Jamalul Kiram III, tidak mempunyai hak untuk mempersoalkan undang-undang Malaysia.
Berikut reaksi Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas individu yang mengelar dirinya sebagai Sultan Sulu itu mengutuk kerajaan Malaysia kerana menuduh lapan warga Filipina atas tuduhan pengganasan dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
“Biar mahkamah yang membuat keputusan. Dia tidak patut mempersoalkan undang-undang kita,” kata Ahmad Zahid dalam satu pesanan mesej ringkas kepada Astro Awani.
Turut menyuruh Jamalul untuk jangan mencelah dalam hal negara islah Peguam negara Tan Sri Gani Patail.
Gani memberitahu Astro Awani semalam, jika Jamalul datang ke Sabah dia juga akan dakwa dia atas tuduhan pengganasan dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Jamalul, melalui jurucakapnya, Abraham Idjirani berkata tuduhan itu tidak sah kerana ‘Malaysia tidak memiliki Sabah’.
Idrijani menyatakan 'sultan' akan memfailkan aduan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kerajaan Malaysia yang mendakwa lapan warga Filipina sebagai pengganas.
"Kami mengutuk kekejaman pihak Malaysia kerana mereka tidak memiliki Sabah. Mereka hanya menghuni negeri itu. Malah kerajaan Malaysia masih membayar pajakan kepada 'Sultan' Sulu," dakwa Idrijani.
"Kami bimbang lapan warga Filipina itu kini didakwa atas tuduhan yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati. Tuduhan itu tidak sah kerana Sabah di bawah takluk 'Sultan' Sulu," tambahnya.
Pada Rabu, lapan warga Filipina didakwa di Mahkamah Tinggi Tawau atas kesalahan melancarkan perang keatas Yang Di-Pertuan Agong serta menimbulkan keganasan.
Dua daripada tertuduh, Atik Hussin Abu Bakar dan Basad Manuel, berhadapan dengan hukuman mati dan yang lain akan dipenjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan.
Atik dan Bashad didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan atas pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan dibacakan bersama enam yang lain mengikut Seksyen 130KA kanun yang sama kerana menjadi ahli kumpulan pengganas.
Atik didakwa melakukan kesalahan di Kampung Tanjung Labian, Lahad Datu dari 9 Feb hingga 3 Mac lepas manakala Basad melakukan dua kesalahan yang sama dari 9 Feb hingga 2 Mac di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Empat individu lain, Lin Mad Salleh, Holland Kalbi, Habil Suhaili dan Timhar Hadir didakwa kerana terlibat dengan anggota pengganas.
T K Letchumy Tamboo
Sat Mar 23 2013


Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Pengganas Sulu rancang balas dendam - Nur Jazlan
Kumpulan pengganas Sulu di selatan Filipina sedang merancang untuk melancarkan serangan 'balas dendam di Lahad Datu susulan kegagalan mereka menawan Sabah pada 2013.

Pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel Kiram dipersoal ahli politik termasuk pembangkang
Sebahagian daripada anggota parlimen membidas perbuatan Naib Presiden PKR itu kerana ia melukai perasaan penduduk Sabah terutamanya di Lahad Datu.

Filipina akan terus kaji kedudukan tuntutan Sabah - Istana Malacanang
Filipina tidak akan menghentikan usaha mengkaji kedudukan tuntutan ke atas Sabah hanya semata-mata Jamalul Kiram III sudah meninggal dunia.

Rakyat tunggu penangkapan Jamalul Kiram - Datu Nasrun
Laporan bahawa Jamalul Kiram III dan pengikutnya akan ditahan dalam masa terdekat menggembirakan masyarakat Lahad Datu.

Dakwaan Kiram tidak berasas -- Polis
Dakwaan oleh 'Sultan' Sulu Jamalul Kiram III yang pengikut-pengikutnya telah menubuhkan markas yang baru di kawasan pedalaman Sabah sama sekali tidak berasas.

Zahid: Dia tidak berhak persoal undang-undang Malaysia
Jamalul Kiram III, tidak mempunyai hak untuk mempersoalkan undang-undang Malaysia, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Peguam pertahan tuduhan terhadap warga Filipina
Beberapa peguam bekerjasama untuk memepertahankan sistem perundangan negara.

Saya akan dakwa Jamalul Kiram III juga! - Peguam Negara
Kalau Jamalul Kiram III datang ke Sabah, saya akan dakwa dia atas tuduhan pengganasan dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong!

Jamalul Kiram isytihar perang gerila ke atas Malaysia - Media Filipina
Pada mulanya, dia hendak gencatan senjata. Sekarang Jamalul Kiram III, menarik balik perintah gencatan senjata.

Filipina pintas suspek pengganas Sulu di perairan pulau Tawi-Tawi
Menurut laporan laman portal Filipina, mereka ditahan kerana memiliki senjata secara haram dan mencabuli undang-undang pengharaman senjata.