KUANTAN: "Pengorbanan saya selama ini berbaloi," demikian luah Rozita Abdul Hamid, 47, terhadap kejayaan anaknya Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi, 20, yang dipilih dan diterima masuk ke Harvard College di Amerika Syarikat.
Rozita yang bekerja sendiri berkata penat lelahnya selama ini yang menumpukan perhatian terhadap akademik anak sulungnya itu ternyata tidak sia-sia.
"Dia anak yang terang hati dan selalu ambil inisiatif sendiri untuk belajar... kejayaannya sudah tentu membanggakan kami sekeluarga. Pengorbanan saya dari segi masa dan wang untuk dia berjaya dalam pelajaran akhirnya membuahkan hasil.
"Bermula dari Darjah Tiga saya dah hantar Hamdi ke kelas tuisyen sampai dia Tingkatan Tiga, saya memang beratkan soal akademik dan sering berkomunikasi dengan guru kelas dan subjek untuk tahu perkembangan pelajarannya," katanya kepada Bernama.
Beliau ditemui pada Majlis Penyampaian Bantuan Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa di Kompleks Yayasan Pahang di sini pada Khamis, yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Pada majlis itu, Rozita yang menetap di Kampung Tok Sira, di sini mewakili anaknya menerima sumbangan RM10,000 daripada Yayasan Pahang yang disampaikan oleh Wan Rosdy.
Sementara itu, Muhammad Hamdi menerusi rakaman video yang disiarkan pada majlis berkenaan merakamkan penghargaan kepada Yayasan Pahang atas sumbangan berkenaan.
"Saya akan gunakan wang berkenaan sebagai persiapan untuk berangkat ke Harvard pada Ogos ini dan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan saya," katanya.
Selain Muhammad Hamdi, seorang lagi pelajar, Jarell Cheong Tze Wen, 20, turut menerima tawaran sama dan bakal memasuki kelas sarjana bagi tahun 2025, dengan masing-masing merancang melanjutkan pelajaran dalam jurusan Ekonomi dan Matematik.
Terdahulu, Wan Rosdy yang juga Pengerusi Yayasan Pahang dalam ucapannya berkata kerajaan negeri berbangga dengan pencapaian anak jati Kuantan itu yang mengharumkan nama Pahang dan Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 22 2021
Muhammad Hamdi dan Jarell Cheong bakal melanjutkan pelajaran dalam jurusan Ekonomi dan Matematik Harvard College di Amerika Syarikat. - Gambar fail/ Instagram @istana_negara
Polis tahan lelaki rosak cermin kereta guna rantai besi
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai melakukan khianat dengan mengayun rantai besi ke cermin hadapan sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Penang pada Rabu.
[TERKINI] Kenaikan tarif elektrik tidak bebankan rakyat
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan, kenaikan tarif elektrik tahun depan tidak akan membebankan rakyat majoriti, sebaliknya ia hanya melibatkan golongan atasan.
Sebatan di khalayak: Hukuman 6 sebatan selesai dalam tempoh 2 minit
Pesalah khalwat berulang selasai menjalani hukuman enam sebatan di khalayak ramai yang dilaksanakan di Masjid Masjid Al-Muktafi Billah Shah, pada Jumaat.
[TERKINI] PM Anwar bertemu Thaksin, bincang pelbagai isu kritikal serantau
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dan membincangkan pelbagai isu kritikal serantau.
Kerja pembersihan tumpahan minyak sawit di Lebuhraya Karak selesai - LUAS
Kerja pembersihan tumpahan minyak susulan insiden kemalangan lori di Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur selesai dilaksanakan malam tadi.
Saham TNB: Melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
Perdana Menteri Singapura Wong bentang Belanjawan 2025 pada 18 Feb
Belanjawan itu akan disiarkan secara langsung di televisyen dan radio.
JPJ sita lori tercabut tayar, dipercayai punca kemalangan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyita lori yang mengalami tayar tercabut dan dipercayai mengakibatkan kemalangan lima kenderaan di Kilometer 204.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Penyedia media sosial diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata tarikh akhir mengemukakan permohonan adalah sebelum atau pada 31 Dis.
AWANI Ringkas: Nahas Ayer Keroh: JPJ sita lori terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengorbanan saya selama ini berbaloi - Ibu Muhammad Hamdi
Rozita yang bekerja sendiri berkata penat lelahnya selama ini yang menumpukan perhatian terhadap akademik anak sulungnya itu ternyata tidak sia-sia.