KUALA LUMPUR: Malaysia berpendirian dan yakin bahawa Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik bagi Kemakmuran (IPEF) mampu membantu negara menjadi sebuah negara perdagangan utama di rantau ini, walaupun wujud dakwaan inisiatif tersebut akan gagal kerana mengasingkan China.
Sebagai sebuah negara perdagangan, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Malaysia tidak boleh bertindak bersendirian dan perlu menjalin hubungan ekonomi dengan pelbagai pihak termasuk China, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat (AS).
Justeru, selain IPEF, jelas beliau, Malaysia juga sedang melengkapkan proses ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif, bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
"Ini membuktikan komitmen Malaysia untuk bukan sahaja meneruskan, (tetapi) memperkukuhkan perdagangan dan pelaburan dengan negara China.
"Kedua, negara China juga telah mengemukakan permohonan untuk menyertai CPTPP yang Malaysia telah pun menandatangani pada 2018, dan sekarang dalam proses untuk meratifikasi perjanjian tersebut.
"Maka, ini satu platform baharu walaupun (IPEF) bukan satu perjanjian perdagangan bebas, tetapi satu instrumen yang boleh membantu Malaysia memperkukuhkan hubungan dengan AS dan negara Indo Pasifik," kata Mohamed Azmin pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Steven Choong Shiau Yoon (PH-Tebrau) yang meminta penjelasan berhubung IPEF dituduh inisiatif yang mengasingkan China dan didakwa akan gagal kerana tidak memperkukuhkan hubungan perdagangan antara semua negara.
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, ketika ini Malaysia tidak mempunyai struktur yang jelas dalam menjalinkan hubungan kerjasama dengan AS, menyebabkan negara berdepan isu Perintah Pelepasan Penahanan (WRO).
Keadaan itu, tambahnya, telah mengekang aktiviti eksport produk Malaysia ke AS.
"Saya percaya dengan instrumen yang baharu ini (IPEF), kita boleh menjamin kerjasama dan perbincangan dengan AS supaya mengurangkan kesan WRO dan juga isu-isu terkait dengan perkara tersebut," katanya.
Setakat ini, IPEF dianggota 14 negara termasuk Malaysia, Australia, Brunei, India, Indonesia, Jepun, New Zealand, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Thailand, Amerika Syarikat serta Vietnam.
Ia merupakan inisiatif ekonomi yang dilancarkan oleh Presiden AS, Joe Biden pada 23 Mei lalu.
Hasimi Muhamad
Thu Jul 28 2022
MOHAMED AZMIN: Walaupun IPEF bukan perjanjian perdagangan bebas, ia boleh membantu Malaysia memperkukuhkan hubungan dengan AS dan negara Indo Pasifik. - Gambar fail
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Potensi pasaran Malaysia pacu pelaburan berterusan AS - Duta
Beliau menekankan perkongsian ekonomi yang berterusan antara AS dan Malaysia selain pelaburan dan peluang pekerjaan yang telah dijana.
Perjanjian perdagangan Indo-Pasifik: Satu tonggak dimeterai, dua dimuktamad dan perdagangan belum diputuskan
IPEF terdiri daripada empat tonggak utama: Perdagangan, Rantaian Bekalan, Tenaga Bersih dan Ekonomi Saksama.
Malaysia terima penghormatan sertai inisiatif menambah kemahiran IPEF - MITI
Malaysia menerima penghormatan apabila terpilih sebagai satu daripada dua rakan Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) untuk menyertai Inisiatif Menambah Kemahiran IPEF.
IPEF: AS terima cadangan perluas MOC daya tahan rantaian bekalan semikonduktor
AS menyambut baik cadangan Malaysia untuk meluaskan Memorandum Kerjasama (MOC) mengenai daya tahan rantaian bekalan semikonduktor yang dimeterai antara dua negara itu ke IPEF.
Yakin IPEF jadikan Malaysia sebagai negara perdagangan utama - Azmin
IPEF merupakan inisiatif ekonomi yang dilancarkan oleh Presiden AS Joe Biden pada 23 Mei lalu.
Malaysia cadangkan penubuhan pusat kecemerlangan IPEF
Ia bagi menyediakan platform yang padu dan tersusun untuk memudahkan pertukaran idea dan cadangan yang lancar dan dinamik.
Malaysia, Singapura bangunkan rangka kerja kerjasama mengenai ekonomi digital & hijau
Malaysia dan Singapura bersetuju untuk memulakan perbincangan mengenai rangka kerja kerjasama berkaitan ekonomi digital dan hijau dengan matlamat untuk memuktamadkannya pada tahun ini.
Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF), apa kepentingannya?
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mula memperkenalkan secara rasmi Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) pada minggu ini ketika jelajah pertamanya ke Asia.
Malaysia, Indonesia setuju perkukuh perpaduan, kekuatan kepusatan ASEAN - Azmin
Malaysia kini menyuarakan nada yang sama, lebih daripada sebelum ini, dengan Indonesia bahawa sudah sampai masanya untuk memperkukuh perpaduan dan kekuatan kepusatan ASEAN dalam menghadapi ketidaktent