SHAH ALAM: Selangor merekodkan kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun terakhir dengan 90 peratus pelaku melibatkan warga tempatan.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman SAC Siti Kamisah Hasan berkata kepadatan penduduk, aktiviti ekonomi, desakan hidup serta capaian internet yang meluas menjadi antara faktor Selangor merekodkan kadar jenayah seksual paling tinggi berbanding negeri lain.
Beliau berkata sebagai sebuah negeri maju, kedudukan Selangor yang bersempadan dengan Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Perak juga memudahkan akses kemasukan penduduk dari luar yang antara lain turut menyumbang kepada kadar jenayah di negeri tersebut.
"Selangor merupakan negeri maju dan capaian internetnya mudah serta tinggi selain adanya banyak institusi seperti universiti serta penjara di mana banyak juga kes jenayah seksual berlaku di situ.
"Jadi, banyak sebab yang menyumbang kepada perlakuan jenayah seksual sehingga Selangor muncul negeri tertinggi (kes jenayah seksual), diikuti Johor yang mana faktor kes adalah sama, iaitu mempunyai bilangan penduduk yang tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Townhall Discussion Polis Kontinjen Selangor 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini yang turut dihadiri Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan semalam.
Siti Kamsiah bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci mengenai statistik atau jumlah kes jenayah seksual yang direkodkan di Selangor.
Mengenai 90 peratus daripada pelaku jenayah seksual melibatkan warga tempatan, beliau berkata, siasatan pihaknya mendapati pelaku dikenali oleh mangsa yang sebahagiannya merupakan ahli keluarga, rakan-rakan dan orang yang diberikan amanah seperti guru.
"Berdasarkan statistik, kebanyakan kes jenayah seksual berlaku adalah dalam kalangan mereka dalam kategori B40 susulan tekanan ekonomi selain persekitaran rumah serta kediaman yang tidak kondusif," katanya.
Sementara itu, Hussein ketika diminta mengulas mengenai kadar jenayah seksual tersebut berkata, statistik atau bilangan kes yang tinggi itu bukan gambaran sebenar kadar jenayah tersebut, mengambil kira situasi jenayah yang terkawal serta populasi penduduk Selangor yang melebihi tujuh juta orang.
"Kita tidak boleh kata oleh kerana jumlah kes lebih tinggi berbanding negeri lain, jenayah seksual di Selangor tinggi, tidak. Kes di Selangor bukan tertinggi kalau diambil kira bilangan penduduk," katanya.
Hussein berkata pihaknya tetap mengambil serius mengenai kadar tersebut dengan antara lain, meningkatkan aktiviti kawalan pencegahan jenayah melalui rondaan Unit Kereta Peronda dan Unit Rondaan Bermotosikal selain bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam menambah pemasangan kamera litar tertutup di lokasi tertentu seperti Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024

Siti Kamisah berucap pada program Townhall Discussion Polis Kontinjen Selangor 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam, semalam. - Foto Facebook Polis Selangor

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jenayah seksual: KPT pandang serius salah laku dalam kalangan IPT
Kementerian menyeru agar semua pihak memberikan ruang untuk siasatan menyeluruh dilaksanakan.

JBG diminta santuni, tawar khidmat pendamping kanak-kanak mangsa jenayah seksual - Azalina
Katanya, kerajaan tidak akan berkompromi dalam hal-hal penindasan terhadap kanak-kanak kerana mereka merupakan generasi penerus Malaysia.

3,000 ahli Skuad Waja Perlis jadi 'mata-mata' tangani jenayah seksual
Hampir 3,000 ahli skuad Wanita Anti Jenayah (Waja) direkodkan di Perlis setakat ini, yang berperanan sebagai 'mata-mata' kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani kes jenayah seksual.

Penyanyi rap Sean Diddy berdepan tuduhan jenayah seksual baharu
Aduan yang difailkan di New York oleh bekas bintang filem lucah, Adria English, merupakan kes terbaharu daripada beberapa dakwaan.

Ibu bapa perlu elak cium mulut anak - Pakar psikologi
Ibu bapa perlu mengelakkan diri daripada perbuatan mencium mulut anak meskipun sebagai cara menzahirkan kasih sayang.

Selangor rekod kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun
Siti Kamisah berkata, kepadatan penduduk, aktiviti ekonomi, desakan hidup serta capaian internet yang meluas menjadi antara faktor.

Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia
Selangor mencatatkan kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun di negara ini.

Tiada tolak ansur terhadap kesalahan seksual - KPM
KPM memandang serius kes salah laku seksual yang melibatkan guru dan murid seperti yang dilaporkan oleh media.

MCMC, PDRM, NGO kerjasama banteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak
Sesi perbincangan turut membincangkan mengenai statistik kes-kes yang berlaku serta pendekatan yang boleh diambil secara kolaboratif.

Azalina saran guru bantu banteras jenayah seksual kanak-kanak
Warga pendidik khususnya guru disaran memberi kerjasama melaporkan kejadian jenayah seksual membabitkan kanak-kanak sekolah.