PRESIDEN Amerika Syarikat, Joe Biden mula memperkenalkan secara rasmi Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) pada minggu ini ketika jelajah pertamanya ke Asia.
IPEF menyusul lima tahun selepas Amerika Syarikat secara unilateral menarik diri daripada Perkongsian Trans-Pasifik yang ditandatangani 12 negara di Asia-Pasifik, Amerika Utara dan Amerika Selatan.
Dengan pengunduran Amerika Syarikat, negara-negara berkaitan terus melancarkan perjanjian perdagangan pelbagai hala terbesar di dunia, Perkongsian Trans-Pasifik Komprehensif dan Progresif (CPTPP) yang turut menyaksikan permintaan China untuk turut serta.
Sejak dari itu, Amerika Syarikat dilihat 'tidak hadir' di rantau itu dan diburukkan lagi dengan perang perdagangan dengan China.
Justeru, IPEF dijangka menjadi menjadi pemecah tembok pemisah situasi itu.
Namun, pemerhati politik berpendapat, rangka kerja itu masih kekurangan taring serta lebih bersifat simbolik berbanding kesan dan polisi sebenar.
BACA: IPEF sedia platform dialog dengan AS dan rakan Rangka Kerja
BACA: WEF 2022: Malaysia perlu titik berat ESG dalam Kerangka Ekonomi Indo-Pasifik
Apa itu IPEF?
IPEF dikatakan seakan-akan langkah untuk mengurangkan keterlibatan China di rantau ini.
Rangka Kerja itu diketuai Amerika Syarikat dan berperanan mengukuhkan hubungan dengan negara anggota.
Negara anggota juga boleh melibatkan diri dalam hal ekonomi dan perdagangan penting yang membimbangkan di rantau ini seperti membina rantaian bekalan yang berdaya tahan daripada wabak.
IPEF bukan perjanjian perdagangan bebas.
Tiada akses pasaran atau pengurangan tarif digariskan, walaupun pakar mengatakan ia boleh membuka jalan kepada perjanjian perdagangan.
Untuk permulaan, 12 negara akan terlibat dengan IPEF iaitu Australia, India, Jepun, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Korea Selatan dan New Zealand.
Apa kepentingan IPEF?
IPEF mempunyai empat prinsip utama rangka kerja iaitu:
1. Ekonomi yang berhubungan: Piawaian dan peraturan yang lebih tinggi untuk perdagangan digital, seperti aliran data rentas sempadan.
2. Ekonomi berdaya tahan: Rantaian bekalan berdaya tahan yang boleh mengatasi gangguan yang tidak dijangka seperti wabak.
3. Ekonomi bersih: Menyasarkan komitmen dan projek tenaga hijau.
4. Ekonomi adil: Melaksanakan perdagangan adil, termasuk peraturan yang menyasarkan rasuah dan cukai yang berkesan.
IPEF adalah berbeza dengan CPTPP kerana peraturan yang tidak terlalu terikat selain lebih fleksibel, di mana anggotanya boleh bersetuju dengan dengan sesetengah peraturan atau syarat-syarat.
Astro Awani
Fri May 27 2022
Presiden Joe Biden mula memperkenalkan secara rasmi Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) pada minggu ini ketika jelajah pertamanya ke Asia.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Potensi pasaran Malaysia pacu pelaburan berterusan AS - Duta
Beliau menekankan perkongsian ekonomi yang berterusan antara AS dan Malaysia selain pelaburan dan peluang pekerjaan yang telah dijana.
Perjanjian perdagangan Indo-Pasifik: Satu tonggak dimeterai, dua dimuktamad dan perdagangan belum diputuskan
IPEF terdiri daripada empat tonggak utama: Perdagangan, Rantaian Bekalan, Tenaga Bersih dan Ekonomi Saksama.
Malaysia terima penghormatan sertai inisiatif menambah kemahiran IPEF - MITI
Malaysia menerima penghormatan apabila terpilih sebagai satu daripada dua rakan Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) untuk menyertai Inisiatif Menambah Kemahiran IPEF.
IPEF: AS terima cadangan perluas MOC daya tahan rantaian bekalan semikonduktor
AS menyambut baik cadangan Malaysia untuk meluaskan Memorandum Kerjasama (MOC) mengenai daya tahan rantaian bekalan semikonduktor yang dimeterai antara dua negara itu ke IPEF.
Yakin IPEF jadikan Malaysia sebagai negara perdagangan utama - Azmin
IPEF merupakan inisiatif ekonomi yang dilancarkan oleh Presiden AS Joe Biden pada 23 Mei lalu.
Malaysia cadangkan penubuhan pusat kecemerlangan IPEF
Ia bagi menyediakan platform yang padu dan tersusun untuk memudahkan pertukaran idea dan cadangan yang lancar dan dinamik.
Malaysia, Singapura bangunkan rangka kerja kerjasama mengenai ekonomi digital & hijau
Malaysia dan Singapura bersetuju untuk memulakan perbincangan mengenai rangka kerja kerjasama berkaitan ekonomi digital dan hijau dengan matlamat untuk memuktamadkannya pada tahun ini.
Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF), apa kepentingannya?
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mula memperkenalkan secara rasmi Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) pada minggu ini ketika jelajah pertamanya ke Asia.
Malaysia, Indonesia setuju perkukuh perpaduan, kekuatan kepusatan ASEAN - Azmin
Malaysia kini menyuarakan nada yang sama, lebih daripada sebelum ini, dengan Indonesia bahawa sudah sampai masanya untuk memperkukuh perpaduan dan kekuatan kepusatan ASEAN dalam menghadapi ketidaktent