ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 Julai 2024.


1. Curi RM24.2 juta dalam akaun: 10 termasuk pengurus bank didakwa

Seramai 10 individu termasuk pengurus bank yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan sindiket curi wang akaun simpanan tetap milik pelanggan dianggarkan bernilai RM24.7 juta didakwa di Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu, hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.



2. Harith Iskander, Dr Jezamine sah bercerai talak satu

Selepas 14 tahun, ikatan perkahwinan di antara pelawak, Harith Iskander dan Dr Jezamine Lim akhirnya terlerai apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pada Khamis.


3. Permohonan MyKid dibuka semula bermula 29 Julai - JPN

Permohonan MyKid akan dibuka semula di semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai 29 Julai ini.


4. 1,671 pegawai, anggota polis dibuang kerja - Bukit Aman

Seramai 1,671 pegawai dan anggota polis dikenakan tindakan hukuman buang kerja atas pelbagai kesalahan sejak 2014 hingga Jun tahun ini, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.


5. Bekal senjata api warga Israel: Suami isteri tidak dibenar ikat jamin

Mahkamah Sesyen di sini, menolak permohonan ikat jamin terhadap pasangan suami isteri yang disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki warga Israel pada Mac lalu.


6. Ibu bapa Albertine Leo tidak kenal mana-mana suspek culik

Ibu bapa kepada Albertine Leo Jia Hui, 6, tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kelima-lima suspek yang direman bagi membantu siasatan kes penculikan kanak-kanak itu.  


7. Hukuman mati kes Zulfarhan: 'Keputusan Mahkamah Rayuan detik suram kehakiman negara' - Suhakam

Keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada enam pesalah berhubung kes pembunuhan Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, menandakan detik yang suram dan menyedihkan untuk cabang kehakiman negara.


8. Kerajaan kaji pemerbadanan Jabatan Insolvensi Malaysia

Kerajaan akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi cadangan pemerbadanan Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) selaras dengan amalan terbaik global melalui perbandingan negara-negara lain dalam masa terdekat.


9. Pembukaan Olimpik 2024: Koleksi 'The Malaya' Rizman Ruzaini bakal jadi tumpuan di Paris

THE Malaya, hasil cetusan ilham yang dihasilkan pereka fesyen tanah air, Rizman Ruzaini untuk atlet Malaysia di upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 di Paris bakal menjadi tumpuan dunia pada 27 Julai ini.


10. Songlap RM2 juta: Kakitangan bank pindah wang ke 11 akaun sebelum meninggal

Seorang kakitangan bank wanita di Kuala Kangsar, Perak, yang meninggal dunia pada 5 Julai lalu, sempat memindahkan wang simpanan tetap milik pelanggan yang dipercayai dicurinya berjumlah lebih RM2 juta ke 11 akaun berlainan.