Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial, P. Waytha Moorthy meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) dan mengumumkan pembentukan parti politik baharu untuk memperjuangkan kepentingan kaum India.
Menurut Waytha, parti baharu yang diasaskannya ialah Malaysian Advancement Party (MAP) yang telah berjaya didaftarkan secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
MAP, kata beliau, akan berperanan mempertahankan kepetingan kaum India di negara ini khususnya dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, agama dan sosial.
“Sebagai sebuah gerakan rakyat, parti ini akan memainkan peranan penting mengembalikan harapan dan peluang bawah kerajaan Pakatan Harapan supaya masyarakat India Malaysia diwakili secara berkesan,” kata beliau dalam kenyataan yang diedarkan.
Jelas beliau, MAP juga akan menyertai secara positif dan konstruktif bersama-sama dengan Pakatan Harapan untuk memastikan agenda kemakmuran dikongsi bersama di bawah pentadbiran Malaysia Baharu.
Susulan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Hindraf, beliau berkata, pengerusi baharu kumpulan itu akan dilantik dalam satu mesyuarat agung khas.
Astro Awani
Tue Jul 16 2019

Waytha Moorthy etak jawatan sebagai pengerusi Hindraf untuk beri tumpuan pada parti politik yang diasaskannya, Malaysian Advancement Party. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Hindraf gagal cabar keputusan RoS batal pendaftaran persatuan
Hakim menolak permohonan semakan kehakiman difailkan oleh persatuan itu terhadap Ketua Pengarah RoS dan Menteri Dalam Negeri selaku responden menerusi e-mel.

Waytha Moorthy letak jawatan Pengerusi Hindraf, tubuh parti untuk masyarakat India
P. Waytha Moorthy meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) dan mengumumkan pembentukan parti politik baharu untuk memperjuangkan kepentingan kaum India.

Siapa kata kajian semula Jakim untuk mansuhkannya? - Pengarah IPDM
Apabila kita kaji semula sesuatu perkara itu menunjukan kita mungkin nampak lompong yang perlu diperbaik, kata Ahmad Zaharuddin Sani.