KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Persatuan Pemuda Baru Universiti Malaya (UMANY), Wong Yan Ke didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas didakwa membangkitkan kemarahan bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM) empat tahun lalu.
Yan Ke, 27, dikenakan hukuman itu selepas Majistret, Illi Marisqa Khalizan mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan itu.
Mahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh dihukum penjara tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Pada 5 April 2022, mahkamah mengarahkan Yan Ke membela diri atas tindakan berkenaan selepas pihak pendakwaan didapati berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Yan Ke.
Pada 26 Februari 2020, Yan Ke mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Fardiana Haryanti Ahmad Razali selepas pertuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu sehingga mendatangkan kemarahan terhadap Datuk Dr Abdul Rahim Hashim dan tetamu pada Majlis Istiadat Konvokesyen ke-59 di Dewan Tunku Canselor UM di sini jam 10 pagi pada 14 Oktober 2019.
Dia didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan sama.
Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sophian Zakaria manakala tertuduh diwakili Peguam, P Rajsurian dan Tan Wei Shin.
Terdahulu, Mohd Sophian mencadangkan tertuduh diberi jaminan sebanyak RM10,000 kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius serta ketika kejadian ia mendapat liputan luas.
Bagaimanapun, Rajsurian membantah cadangan itu kerana anak guamnya sentiasa memberi kerjasama kepada pihak berkuasa selain dia merupakan seorang graduan kejuruteraan dari universiti terkemuka negara.
Pada 14 Oktober 2019, ketika istiadat konvokesyen itu, Yan Ke membawa plakad ke dalam Dewan Tunku Canselor UM untuk mendesak pemimpin universiti meletakkan jawatan sambil melaungkan perkataan ‘Tolak Rasis’; ‘Undur VC’ dan ‘Ini Tanah Malaysia’.
Ia dipercayai ditujukan kepada Dr Abdul Rahim yang menurut graduan itu telah menggunakan nama UM untuk politik kaum dan kepentingan parti semasa Kongres Maruah Melayu yang dianjurkan oleh Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu (PKMM) UM pada 6 Oktober lepas. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 09 2023

Yan Ke didakwa melakukan kesalahan itu sehingga mendatangkan kemarahan terhadap Datuk Dr Abdul Rahim Hashim dan tetamu pada Majlis Istiadat Konvokesyen ke-59 di Dewan Tunku Canselor UM pada 14 Oktober 2019. - Gambar/ Sinar Harian

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Yan Ke didenda RM5,000 aibkan bekas Naib Canselor UM
Wong Yan Ke didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas didakwa membangkitkan kemarahan bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM) empat tahun lalu.