SHAH ALAM: World #QuranHour, gerakan membina sistem nilai al-Quran dengan solidariti yang dilaksanakan bermula dari Malaysia ke seluruh dunia, dijangka memperolehi 100 juta tontonan di televisyen dan platform digital tahun ini.
Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan juga Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, sasaran itu dapat dicapai hasil kerjasama dengan rakan media yang memberi sokongan untuk menyebarluaskan misi #QuranHour di platform masing-masing, untuk dekati lebih ramai masyarakat di dalam dan luar negara.
Sinergi media daripada pelbagai pihak antaranya Bernama, Astro, TV AlHijrah, RTM, Kumpulan Media Prima, Sinar Harian, Kumpulan NSTP, Utusan Malaysia, The Star, Kumpulan Media Karangkraf, Nu Ideaktiv, IKIMfm dan blogger Denaihati Network, kembali bergabung untuk menjayakan World #QuranHour kali keenam.
"World #QuranHour telah berjaya capai 21 juta tontonan di 10 negara pada 2015, 87 juta tontonan di 70 lokasi di 50 negara (2016), 357 juta tontonan di 2,000 lokasi di 15 negara (2017), 646 juta di 76 lokasi di 50 negara dan 1.46 bilion tontonan di 300 lokasi di 76 negara (2019), sebelum COVID-19 melanda dan mencatatkan 10 juta tontonan pada 2020.
"World #QuranHour akan diadakan pada 24 Ramadan 1442H bersamaan 6 Mei 2021, dengan tema 'MengQurankan Bangsa, Mengikhlaskan Ummah', di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya secara tertutup, bagi mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengekang penularan pandemik COVID-19," katanya di majlis taklimat dan sidang media bersama Sinergi Media sempena World #QuranHour 1441H/2021.
Ketua Pegawai Eksekutif WUIF Marhaini Yusoff berkata Surah Al-Mulk yang bermaksud kerajaan, menjadi surah pilihan bagi #QuranHour pada tahun ini, dalam membina kerangka fikir dan karakter orang berjaya di dunia dan akhirat.
"Surah ini mengandungi tiga motivasi diri, enam pertanyaan dan enam jawapan, yang boleh dijadikan panduan untuk mewujudkan keharmonian sejagat di Malaysia dan peringkat global," katanya.
#QuranHour tahun ini mengukuhkan penghayatan Surah Al-Mulk, melalui program Jom Mengaji Sebelum tidur setiap hari jam 10 malam bermula 15 Jan, Majlis bersama Ayah (sepanjang Ramadan), World #QuranHour (6 Mei), World Quran Convention (10 Ogos) dan Malaysia #QuranHour (30 Ogos) ini.
World #QuranHour di bawah penaung Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ini, dianjurkan oleh WUIF dengan kerjasama rakan sinergi iaitu Bernama, Astro, TV AlHijrah, Sinar Harian, Kumpulan Media Karangkraf, Nu Ideaktiv, Zayan FM, British Muslim TV, Islamic Tourism Centre, Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Semalaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Rumah Ngaji.
Orang ramai termasuk keluarga, komuniti, agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan, dijemput menyertai atau menganjurkan World #QuranHour 1442H di lokasi masing-masing dengan mendaftar Hotspot di bit.ly/WQH1442H
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 21 2021

Hussamuddin ketika berucap pada Taklimat Sinergi Media dan sidang media World #QuranHour 1142H/2021. - BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

World #QuranHour ambil pengajaran tata kelola acuan wahyu, ajaran Nabi Muhammad - WUIF
World #QuranHour pada 4 April ini beri tumpuan kepada intipati surah al-Jumu'ah bagi memangkin perubahan positif serta transformasi masyarakat di peringkat global.

Pecutan akhir World #QuranHour, ini 5 tumpuan utama konvoi Pembawa Panji Al-Abrar Bermotosikal
Konvoi Pembawa Panji Al-Abrar Bermotosikal World #QuranHour 1444H, yang merupakan program pecutan akhir, telah dilancarkan pada 11 April 2023.

'Sama seperti solat tarawih 20 rakaat'
Program World #QuranHour boleh memberi semangat kepada umat Islam untuk membudayakan amalan membaca al-Quran dalam kehidupan seharian.

Astro Oasis penyiar utama World #QuranHour 1444H
Astro Oasis akan menjadi penyiar utama program World #QuranHour 1444H secara langsung di lokasi perdana iaitu UIAM pada 13 April ini.

WUIF jalin sinergi bersama media siar World #QuranHour 1444H
Marhaini Yusoff berkata objektif majlis tersebut adalah tanda kesatuan hati semua pihak media di negara ini.

UIAM penganjur lokasi perdana World #QuranHour
UIAM sebagai tuan rumah sejak 2016 mengalu-alukan kerjasama penganjuran WUIF dan Nu Ideaktiv untuk menjayakan program itu tahun ini.

Raja Permaisuri Agong berangkat ke World #QuranHour 2022
Selepas dua tahun dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), World #QuranHour kali ini dianjurkan bersama penonton.

World #QuranHour pilih surah As-Sajdah
Surah As-Sajdah dipilih bertujuan mengikut model Rasulullah, selain mahu mengubah mindset manusia supaya tidak rasa sombong dalam diri.

World #QuranHour jangka peroleh 100 juta tontonan
World #QuranHour dijangka memperolehi 100 juta tontonan di televisyen dan platform digital tahun ini.

World #QuranHour pentas terbaik umat Islam mendalami al-Quran
Pada hari ini (13 Mei), World #QuranHour bertemakan 'Reboot Global Harmony' telah memilih Surah Ar-Rahman sebagai Surah pilihan yang akan dibacakan oleh Qari dari Malaysia dan Indonesia.