GERIK: Seramai 37 bekas pekerja pembinaan Jalan Raya Timur Barat (FT004) menerima momento kenangan bagi mengenang kembali jasa dan pengorbanan pekerja pembinaan laluan itu yang terkorban akibat serangan pengganas komunis.
Momento kenangan yang pertama kali diberikan kerajaan itu disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai simbolik menghargai jasa bakti yang telah dicurahkan pada Program Setia Bakti Jalan Raya Timur Barat (FT004) di Jeti Awam Pulau Banding di sini hari ini.
Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian saguhati RM1,000 kepada 87 keluarga bekas pekerja pembinaan Jalan Raya Timur Barat (FT004) yang terkesan akibat serangan pengganas komunis.
Program berkenaan diadakan Kementerian Kerja Raya (KKR) sempena ulang tahun Hari Kebangsaan ke-66 di bawah lembayung Kempen MyJalan yang merupakan platform advokasi dan pendedahan kepada pengguna jalan raya tentang penyenggaraan jalan raya sedia ada.
Pada 21 Mei 1974, satu serangan pengganas komunis telah merosakkan puluhan unit jentera berat dan pada 27 Ogos 1974, seramai tiga petugas Jabatan Kerja Raya (JKR) telah terbunuh semasa bekerja untuk membina laluan ini dan ratusan warga unit keselamatan telah gugur antara tahun 1968 hingga 1989 semasa pembinaan jalan raya ini dilaksanakan.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pembinaan laluan ini yang juga merupakan 'Lebuhraya Pertahanan' yang dibina sebagai satu daripada strategi melumpuhkan pergerakan pengganas komunis pada era pascakemerdekaan Tanah Melayu pada 1970.
"Usaha ini tidak mudah, yang menyaksikan pasukan JKR diserang oleh komunis, mengorbankan tiga nyawa dan meninggalkan kecederaan kekal kepada pasukan JKR lain yang turut terlibat.
"Kerja pembinaan diteruskan, walaupun kesan serangan masih terkesan kepada semua. Inilah jasa Setia Bakti pasukan JKR, perwira yang tidak dijulang," katanya dalam ucapan pada Pelancaran Kempen MYJalan KKR.
Katanya bagi mengenang jasa warga JKR, Program Setia Bakti diangkat oleh kementerian bagi menghargai pengorbanan mereka serta menyemarakkan semangat patriotisme dan diharapkan akan membakar semangat warga kementerian dan JKR khususnya, untuk terus menabur bakti kepada rakyat dan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023
Anwar menyampaikan momento penghargaan Setia Bakti MyJalan kepada Mohamad Sarif Long (tiga, kanan) pada majlis pelancaran Kempen MyJalan Kementerian Kerja Raya di Jeti Awam Pulau Banding hari ini. - Gambar/ Bernama
Israel umum bina pos tentera di Bukit Golan
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengumumkan bahawa pihaknya berhasrat membina pos tentera dalam zon penampan yang telah dinyah tenterakan di Bukit Golan, Barat Daya Syria.
Angka korban terkini di Palestin terus meningkat
Angka kematian terkini rakyat Palestin akibat serangan berterusan rejim Zionis meningkat kepada 45,361 orang dan jumlah kecederaan setakat ini meningkat kepada 107,803.
[TERKINI] Telegram dan WeChat mula proses pelesenan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengumumkan bahawa Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk mereka
Temui karakter kandungan Astro di Home of Kids
Orang ramai dijemput hadir ke Home of Kids yang berlangsung selama empat hari bermula 26 hingga 29 Disember dari jam 10.30 pagi hingga 9 malam di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall, Putrajaya.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique
Wisma Putra memaklumkan, tiada rakyat Malaysia di Mozambique terjejas akibat pergolakan yang berterusan yang kebanyakannya memberi kesan di kawasan bandar, termasuk ibu negara Maputo.
Pegawai pengurus gudang didakwa seleweng barang kawalan
Seorang pegawai pengurus gudang borong dan runcit sebuah pasar raya didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas pertuduhan memindahkan barang kawalan iaitu minyak masak berjumlah 2.41 tan dan gula pasir kasar berjumlah 480 kilogram pada 14 Januari lepas.
AWANI Ringkas: Dua beranak maut, empat cedera kemalangan di WCE
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir di Lipis pulih sepenuhnya
Mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit dan PPS Masjid Kampung Beletik dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekitar 12.20 tengah hari tadi.
Dua Dekad Tsunami: Aceh bertafakur tiga minit
Majlis khas sempena memperingati 20 tahun tsunami Aceh dengan tema Aceh Thanks The World sekali gus mengangkat iltizam rakyat Aceh Beranjak dari Masa Lalu, Menuju Masa Depan Bersyariat.
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
'Wira tidak dijulang': Pengorbanan bekas pekerja pembinaan Jalan Raya Timur Barat diiktiraf
Seramai 37 bekas pekerja pembinaan Jalan Raya Timur Barat menerima momento kenangan bagi mengenang kembali jasa dan pengorbanan pekerja pembinaan laluan itu yang terkorban akibat serangan komunis.