Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah menjelaskan kepada dua pemimpin kerajaan United Kingdom (UK) bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan rawatan pakar perubatan tempatan untuk mengubati masalah kesihatan yang dialaminya selain dibenarkan membawa pakar perubatan dari luar negara merawatnya di Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri berkata penjelasan itu diberikan kepada Setiausaha Dalam Negeri UK Theresa May dan Menteri Negara di Pejabat Luar Negeri dan Komanwel Hugo Swire yang bertanya mengenai rawatan perubatan kepada bekas ketua pembangkang Malaysia itu semasa beliau bertemu mereka secara berasingan di sini pada Selasa dan Rabu.
Ahmad Zahid yang menamatkan lawatan empat hari ke UK pada Rabu berkata kedua-dua pemimpin itu bertanyakan soalan itu dengan mengaitkannya kepada sepucuk surat yang dihantar oleh Perdana Menteri UK David Cameron kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertanyakan mengenai rawatan yang diberikan kepada Anwar, yang kini sedang menjalani hukuman di penjara Sungai Buloh.
Pada pertemuan itu, beliau juga telah menjelaskan kepada mereka bahawa Najib turut menerima surat daripada presiden Georgetown University yang melampirkan dua pucuk surat iaitu daripada Setiausaha Negara Amerika John Kerry dan penasihat keselamatan Amerika Susan Rice bertanyakan persoalan yang sama.
"Tentunya pertanyaan ini ada kaitan dengan gambaran solah-olahnya Anwar tidak langsung diberikan sebarang layanan yang sepatutnya, terutama dari segi pemberian rawatan dan perubatan yang sepatutnya diberikan.
"Saya telah menyatakan bagi pihak kerajaan Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia bahawa sesungguhnya Anwar telah diberikan rawatan yang sepatutnya.
"Ini termasuklah keputusan oleh Jabatan Penjara untuk membenarkan kumpulan pakar perubatan dari Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, datang ke Malaysia bagi menjalankan rawatan dan melakukan sebarang prosedur operasi terhadap sakit yang dialami oleh Anwar," katanya pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia di sini.
Ahmad Zahid juga menjelaskan kepada kedua-dua pemimpin UK itu bahawa pakar-pakar perubatan dari luar negara itu dibenarkan dibawa dan melakukan rawatan ke atas Anwar di mana-mana hospital kerajaan.
Beliau berkata mereka juga boleh membawa kumpulan doktor pakar termasuk pembantu perubatan yang diperlukan sesuai dengan masalah kesihatan yang dialami Anwar.
Laporan sebelum ini menyebut bahawa Anwar mengalami kecederaan bahu kronik.
Anwar, kata Ahmad Zahid kini ditempatkan di wad dalam Penjara Sungai Buloh dan telah diberikan rawatan perubatan di dalam penjara serta rawatan pakar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Penjelasan yang diberikan beliau itu, katanya telah mengejutkan kedua-dua pemimpin dari UK itu, barangkali kerana gambaran yang diberikan kepada mereka sebelum ini ialah Anwar seolah-olah langsung tidak diberikan sebarang rawatan oleh doktor pakar atau doktor-doktor di Malaysia.
Ahmad Zahid meminta semua pihak tidak menyalah tafsir penjelasan itu sebagai menggambarkan bahawa Anwar diberikan layanan istimewa oleh pihak Jabatan Penjara tetapi ia hanya disebabkan keperluan terhadap rawatan oleh doktor pakar.
Beliau berkata khidmat doktor pakar dari luar negara yang memberikan rawatan kepada Anwar sebenarnya tidak perlu kerana hakikatnya ada doktor-doktor pakar dalam bidang yang sama di negara ini.
"Tetapi oleh kerana pihak Jabatan Penjara merasakan bahawa ia bagi memberi gambaran kepada komuniti antarabangsa bahawa kita memberikan layanan mengikut asas kemanusiaan, maka keputusan itu harus diterima dengan berlapang dada dan berfikiran terbuka oleh semua pihak dan ia bukannya memberi sebarang keistimewaan kepada Anwar.
"Saya harap pihak keluarga menerima keputusan Jabatan Penjara itu dengan berlapang dada kerana beberapa pertanyaan telah dibuat dalam persidangan Dewan Rakyat terutamanya apabila perbahasan mengenai belanjawan yang menyentuh pertanggungjawaban Kementerian Dalam Negeri, khususnya penjara yang digambarkan seolah-olah tidak ada rawatan, layanan pertemuan dan juga bantuan guaman diberikan kepada Anwar," katanya.
Ahmad Zahid berkata jemaah menteri telah dimaklumkan bahawa terdapat hampir 200 lawatan semasa Anwar dalam tahanan penjara sama ada daripada pakar perubatan, doktor-doktor perubatan, peguam-peguam yang mengendalikan 16 kes Anwar yang masih berjalan di mahkamah selain pertemuan anggota keluarga sama ada di penjara ataupun di hospital ketika beliau menerima rawatan.
Pihak berkuasa bagaimanapun tidak dapat memenuhi permohonan beberapa pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa dan pemimpin politik antarabangsa untuk bertemu Anwar, katanya.
Beliau berkata ini kerana Akta Penjara serta tatacara dan perundangan sedia ada dan seseorang yang berada dalam tahanan tidak seharusnya mendapat sebarang keistimewaan kerana beliau seorang yang dikenali ramai.
Ahmad Zahid berkata beliau berharap penjelasannya itu akan memberikan gambaran kepada masyarakat antarabangsa bahawa hukuman yang dikenakan ke atas Anwar bukan kerana kesalahan politik dan beliau bukan tahanan politik.
Anwar telah melalui proses perundangan yang keputusannya bukan keputusan kerajaan tetapi keputusan mahkamah mengikut sistem keadilan di Malaysia dan ia tidak ada kena mengena dengan kononnya ada campur tangan daripada pihak kerajaan dalam perbicaraan berkenaan, katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata penjelasan yang diberikannya itu adalah dalam pengetahuan semua ahli jemaah menteri dan ia telah dikemukakan sebagai laporan daripada Jabatan Penjara kepada Jemaah Menteri.
"Saya harap isu ini tidak dipolemikkan sama ada oleh pihak pembangkang atau mana-mana pihak yang menjadikannya sebagai isu kerana kesalahan dan proses undang-undang telah berjalan dan Jabatan Penjara menjalankan tugasnya sebagaimana yang diperuntukkan undang-undang dan peraturan penjara," katanya.
Bernama
Thu Nov 12 2015
AHMAD ZAHID: Saya telah menyatakan bagi pihak kerajaan Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia bahawa sesungguhnya Anwar telah diberikan rawatan yang sepatutnya. - Gambar fail
Pakar pendidikan senaraikan tiga sebab Pentaksiran Bilik Darjah tidak berkesan di Malaysia
Pelaksanaan PBD dan PBS ketika ini dilihat kurang berkesan sehingga menyebabkan ramai pihak mahu UPSR dan PT3 dikembalikan segera.
Perlis, destinasi pilihan lapan negara hidupkan budaya, warisan rantau Asia
Negeri Indera Kayangan itu mencipta lembaran pertukaran ilmu pelbagai negara untuk 'memberi nafas' terhadap budaya dan warisan di rantau Asia.
Kelantan rancang pindah Zon Bebas Cukai Rantau Panjang ke lokasi lain - Exco
Kelantan rancang pindahkan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang di Pasir Mas ke lokasi yang lebih sesuai dan strategik pada masa hadapan.
Spotlight on ASEAN business: Charting new frontiers
Minister of Investment, Trade and Industry
Mpox: Rakyat Kelantan pulang dari negara berisiko diminta maklum JKNK
Rakyat Kelantan yang pulang dari negara berisiko termasuk Afrika seperti Republik Demokratik Congo diminta memaklumkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.
Levi’s Buka Semula Kedai Terbesar di Suria KLCC, Malaysia
Levi’s telah membuka semula kedai flagship terbesar di Asia Tenggara di Suria KLCC, seluas 393 meter persegi, dengan konsep NextGen Indigo dan pengalaman membeli-belah moden. Kedai ini menawarkan pelbagai koleksi unik serta opsyen personalisasi berinspirasi Malaysia.
Jiwa SME: Reclimate Sdn Bhd: Inovasi Teknologi Bersih Mengubah Sisa Pertanian Menjadi Biochar
Berpusat di Kuala Lumpur, Reclimate Sdn Bhd berada di barisan hadapan inovasi teknologi bersih, mengubah sisa pertanian menjadi biochar untuk meningkatkan kesihatan tanah dan mengurangkan pelepasan karbon. Platform digital mereka menggunakan IoT untuk memastikan ketelusan dan memperkasa petani dengan kredit karbon berkualiti tinggi.
Ahli GISBH mengaku tidak bersalah, mohon ikat jamin ringan kerana baru timang anak ke-10
Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Riza didakwa mengeluarkan ugutan berbunyi: "Kita tunggu, kita tahu dekat mana rumah, suami, dan keluarga" terhadap wanita berkenaan.
Siasatan ke atas GISBH, 740 rakaman percakapan direkod - KPN
Tindakan ini diambil menerusi Op Global yang dilaksanakan bagi fasa pertama dan kedua.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 18 September 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sejajar jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk mengurangkan kadar faedah minggu depan, ringgit dijangka terus mengukuh dalam tempoh urus niaga singkat pada minggu ini.
Ahmad Zahid gesa pemain industri TVET sokong ekosistem industri halal
Ahmad Zahid berkata kewujudan lebih ramai bakat dan pakar dalam sektor halal akan mengukuhkan lagi peranan Malaysia sebagai peneraju global dalam industri.
Diplomasi, pensijilan halal piawaian tinggi kukuh kedudukan Malaysia di dunia
Persekitaran industri halal Malaysia yang didukung sistem pensijilan halal berpiawaian tinggi telah mewujudkan rantaian diplomasi halal sekali gus mengukuhkan kedudukan negara sebagai pemain utama ind
Malaysia teroka teknologi UAV, sasar hasilkan keluaran tempatan - Ahmad Zahid
Malaysia terus mengukuhkan usaha dalam penerokaan teknologi pesawat tanpa pemandu (UAV) melalui kerjasama dengan China.
Komitmen Malaysia, China banteras jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Komitmen China terhadap Malaysia untuk kerjasama serta kolaborasi dua hala dalam usaha pembanterasan jenayah rentas sempadan adalah pada tahap tertinggi.
Perkukuh kerjasama bidang keselamatan mesej utama Malaysia di GPSCFL - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk terus menyumbang kepada inisiatif keselamatan global di pentas antarabangsa.
Ahmad Zahid tiba di China, hadiri GPSCFL esok
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Bandar Lianyungang, Wilayah Jiangsu, China hari ini bagi lawatan kerja lima hari ke republik itu hingga 12 Sept.
Tujuan penubuhan SG4 baik tapi perlu teliti pasaran REE dunia - Zahid
Penubuhan Syarikat SG4 Group Sdn Bhd (SG4 Group) oleh empat negeri ditadbir pembangkang bagi memajukan industri memproses nadir bumi (REE) sememangnya bertujuan baik.
Penubuhan SG4 mampu teroka potensi besar REE - Zahid
Harga pasaran global bagi REE telah jatuh sebanyak 70 peratus akibat lambakan bahan tersebut oleh negara pengeksport tertentu.
Malaysia, Timor-Leste setuju tingkat kerjasama pendidikan dan perancangan bandar
Malaysia dan Timor-Leste bersetuju untuk meneroka bidang kerjasama baharu terutama pendidikan termasuk TVET, industri halal, pembangunan luar bandar serta perancangan bandar.
Industri halal berpotensi pacu pertumbuhan ekonomi Timor-Leste - TPM Ahmad Zahid
Industri halal berpotensi menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi Timor-Leste, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.