KUALA LUMPUR:Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan melakukan tinjauan di beberapa buah universiti untuk menyampaikan bantuan kepada pelajar yang terkandas.
Dalam ciapannya di Twitter, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata satu penyelarasan akan dibuat antara agensi agama di bawah kendaliannya.
“Kami akan membantu sehabis baik dan sekadar mampu atas kapasiti dan bidang kuasa yang ada.
“Saya yakin semua pihak sedang berusaha atas kapasiti masing-masing untuk meringankan beban siswa yang memerlukan bantuan.
“Dunia begitu kecil untuk kita bertelagah dan abaikan provokasi dan terus positif,” katanya.
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, minggu lepas Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memperuntukkan lebih RM 2 juta untuk bayaran yuran pelajar B40 di enam buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
“Kami sedang menunggu baki lebihan daripada IPT untuk disalurkan kepada pelajar yang terkandas. Pada Sabtu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengedarkan boring permohonan dan menerima 3,000 permohonan untuk dinilai.
"Tabung Musa'adah COVID-19 yang dilancarkan hasil inisiatif Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedia untuk membantu terus dan akan terus disalurkan kepada universiti.
Malah, bantuan makanan Ready To Eat (RTE) dan Foodbank oleh YaPEIM dan Program Jawi Food Bank juga sedia digerakkan,” jelasnya.
Tambahnya lagi, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) turut menyediakan bantuan membantu para pelajar institusi pengajian tinggi di Wilayah Persekutuan yang terkandas dan memerlukan bantuan.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pengguna Twitter Nasibah Daud mengenai sekiranya terdapat peruntukan bagi perjalanan pulang pelajar-pelajar bagi bulan Oktober dan sekiranya ada saluran yang boleh dirujuk pelajar.
Terdahulu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan mencadangkan kepada semua IPT supaya menangguhkan terlebih dahulu pendaftaran secara fizikal/bersemuka bagi pelajar baharu dan lama untuk kemasukan ke kampus bulan ini.
KPT memaklumkan, keputusan itu perlu dibuat demi kesejahteraan dan keselamatan semua pihak, susulan peningkatan kes COVID-19 ketika ini.
Afiezy Azaman
Sun Oct 04 2020

Zulkifli berkata satu penyelarasan akan dibuat antara agensi agama di bawah kendaliannya.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

42 pelajar terkandas selepas pasport dikoyak
Dalam kekecohan itu, salah seorang ahli keluarga memaklumkan tersembunyi hikmah di sebalik kejadian berkenaan.

Menteri Hal Ehwal Agama turun padang bantu pelajar IPT terkandas
Dalam ciapannya di Twitter, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata satu penyelarasan akan dibuat antara agensi agama di bawah kendaliannya.

Ibu bapa dibenar jemput pelajar IPTA, IPTS di kampus bermula hari ini - KPT
Susulan pelaksanaan PKPB, KPT bersetuju untuk membenarkan ibu bapa mahasiswa di institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta menjemput anak mereka di kampus pulang bermula hari ini.