KUALA LUMPUR: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyifatkan tindakan menggunakan perjuangan Palestin dan Masjidil Aqsa demi kepentingan peribadi, kelompok dan parti politik tertentu merupakan perbuatan sangat tidak wajar.
Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, Yang Dipertua Yadim Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata semua kelompok masyarakat perlu rasional, berlapang dada, bersifat terbuka serta dapat membezakan kepentingan lain dengan perjuangan Masjidil Aqsa.
"Tumpukan kepentingan perjuangan ini sebagai tanggungjawab bersama umat Islam dan mengangkatnya menjadi isu kemanusiaan sejagat agar seluruh rakyat Malaysia dan penduduk dunia bersama dalam perjuangan ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut meminta semua pihak menyokong dasar perjuangan Palestin yang digariskan oleh semua Perdana Menteri Malaysia sehingga Perdana Menteri terkini Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hasanuddin yang juga Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pergerakan Islam di negara ini dan seluruh rakyat Malaysia yang bersama-sama dengan perjuangan kemanusiaan Palestin.
Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) yang dianggotai empat badan bukan kerajaan berkaitan Islam turut menzahirkan rasa kesal dan kecewa apabila isu berkaitan Palestin diperalatkan untuk menyerang lawan politik, terutamanya menjelang pilihan raya kecil (PRK).
Menurut kenyataan itu, isu kemanusiaan dan pelanggaran prinsip hak asasi yang amat serius dan kritikal di Palestin tidak seharusnya diperalatkan untuk meraih sokongan politik.
"Apabila dipolitikkan, isu Palestin yang sepatutnya menyatukan, berpotensi untuk memecah-belahkan rakyat Malaysia apabila dipolitikkan angkara pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
"Melabel, memfitnah mana-mana pihak yang turut memperjuangkan isu Palestin adalah tidak wajar dan melanggar adab serta akhlak dalam menangani perselisihan. Isu Palestin sewajarnya diperjuangkan dengan konsisten dan objektif," menurut kenyataan itu.
Menurut HIKAM, usaha menentang kekejaman rejim Zionis terhadap Palestin perlu diteruskan dan semua pihak harus mainkan peranan dalam memperjuangkannya sama ada kerajaan, pembangkang, NGO dan masyarakat umumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 01 2024
Hasanuddin berkata semua kelompok masyarakat perlu rasional, berlapang dada, bersifat terbuka serta dapat membezakan kepentingan lain dengan perjuangan Masjidil Aqsa. - Bernama
Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Krismas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Kurangkan kemalangan melalui pendidikan berterusan
Profesor Dr Rozmi Ismail, memberitahu, insiden kemalangan jalan raya akibat kenderaan lain boleh dikurangkan melalui pendidikan atau advokasi berterusan dan aktiviti penguatkuasaan.
Contohi Jepun pantau keselamatan pemanduan kenderaan berat
Malaysia seharusnya mencontohi Jepun yang menekankan keselamatan pemanduan kenderaan berat di lebuh raya termasuk pemantuan ketat dalam kalangan pemandu.
2 maut motosikal terbabas, langgar pembahagi lebuh raya
Dalam nahas kira-kira jam 5.20 petang, penunggang motosikal itu yang juga lelaki tempatan berusia 28 tahun dan pembonceng wanita warga Singapura berumur 29 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Batik Air umum laluan baharu ke Beijing, Changsha
Batik Air mengumumkan laluan terbaru perkhidmatan penerbangannya yang menghubungkan pelancong dari Malaysia ke Beijing dan Changsha.
Nilai syarikat Apple hampiri angka AS$4 trilion
Peningkatan saham kebelakangan ini dilihat selari dengan fokus Apple dalam arena kecerdasan buatan melalui Apple Intelligence.
AWANI Ringkas: Duti anti lambakan terhadap import besi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ZAYAN raih anugerah Sahabat Dakwah di Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024
ZAYAN dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sahabat Dakwah pada Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024 di Putrajaya.
YADIM disaran tingkat usaha sebar nilai rahmah dalam dakwah
Aktiviti serta program kemasyarakatan bersama komuniti merentasi budaya dan agama perlu diteruskan untuk memupuk kerukunan dalam masyarakat.
Pendidikan Islam: Daurah Hadis 40 Imam Nawawi pupuk kefahaman guru
Daurah Hadis 40 Imam Nawawi diharap dapat meningkatkan kefahaman guru pendidikan Islam berkaitan Hadis 40 Imam Nawawi.
Boikot syarikat berkaitan Israel walaupun produk ditawarkan terbaik dalam industri – CEO YADIM
Prinsip boikot terhadap Israel adalah jelas iaitu memboikot semua entiti yang ada kaitan dengan Israel secara keseluruhan.
YADIM main peranan beri kefahaman agenda Malaysia MADANI - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata, YADIM perlu melipat-gandakan usaha untuk menyebarkan nilai-nilai rahmah dan kasih sayang dalam masyarakat.
Tiga beradik buta usahakan kraftangan, bantal kekabu
Warga emas tiga beradik OKU penglihatan usahakan kraftangan dan bantal kekabu untuk kelangsungan hidup.
Miss Plus World tetap diadakan, penganjur perlu tepati janji
YADIM tetap mengambil pendirian dan keputusan membantah Miss Plus World sekiranya ia diteruskan dan masih menyerupai ala pertandingan ratu cantik wanita.
Santuni asnaf, jangan sampai ada yang tercicir - YADIM
Katanya terdapat aduan yang diterima dari beberapa individu yang mendakwa tercicir dari senarai penerima.
Menteri Hal Ehwal Agama turun padang bantu pelajar IPT terkandas
Dalam ciapannya di Twitter, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata satu penyelarasan akan dibuat antara agensi agama di bawah kendaliannya.
Multaqa Ulama Asia Tenggara medium penyelesaian cabaran umat Islam
Jelasnya, dengan menyalahkan orang lain, ia tidak akan menyedarkan umat Islam itu sendiri untuk menentukan keselamatan dan kemakmuran.