KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lebih 10 badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perbincangan mengenai usaha memerangi gejala pengantunan seksual dalam talian, jenayah seksual dan penderaan seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia.
MCMC dalam satu kenyataan berkata, sesi perbincangan diketuai Ahli Suruhanjaya MCMC, Derek Fernandez itu, turut membincangkan mengenai statistik kes-kes yang berlaku serta pendekatan yang boleh diambil secara kolaboratif di antara MCMC, PDRM dan NGO
"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menerima kunjungan daripada Yayasan Chow Kit (YCK) serta lebih 10 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain bagi membincangkan tentang isu amang seksual dan pengantunan seksual dalam talian serta jenayah seksual terhadap kanak-kanak di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya pada Rabu," katanya.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohammad Fauzi Md Isa; Ahli Suruhanjaya MCMC, Datuk Wei Chuan Beng; Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat MCMC, Datuk Zulkarnain Mohd Yasin; wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai oleh Ketua Unit Siasatan Kanak-Kanak, Superintenden Hirdawati Isa; Pengasas YCK, Datuk Hartini Zainudin serta Pengarah Eksekutif Childline Foundation, Datin PH Wong.
Selain itu, terdapat juga wakil daripada ECPAT Malaysia, Persatuan Pekerja Sosial Malaysia, UNICEF Malaysia, Protect and Save the Children (PSC), Monsters Among Us (MAU), Operation Underground Railroad (OUR), Global Shephers Berhad, Fakulti Psikologi dan Sains Sosial Universiti Cyberjaya, National Early Childhood Intervention Council (NECIC), Make It Right Movement serta Johore Women's League (JEWEL).
Afiezy Azaman
Thu Mar 21 2024

Sesi perbincangan turut membincangkan mengenai statistik kes-kes yang berlaku serta pendekatan yang boleh diambil secara kolaboratif. - Foto MCMC

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jenayah seksual: KPT pandang serius salah laku dalam kalangan IPT
Kementerian menyeru agar semua pihak memberikan ruang untuk siasatan menyeluruh dilaksanakan.

JBG diminta santuni, tawar khidmat pendamping kanak-kanak mangsa jenayah seksual - Azalina
Katanya, kerajaan tidak akan berkompromi dalam hal-hal penindasan terhadap kanak-kanak kerana mereka merupakan generasi penerus Malaysia.

3,000 ahli Skuad Waja Perlis jadi 'mata-mata' tangani jenayah seksual
Hampir 3,000 ahli skuad Wanita Anti Jenayah (Waja) direkodkan di Perlis setakat ini, yang berperanan sebagai 'mata-mata' kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani kes jenayah seksual.

Penyanyi rap Sean Diddy berdepan tuduhan jenayah seksual baharu
Aduan yang difailkan di New York oleh bekas bintang filem lucah, Adria English, merupakan kes terbaharu daripada beberapa dakwaan.

Ibu bapa perlu elak cium mulut anak - Pakar psikologi
Ibu bapa perlu mengelakkan diri daripada perbuatan mencium mulut anak meskipun sebagai cara menzahirkan kasih sayang.

Selangor rekod kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun
Siti Kamisah berkata, kepadatan penduduk, aktiviti ekonomi, desakan hidup serta capaian internet yang meluas menjadi antara faktor.

Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia
Selangor mencatatkan kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun di negara ini.

Tiada tolak ansur terhadap kesalahan seksual - KPM
KPM memandang serius kes salah laku seksual yang melibatkan guru dan murid seperti yang dilaporkan oleh media.

MCMC, PDRM, NGO kerjasama banteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak
Sesi perbincangan turut membincangkan mengenai statistik kes-kes yang berlaku serta pendekatan yang boleh diambil secara kolaboratif.

Azalina saran guru bantu banteras jenayah seksual kanak-kanak
Warga pendidik khususnya guru disaran memberi kerjasama melaporkan kejadian jenayah seksual membabitkan kanak-kanak sekolah.