Lima faktor itu adalah integrasi, kolaborasi, teknologi, kelangsungan dan kelestarian, serta kewangan.
Pertama katanya, tidak boleh ada kebergantungan hanya pada kerajaan dan perlu ada integrasi antara semua pihak - dari peringkat tertinggi hinggalah institusi masyarakat setempat.
“Ini penting, bila mereka melabur ianya bukan hanya melihat kepada ‘Ringgit dan sen’ tetapi kena fikir apa kesannya, kosnya kepada sosial dan alam sekitar.
“ESG ini memang konsep yang agak baru, tapi di Malaysia sudah lama ada penilaian impak alam sekitar (EIA) dan penilaian impak sosial (SIA), namun pelaksanaannya?” ujar beliau dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Faktor kedua dari segi kolaborasi, di mana konsep “carrot and stick” perlu diimplimentasikan, yang katanya berbalik kepada soal urus tadbir.
“Kalau sesebuah syarikat itu mengikut polisi ‘net-zero’, apakah insentif yang mereka boleh peroleh dan kalau mereka tak buat, apakah undang-undang penaltinya?”
Ketiga adalah berkenaan penerapan teknologi, kerana beliau berpendapat bahawa teknologi seperti kecerdasan buatan (A.I.) dan pendigitalan antaranya memainkan peranan yang besar dalam pelaksanaan ESG.
Keempat adalah aspek kelangsungan dan kelestarian, di mana beliau memberikan contoh pembangunan perumahan yang tidak semata-mata mendirikan bangunan rumah tetapi mewujudkan persekitaran yang sejahtera kepada penghuninya.
Akhir sekali, aspek kewangan dan perkongsian tidak dapat dinafikan kepentingannya untuk memastikan kejayaan pelaksanaan ESG di negara ini.
“Bagi saya, urus tadbir adalah faktor penting untuk kita tarik ekonomi yang bagus dan pelaburan sosial yang baik kepada sesebuah negara.”