Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan meraikan Presiden Indonesia Joko Widodo dan isteri, Iriana pada Jamuan Negara di Istana Negara di sini malam ini.
Pemimpin Indonesia itu yang lebih dikenali sebagai Jokowi tiba petang tadi bagi melakukan lawatan negara ke Malaysia selama tiga hari.
Turut hadir pada majlis itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Lawatan sulung Jokowi itu adalah atas undangan Seri Paduka.
Esok, Jokowi yang dilantik sebagai Presiden Indonesia pada 20 Okt tahun lepas, dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Najib dan isteri juga akan menjadi hos pada majlis makan tengah hari rasmi untuk meraikan Jokowi, isterinya dan delegasi di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya.
Presiden Indonesia itu juga dijadual melawat Proton bagi meninjau peluang kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang automotif.
Lawatan sulung Jokowi itu dilihat akan memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.
Bernama
Thu Feb 05 2015
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan bergambar kenangan bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo dan isteri, Ibu Iriana Joko Widodo pada majlis Jamuan Negara. - Foto Bernama
Dua PPS baharu dibuka di Daerah Hulu Perak
Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir dibuka pada Ahad bagi menempatkan mangsa banjir Daerah Hulu Perak.
[TERKINI] PM tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris
PM tegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Larian Antarabangsa: Polis tahan 3 lelaki disyaki berkelakuan tak senonoh, lucah
Polis menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, pada Sabtu.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
PM Anwar tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris, fobia bahasa kebangsaan
Perdana Menteri menegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Indonesia lancar Pelan Pencegahan dan Kawalan Kanser
Indonesia secara rasmi melancarkan "Pelan Pencegahan dan Kawalan Kanser Kebangsaan 2024-2034" semasa pembukaan Persidangan Kanser Antarabangsa Indonesia (IICC) 2024 di Bali pada Khamis, lapor ANTARA.
Kelas pertengahan Indonesia menyusut, kemiskinan kekal stabil - Pejabat Presiden
Edy Priyono mengesahkan penurunan kelas pertengahan, namun menegaskan bahawa golongan ini tidak jatuh ke dalam kancah kemiskinan.
Govinda janji persembahan penuh kejutan
Muhammad Irfan berkata, penerimaan positif peminat tempatan menjadi pendorong utama kumpulan itu untuk mengadakan konsert eksklusif itu.
Indonesia bertanding kerusi tidak tetap UNSC bagi penggal 2029-2030
Indonesia bertanding untuk kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bagi penggal 2029-2030.
Gempa bumi kuat landa Semenanjung Minahassa, Sulawesi
Pusat gempa bumi itu terletak 0.1 Selatan dan 122.9 Timur dengan kedalaman 144 km iaitu 75km Selatan dari Gorontalo, Indonesia.
Diplomat termasuk wakil Indonesia, terselamat dalam serangan bom di Pakistan
Kuasa Usaha Kedutaan Besar Indonesia di Islamabad, Rahmat Hindiarta disahkan selamat selepas kejadian di jalan menuju ke Malam Jabba itu.
Debat asal usul batik, netizen Malaysia-Indonesia masih 'bertempur' di alam maya
Sejurus menerima hadiah baju batik daripada peminat, IShowSpeed bertanya kepada pemandu pelancongnya berhubung negara asal batik.
Gempa bumi 4.9 pada skala Richter landa Bandung, akibatkan kerosakan
Gempa bumi 4.9 pada skala Richter yang melanda Kabupaten Bandung, Jawa Barat mengakibatkan kerosakan kepada kediaman dan kemudahan awam.
Tumbuk pengadil, tiga kad merah hiasi drama aksi Aceh bertemu Sulawesi Tengah
Tempoh 90 minit perlawanan disulami aksi panas susulan kekasaran demi kekasaran kerap berlaku sehingga mencipta pelbagai drama sensasi.
Gempa bumi 5.7 pada skala Richter landa barat Indonesia
Kekuatan gempa bumi tercatat pada III MMI (Modified Mercalli Intensity) di daerah Tapanuli Tengah dan bandar Gunungsitoli.