KUALA LUMPUR: Yayasan Pelajaran Mara (YPM) menyasarkan sebanyak 49 buah pusat tuisyen akan terlibat dengan Pusat Tuisyen Pintar @KPLB 2021 secara dalam talian pada tahun ini.
Dalam satu kenyataan, YPM berkata, penglibatan itu akan memanfaatkan 4,9000 orang dengan pembahagian 100 pelajar di setiap pusat tuisyen.
Menurut YPM, program yang bermula pada awal September dan berakhir pada hujung tahun ini berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana dibuat secara dalam talian dan bukannya perjumpaan fizikal seperti kelaziman.
“Setiap pusat tuisyen akan mengadakan 10 kali perjumpaan sebanyak seminggu sekali, bergantung kepada jadual yang ditetapkan oleh pusat tuisyen masing- masing.
“Program Tuisyen Pintar @KPLB yang telah bermula sejak 2013 ini merupakan program pemantapan peranan YPM sendiri untuk terus mendekati masyarakat terutamanya pelajar luar bandar yang kurang berkemampuan.
“Program ini juga bertujuan memperkasakan pendidikan Melayu dan Bumiputera dengan memberi akses pendidikan kelas bimbingan kepada pelajar di sekitar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM),” kata YPM dalam kenyataan itu.
YPM turut memaklumkan, menerusi program tersebut, peserta dapat menimba ilmu dan bimbingan khusus daripada guru cemerlang MRSM dan berkongsi tips serta teknik belajar melalui konsep mentor-mentee antara pelajar cemerlang MRSM dan peserta.
Sementara itu, YPM dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Menengah MARA telah mengadakan Majlis Penyerahan Mock Cheque & Pelantikan Penyelaras Pusat Tuisyen Pintar @KPLB 2021 secara dalam talian pada Jumaat.
Dalam majlis tersebut, Pengerusi Eksekutif YPM, Datuk Dr Mohd Nizar Sudin menyerahkan replika cek bernilai RM1,715,000 kepada Pengarah Pendidikan Menengah MARA, Wan Ainizah binti Ariffin.
Penyerahan itu sebagai simbolik kepada pelantikan 49 buah MRSM yang terlibat dalam Pusat Tuisyen Pintar @KPLB 2021.
Astro Awani
Fri Sep 03 2021
Yayasan Pelajaran Mara (YPM) menyasarkan sebanyak 49 buah pusat tuisyen akan terlibat dengan Pusat Tuisyen Pintar @KPLB 2021 secara dalam talian pada tahun ini.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Seramai tiga orang subkontraktor terkandas di kren pengangkat (skylift) yang rosak ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, malam tadi.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Menjelang setahun serangan Israel, Rosco anjur konvoi solidariti untuk Gaza
Rosco menganjurkan konvoi motorsikal jenis Cafe Racer di sekitar Lembah Klang sebagai tanda solidariti perjuangan rakyat Palestin.
Program Tuisyen Rakyat Selangor, inisiatif menuju kejayaan pendidikan Selangor
Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS), merupakan platform tuisyen secara bersemuka dan dimantapkan lagi dengan pembelajaran secara dalam talian, iltizam kerajaan negeri Selangor.
YPM sasar 49 Pusat Tuisyen Pintar @ KPLB 2021, bakal manfaatkan 4,900 pelajar
Setiap pusat tuisyen akan mengadakan 10 kali perjumpaan sebanyak seminggu sekali, bergantung kepada jadual yang ditetapkan.
Pengorbanan saya selama ini berbaloi - Ibu Muhammad Hamdi
Rozita yang bekerja sendiri berkata penat lelahnya selama ini yang menumpukan perhatian terhadap akademik anak sulungnya itu ternyata tidak sia-sia.
Termometer tidak boleh menjerit, SOP peruncitan dipinda - Uggah
SOP yang berkuatkuasa mulai 18 November 2020 melibatkan pemantauan rapi proses mengambil suhu badan pengunjung kedai runcit.
'Tak ambil tuisyen, hanya fokus dalam kelas'
Dalam masa sama, Ameera berkata, dia turut menjadikan kedua ibu bapanya sebagai idola untuk berjaya dalam pelajaran.
MYCC kenakan penalti kewangan terhadap tujuh pusat tuisyen dan penjagaan
Setiap syarikat terbabit diberi masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan untuk membayar penalti kewangan yang dikenakan.
Jadi guru tuisyen peluang graduan jana pendapatan
Menjadi guru tuisyen mampu mengeluarkan siswazah daripada kepompong pengangguran serta meluaskan kemahiran interaksi sosial mereka dengan masyarakat.
Kelas tuisyen: Keperluan atau kehendak?
Ibu bapa tidak sepatutnya menjadikan tuisyen sebagai satu trend semata-mata kerana mahu anak-anak mereka cemerlang dalam akademik.