KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan panggilan telefon, pesanan teks atau e-mel berunsur penipuan termasuk iklan jawatan kosong palsu yang menggunakan nama Pos Malaysia.
Pos Malaysia, dalam kenyataan semalam, berkata penipuan tersebut menjadi semakin tersebar dengan tujuan untuk memperdaya orang ramai dan mendapatkan maklumat seperti butiran kad kredit, kata laluan, maklumat akaun atau data peribadi lain.
"Kami menasihati orang ramai agar tidak mendedahkan maklumat tersebut dengan tidak membalas apa-apa permintaan melalui telefon atau perkhidmatan pesanan teks (SMS/WhatsApp), e-mel atau kaedah lain. Paling penting, jangan klik pautan yang dihantar bersama mesej penipuan itu.
"Tidak berkongsi atau memasukkan maklumat sensitif di laman web/portal yang tidak dimiliki Pos Malaysia," menurut kenyataan itu.
Pos Malaysia berkata wujud penipuan melalui e-mel dengan menggunakan nama dan logo Pos Malaysia tanpa kebenaran dan dihantar untuk menuntut pembayaran duti atau cukai Kastam untuk pelepasan bungkusan.
Katanya e-mel seperti itu harus diabaikan atau dipadam dengan segera.
Selain itu, ia juga meminta orang ramai berwaspada dengan iklan jawatan kosong palsu yang menawarkan kerjaya di Pos Malaysia serta disaran mengesahkan maklumat dengan sumber yang sah.
Menurutnya kekosongan jawatan hanya diiklankan di laman web pekerjaan yang bereputasi dan sah seperti JobStreet atau di platform media sosial rasmi Pos Malaysia.
"Pos Malaysia sentiasa melindungi pelanggan dan komited dalam memastikan semua maklumat peribadi dan transaksi kekal dan terjamin," menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai keselamatan dalam talian, jenis penipuan dan saluran pelaporan dengan melayari https://www.pos.com.my/news-info/online-security-fraud-and-scams.html.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 17 2021
![Waspada penipuan dan iklan jawatan kosong - Pos Malaysia Waspada penipuan dan iklan jawatan kosong - Pos Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616074226_scmageneric.jpg)
Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan panggilan telefon, pesanan teks atau e-mel berunsur penipuan termasuk iklan jawatan kosong palsu yang menggunakan nama Pos Malaysia.
![Messi harap cepat pulih daripada kecederaan Messi harap cepat pulih daripada kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719647184_LionelMessi.jpg)
Messi harap cepat pulih daripada kecederaan
Kapten Argentina, Lionel Messi berharap agar beliau cepat pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya perlawanan akhir Copa America.
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Saya akan rindu bau durian - Kim Pan-gon
Menurut Kim Pan-gon, beliau akan tetap bangga dengan pasukan bola sepak Malaysia walaupun dimana beliau berada.
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Kim Pan-gon letak jawatan berikutan komitmen peribadi
Pengurus pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan perletakan jawatan tersebut kerana komitmen peribadi.
#AWANInews
#AWANInews
![Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721102997_SimposiumDronKeban.jpg)
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
![Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718142997_KimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia
Kim Pan-gon menjadi satu-satunya individu yang bakal meninggalkan pasukan manakala Pau Marti bersama staf sokongan yang lain kekal di Kelana Jaya.
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![Usah tertipu tawaran kontrak bekalan makanan di balai bomba Usah tertipu tawaran kontrak bekalan makanan di balai bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721091171_scammer.jpg)
Usah tertipu tawaran kontrak bekalan makanan di balai bomba
JBPM Johor menerima beberapa laporan daripada pengusaha makanan mengenai penipuan tawaran tersebut.
![Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake' - Fahmi Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake' - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721022524_FahmiFadzilSitiN.jpg)
Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake' - Fahmi
Masyarakat diminta berwaspada dengan taktik penipuan menggunakan penyebaran video dan imej palsu atau 'deepfake' yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
![Polis Singapura siasat 528 individu disyaki terbabit penipuan Polis Singapura siasat 528 individu disyaki terbabit penipuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718614275_scam.jpg)
Polis Singapura siasat 528 individu disyaki terbabit penipuan
Seramai 425 orang disiasat atas kesalahan penipuan dan pengubahan wang haram.
![Polis tumpas sindiket penipuan pelaburan ayam kampung pertubuhan amal Polis tumpas sindiket penipuan pelaburan ayam kampung pertubuhan amal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720771583_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Polis tumpas sindiket penipuan pelaburan ayam kampung pertubuhan amal
Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan ayam kampung melibatkan kerugian lebih RM3.2 juta dalam serbuan di beberapa buah negeri pada 26 Jun lepas.
![Polis tahan 18 disyaki terlibat penipuan Forex, sasar mangsa di Korea Selatan, AS Polis tahan 18 disyaki terlibat penipuan Forex, sasar mangsa di Korea Selatan, AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720769828_Scam.jpg)
Polis tahan 18 disyaki terlibat penipuan Forex, sasar mangsa di Korea Selatan, AS
Seramai 18 individu termasuk seorang wanita warga asing ditahan dua hari lepas kerana disyaki terlibat kegiatan penipuan dalam talian berkaitan forex.
![Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683697104_CyberAttack.jpg)
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
![Jurujual rugi hampir RM1 juta ditipu pelaburan saham dalam talian Jurujual rugi hampir RM1 juta ditipu pelaburan saham dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707299365_scam.jpg)
Jurujual rugi hampir RM1 juta ditipu pelaburan saham dalam talian
Orang ramai perlu berwaspada dan membuat semakan terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan.
![Skim pelaburan di laman sosial taktik menipu - Pengarah JSJK Bukit Aman Skim pelaburan di laman sosial taktik menipu - Pengarah JSJK Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717744068_latihanasaskepolis.jpg)
Skim pelaburan di laman sosial taktik menipu - Pengarah JSJK Bukit Aman
Kebanyakan skim pelaburan di laman sosial seperti Facebook dan Telegram, adalah berbentuk penipuan serta tidak boleh dipercayai.
![Pengguna perlu waspada penipuan ketika beli kenderaan terpakai Pengguna perlu waspada penipuan ketika beli kenderaan terpakai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716349668_Kereta.jpg)
Pengguna perlu waspada penipuan ketika beli kenderaan terpakai
Peniaga kereta import terpakai (recond) atau kereta terpakai tempatan seharusnya bersikap jujur, untuk tidak menipu pengguna tentang keadaan sebenar kenderaan.
![Google bakal kenal pasti panggilan scam ketika perbualan berlangsung Google bakal kenal pasti panggilan scam ketika perbualan berlangsung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715747478_Google.jpg)
Google bakal kenal pasti panggilan scam ketika perbualan berlangsung
Google menjayakan perkara ini melalui integrasi Gemini Nano yang disertakan terus pada telefon Android.