KUALA LUMPUR: Malaysia mencadangkan kepada rakan kongsi dalam Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) supaya bekerjasama menubuhkan pusat kecemerlangan bagi menyediakan platform yang padu dan tersusun untuk memudahkan pertukaran idea dan cadangan yang lancar dan dinamik.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata langkah itu akan menghimpunkan pakar dalam bidang seperti daya tahan rantaian bekalan, transformasi sektor tenaga dan industri berintensifkan pelepasan penyahkarbon.
"Kami amat percaya terdapat keperluan untuk melangkaui skop umum dan bidang kerjasama bagi menggabungkan program, pelan tindakan dan perundangan yang diperlukan, disokong oleh pembinaan kapasiti, bantuan teknikal dan pembiayaan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Mesyuarat Menteri IPEF.
Mesyuarat secara maya dua hari pada 26 dan 27 Julai itu dipengerusikan oleh Wakil Perdagangan AS Katherine Tai dan Setiausaha Perdagangan Gina Raimondo, dan dihadiri oleh menteri dari Australia, Brunei Darussalam, Fiji, India, Jepun, Korea Selatan, New Zealand, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Rakan kongsi rangka kerja pada mesyuarat itu secara amnya bertekad tentang keperluan untuk mempercepatkan rumusan kenyataan menteri sebelum mesyuarat menteri pada September.
Pada masa yang sama, secara umumnya telah dipersetujui bahawa kemampanan dan keterangkuman harus kekal sebagai prinsip utama yang menjadi perhatian penting bagi membimbing trajektori matlamat dan objektif rangka kerja.
Azmin menegaskan bahawa isu-isu seperti buruh, alam sekitar, ekonomi digital dan keselamatan makanan adalah penting untuk kesejahteraan generasi masa kini dan akan datang serta diperluaskan ke bidang geopolitik dan geoekonomi.
Pada prinsipnya bersetuju dengan cadangan mengenai kesaksamaan jantina dan pemerkasaan ekonomi wanita, Azmin berkata Malaysia mengiktiraf keperluan untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi ekonomi orang asli, menekankan bahawa "Malaysia sedang giat melaksanakan inisiatif dan dasar untuk memajukan kepentingan dan kebajikan golongan yang kurang bernasib baik dan masyarakat terpinggir".
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 27 2022

Azmin menegaskan, isu-isu seperti buruh, alam sekitar, ekonomi digital dan keselamatan makanan adalah penting untuk kesejahteraan generasi masa kini dan akan datang serta diperluaskan ke bidang geopolitik dan geoekonomi. - Gambar fail/BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.

PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.

PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.

Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.

Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.

Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.

Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.

Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.