KUALA LUMPUR: Yayasan VFive dengan kerjasama Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini menganjurkan Program #V5PIMPINPrihatin bertujuan meraikan jasa para petugas dan sukarelawan UiTM yang bertugas menguruskan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) di UiTM.
Menerusi program tersebut, mereka yang terlibat diberikan sumbangan sebagai penghargaan di atas kesediaan menjadi sukarelawan MyVac.
Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Pengasas Yayasan VFive, Datuk Syafiq Abdullah bermula di PPV UiTM Puncak Alam yang disertai oleh Rektor UiTM Cawangan Selangor, Prof Dr Ahmad Sazali Hamzah.
Pemberian sumbangan kemudiannya diteruskan lagi di PPV UiTM Shah Alam dan diiringi oleh Pemangku Naib Canselor, Prof Dr Roziah Mohd Janor.
Mengulas mengenai Program #V5PIMPINPrihatin, Datuk Mohd Syafiq Abdullah menjelaskan bahawa inisiatif tersebut bertujuan meraikan jasa para petugas dan sukarelawan yang menjadi pemudahcara menguruskan PPV Mega di UiTM.
Justeru, jasa mereka perlu dihargai kerana sanggup mengorbankan masa dan tenaga bagi melancarkan proses vaksinasi rakyat Malaysia, tatkala situasi pandemik COVID-19 di negara kita masih di tahap yang membimbangkan.
“Kami di Yayasan VFive dengan kerjasama Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM telah merancang untuk menganjurkan program sebegini sebanyak lima kali dalam setiap dua minggu yang akan datang.
"Insya Allah, kita bermula dengan menyalurkan sumbangan di UiTM pada hari ini dan akan meluaskan lagi sumbangan ini kepada PPV IPT-IPT lain di seluruh Malaysia.
“Kita harapkan agar lebih ramai golongan di luar sana khususnya mahasiswa dan graduan UiTM yang berkelapangan untuk sama-sama menjadi sukarelawan di PPV UiTM ini.
"Semoga inisiatif-inisiatif ini akan dapat membantu dan melancarkan usaha negara kita mencapai tahap imuniti kelompok secepat yang mungkin,” tambahnya lagi.
Sejajar dengan garis panduan SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), program yang dianjurkan tersebut turut mematuhi segala aspek keselamatan termasuklah pemakaian pelitup muka, pemeriksaan suhu, penjagaan jarak, penyediaan cecair sanitasi tangan dan pendaftaran MySejahtera.
Kenyataan Media
Mon Jun 28 2021
Program #V5PIMPINPrihatin yang bertujuan meraikan jasa para petugas dan sukarelawan UiTM yang bertugas menguruskan PPV Mega & PPV di UiTM.
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,598.76 daripada 1,596.20 pada Isnin.
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Pelajar UiTM parah kemalangan di Shah Alam
Mangsa yang menunggang dan membonceng motosikal itu mengalami kecederaan serius di kepala dan patah kaki.
Lebih 1,000 pelajar UiTM di Kelantan, Terengganu dan Johor terjejas banjir
Seramai 1,083 pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) termasuk Kelantan, Terengganu dan Johor terkesan akibat banjir pada penghujung Nov lepas.
Pelatih Palapes meninggal dunia: UiTM teliti semula prosedur latihan
Pengurusan UiTM memandang serius kejadian tersebut dan menyerahkan kepada pihak polis dan Lembaga Siasatan di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), untuk melakukan siasatan lanjut.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
Motosikal dirempuh kereta, tiga penuntut UiTM Dungun maut
Tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut manakala seorang lagi parah dalam nahas jalan raya membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Pantai Sura di sini malam ini.
UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.
UiTM sedia bantu kerajaan bangun ekosistem perkasa STEM
Bagi memastikan aspirasi itu direalisasikan, aspek inovasi dan penyelidikan perlu diberikan tumpuan.
UiTM komited transformasi pendidikan awal kanak-kanak
Sejak kebelakangan ini, pendidikan awal buat kanak-kanak sering menjadi topik perbincangan, bukan hanya melibatkan ibu bapa tetapi juga pakar-pakar.
UiTM berperanan majukan orang Melayu, bumiputera sehingga dapat berdiri sendiri - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peranan yang dimainkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam memajukan pendidikan orang Melayu dan bumiputera telah membolehkan mereka berdikari.