ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 22 Julai 2024.


1. Biden undur diri dari pemilihan semula Presiden AS

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan beliau akan berundur daripada persaingan pemilihan semula selepas desakan semakin meningkat dalam Parti Demokratnya sendiri, pada Ahad.



2. Harris ucap terima kasih kepada Biden

Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris mengucapkan terima kasih atas sokongan Presiden Joe Biden terhadap pencalonan beliau sebagai wakil Demokrat dalam pemilihan presiden.


3. Harris tidak dapat akses dana kempen Biden kerana risiko undang-undang

Percubaan untuk memindahkan dana yang dikumpulkan oleh kempen Presiden AS Joe Biden kepada calon presiden Demokrat Naib Presiden Kamala Harris, boleh mencetuskan saman, menurut laporan akhbar The Washington Post yang memetik peguam pada Isnin, lapor Sputnik.


4. 'Harris lebih mudah dikalahkan berbanding Biden' - Trump

Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari Parti Republikan, Donald Trump dalam reaksi segera, berpendapat Naib Presiden Kamala Harris akan lebih mudah untuk dikalahkan dalam pemilihan November ini berbanding Presiden Joe Biden yang telah mengundurkan diri daripada perlumbaan itu.


5. Pengunduran Biden beri kesan perundangan kepada kempen Demokrat

Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Mike Johnson menzahirkan kebimbangan mengenai isu perundangan, berhubung pengganti Presiden Joe Biden untuk Pilihan Raya Presiden.


6. Reaksi pemimpin dunia terhadap pengunduran Biden

Berikut adalah beberapa reaksi daripada pemimpin dan pegawai asing terhadap keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden untuk menamatkan kempennya untuk pemilihan semula pada November.


7. Wanita hamil, bayi baru lahir di Gaza berdepan ancaman malnutrisi

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran mengenai kesan malnutrisi terhadap wanita hamil dan bayi baharu lahir di Gaza yang diserang Israel.


8. Ditindas kejam, mahasiswa Bangladesh rayu sokongan dan solidariti antarabangsa

Rakyat Bangladesh amat memerlukan sokongan dan solidariti antarabangsa ketika negara itu berdepan protes bantahan di ibu negara, Dhaka yang sehingga kini mengorbankan ratusan nyawa.


9. 15 disahkan maut dalam kejadian jambatan runtuh di China

Pasukan penyelamat telah menemukan 15 mayat mangsa dalam insiden jambatan lebuh raya runtuh di wilayah Shaanxi, barat laut China, kata pihak berkuasa tempatan pada petang Ahad, lapor Xinhua.


10. 26,000 pelancong dipindahkan ketika Taufan Prapiroon hampiri selatan China

Lebih 26,000 pelancong di sebuah pulau pelancongan di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang di selatan China telah dipindahkan ketika taufan keempat tahun ini menghampiri kawasan itu, kata pihak berkuasa tempatan pada Ahad.