JELAS sekali fungsi status pada aplikasi WhatsApp dilihat semakin menarik melalui kemas kini baharu yang bakal tiba.

Melaluinya kelak pengguna boleh berkongsi semula kandungan status daripada kenalan lain pada akaun masing-masing.

Secara umumnya ia berfungsi sama seperti yang boleh dilakukan di Instagram Stories yang turut melibatkan kenalan lain secara langsung dalam status mereka.

Dalam tangkap latar yang ditunjukkan di atas akan terdapatnya butang baharu khusus bertujuan untuk membolehkan pengguna berkongsi kemas kini status dengan mudah.

Selain itu mampu meningkatkan pengalaman komunikasi yang lebih interaktif secara dalam talian sambil memastikan kenalan tertentu ambil maklum mengenai status yang berkaitan.

Pembaharuan ini juga boleh dianggap menarik kerana pengguan kelak tidak lagi perlu bersusah payah membuat tangkapan skrin semata-mata untuk berkongsi kandungan menarik daripada kenalan lain pada status WhatsApp.

Menurut WhatsApp, ia masih di peringkat pembangunan yang akan tersedia dalam kemas kini akan datang. Namun masih belum diketahui bilakah penawaran rasminya. -Amanz