Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berharap Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak diwujudkan segera di Sarawak.
Beliau berkata ini berikutan pendedahan beberapa kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak di Sarawak baru-baru ini, yang disifatkannya sebagai amat mengejutkan.
"Pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini, saya ada suarakan supaya diwujudkan Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak di Sarawak sekurang-kurangnya pada tahun depan.
"Tetapi, dengan pendedahan beberapa kes di Sarawak ketika ini, saya harap tidak perlu tunggu sampai tahun depan. Saya akan minta ia dipercepatkan, jika boleh tahun ini. Saya mahu kanak-kanak yang menjadi mangsa mendapat pengadilan yang sebaik-baiknya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, pada Sabtu.
Rohani berkata adalah tidak sukar untuk segera mewujudkan mahkamah tersebut kerana ia hanya melibatkan proses pentadbiran sahaja.
"Tidak perlulah bina bangunan baharu. Mahkamah ini hanya melibatkan pengubahsuaian atau susun atur bilik mahkamah seperti kemudahan persidangan video secara langsung ketika memberi keterangan di mana mangsa akan berkomunikasi dengan Hakim," katanya.
Antara pendedahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang mengejutkan di negeri ini ialah kes dua beradik menjadi hamba seks empat anggota keluarga sendiri di sebuah kampung di Serian sejak enam tahun lepas.
Semalam, empat sekeluarga itu yang terdiri daripada datuk, bapa kandung dan dua bapa saudara mangsa dijatuhi hukuman penjara di antara 25 hingga 55 tahun dan 24 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Samarahan.
--BERNAMA
Bernama
Sun Aug 27 2017
![Wujudkan segera Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak di Sarawak - Rohani Wujudkan segera Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak di Sarawak - Rohani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/61491644932_RohaniAbdKarim.jpg)
Rohani berkata adalah tidak sukar untuk segera mewujudkan mahkamah tersebut kerana ia hanya melibatkan proses pentadbiran sahaja. -Gambar fail
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Penyanyi rap Sean Diddy berdepan tuduhan jenayah seksual baharu Penyanyi rap Sean Diddy berdepan tuduhan jenayah seksual baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720130244_SeanDiddyCombs.jpg)
Penyanyi rap Sean Diddy berdepan tuduhan jenayah seksual baharu
Aduan yang difailkan di New York oleh bekas bintang filem lucah, Adria English, merupakan kes terbaharu daripada beberapa dakwaan.
![Ibu bapa perlu elak cium mulut anak - Pakar psikologi Ibu bapa perlu elak cium mulut anak - Pakar psikologi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716537874_ParentsHandKids.jpg)
Ibu bapa perlu elak cium mulut anak - Pakar psikologi
Ibu bapa perlu mengelakkan diri daripada perbuatan mencium mulut anak meskipun sebagai cara menzahirkan kasih sayang.
![Selangor rekod kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun Selangor rekod kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715807541_SACSitiKhamsiahbi.jpg)
Selangor rekod kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun
Siti Kamisah berkata, kepadatan penduduk, aktiviti ekonomi, desakan hidup serta capaian internet yang meluas menjadi antara faktor.
![Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715752619_tbjenayahseksualte.jpg)
Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia
Selangor mencatatkan kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun di negara ini.
![Tiada tolak ansur terhadap kesalahan seksual - KPM Tiada tolak ansur terhadap kesalahan seksual - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704249332_TBKPMjpg.jpg)
Tiada tolak ansur terhadap kesalahan seksual - KPM
KPM memandang serius kes salah laku seksual yang melibatkan guru dan murid seperti yang dilaporkan oleh media.
![MCMC, PDRM, NGO kerjasama banteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak MCMC, PDRM, NGO kerjasama banteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710986972_TBmcmcjpg.jpg)
MCMC, PDRM, NGO kerjasama banteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak
Sesi perbincangan turut membincangkan mengenai statistik kes-kes yang berlaku serta pendekatan yang boleh diambil secara kolaboratif.
![Azalina saran guru bantu banteras jenayah seksual kanak-kanak Azalina saran guru bantu banteras jenayah seksual kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710583989_AzalinaOthman.jpg)
Azalina saran guru bantu banteras jenayah seksual kanak-kanak
Warga pendidik khususnya guru disaran memberi kerjasama melaporkan kejadian jenayah seksual membabitkan kanak-kanak sekolah.
![Kongsi aktiviti anak di media sosial undang risiko jenayah seksual Kongsi aktiviti anak di media sosial undang risiko jenayah seksual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694602333_Socmed.jpg)
Kongsi aktiviti anak di media sosial undang risiko jenayah seksual
Perkongsian ibu bapa mengenai aktiviti harian anak mereka secara terbuka di media sosial mengundang risiko kepada perlakuan jenayah seksual.
![Kadar jenayah di Selangor meningkat lima peratus Kadar jenayah di Selangor meningkat lima peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684311714_TBJenayah.jpg)
Kadar jenayah di Selangor meningkat lima peratus
Antara kes yang mencatatkan peningkatan ialah jenayah seksual dalam kalangan pelajar bawah 18 tahun dan keganasan rumah tangga.
![Pengasas pusat tahfiz didakwa lagi, lakukan amang seksual, persetubuhan luar tabii Pengasas pusat tahfiz didakwa lagi, lakukan amang seksual, persetubuhan luar tabii](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684482191_PENGASASPUSATTAHFIz.jpg)
Pengasas pusat tahfiz didakwa lagi, lakukan amang seksual, persetubuhan luar tabii
Pengasas sebuah pusat tahfiz warga Singapura didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Alor Gajah hari ini atas tiga pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap seorang pelajar lelaki, sejak dua bulan lalu.