memberi penjelasan kepada PAC berhubung prestasi penjualan bangunan Komersial Semarak20.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
24 projek KKDW yang tertangguh sejak 2016 hingga 2022 siap sebelum RMK13 - Ahmad Zahid
Sejumlah 24 projek Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Sarawak yang tertangguh sejak 2016 hingga 2022, akan siap sebelum pelancaran RMK13.
BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid
Pengerusi BN mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.
Diesel: Naikkan kuota munasabah demi kepentingan awam - Ahmad Zahid
Kata Ahmad Zahid, kenaikan sebanyak 4,000 liter berbanding kuota ketika ini itu dilihat munasabah dan sejajar keperluan penggunaan setiap bas.
KBS bantu inisiatif pembangunan bakat sukan badan beruniform - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata perkara itu dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh beliau, hari ini.
Pelantikan sebagai Penasihat Pelaburan Masyarakat Cina tidak jejas kedudukan Ka Siong - Zahid
Ahmad Zahid berkata pelantikan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebagai Penasihat Pelaburan Masyarakat Cina di Malaysia tidak menjejaskan kedudukan beliau.