KUALA LUMPUR: "Setiap masa akan teringat... ketika melangkah di Balairung Seri (Istana Negara), menghadap Agong... saya masih terkenang peristiwa itu," kata Mohamad Hasnal Jamil.
Walaupun sudah lebih sedekad, peristiwa berdarah bertempur dengan pengganas Sulu pada Mac 2013 tidak pernah luput daripada ingatan pegawai polis berpangkat DSP itu, malah "parut" tragedi hitam menjadi penguat dirinya untuk terus berkhidmat kepada negara.
Beliau adalah pegawai polis yang cedera ditembak dan ditetak pengganas Sulu dalam Op Daulat, di Kampung Simunul, Semporna di Sabah pada Mac 2013.
Mohamad Hasnal, 42, menjadi penerima tunggal Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) yang dikurniakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan, di Balairung Seri, Istana Negara di sini hari ini.
Mengakui sebak menerima pengiktirafan itu, Mohamad Hasnal yang kini bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman mendedikasikan penganugerahan itu kepada semua rakan seperjuangannya yang terlibat dalam operasi berkenaan termasuk mereka yang gugur.
"Tuanku (Al-Sultan Abdullah) juga tadi (ketika majlis santapan) sempat menzahirkan ucapan terima kasih atas jasa, sumbangan dan pengorbanan saya dan rakan-rakan yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara.
Pada saya, sumbangan saya ini bukanlah besar dan ramai lagi telah berjuang dan berkorban untuk negara, namun pengiktiran ini menjadi satu kenangan untuk sumbangan kecil saya kepada negara," katanya ketika ditemui Bernama selepas istiadat itu hari ini.
Mohamad Hasnal dilihat menahan sebak dan matanya berkaca apabila menceritakan kembali kejadian yang hampir meragut nyawanya apabila tiga tembakan terkena bahagian perut hingga tembus ke belakang badan dan lengan kirinya.
Selain ditembak, Mohamad Hasnal turut ditetak di kepala dan tangan dengan kapak oleh musuh.
"Sehingga kini, saya masih mendapatkan rawatan susulan untuk membetulkan saraf di bahagian tangan yang tercedera namun ini sedikit pun tidak memberi trauma atau melunturkan semangat untuk terus berkhidmat atau menjalankan tugas.
"Saya anggap ini hanya liku-liku pekerjaan sebagai anggota polis, kalau tidak menempuh cabaran seperti ini bukanlah polis namanya," kata anak jati Kedah itu.
Pada masa yang sama, pegawai polis itu turut menitipkan pesanan kepada semua warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk sentiasa bersedia dan menjalankan tanggungjawab dengan penuh ikhlas dan amanah.
"Jangan pernah khianati amanah ini, jika tiba panggilan perjuangan untuk negara... kita sahut dan pergilah berjuang," katanya
Pada Feb 2013, Malaysia dikejutkan dengan pencerobohan pengganas bersenjata Sulu yang memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu, yang membawa kepada pertempuran pada 1 Mac di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Kampung Simunul, Semporna yang turut mengorbankan 68 pengganas Sulu.
Konflik itu diisytiharkan tamat pada 10 April 2013.
Enam anggota polis yang terkorban dalam peristiwa berdarah pada 2 Mac 2013 di Kampung Simunul itu adalah ACP Ibrahim Lebar, DSP Michael Padel, Sarjan Mejar Baharin Hamit, Sarjan Mejar Abdul Azis Sarikon, Sarjan Salam Togiran dan Koperal Mohd Azrul Tukiran.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 17 2024

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Pingat Panglima Gagah Berani kepada DSP Mohamad Hasnal Jamil pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan. - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

Wira Op Daulat, Mohamad Hasnal terima Pingat Panglima Gagah Berani
Mohamad Hasna menjadi penerima tunggal Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) yang dikurniakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.