SHAH ALAM: Penjenayah akan melihat ruang dan peluang untuk menceroboh kediaman yang ditinggalkan penghuni khususnya ketika musim perayaan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, meskipun kadar jenayah di Selangor mencatat penurunan sejak lima tahun lalu, namun indikator itu tidak bermaksud kegiatan jenayah itu tidak berlaku.
Beliau berkata, perbuatan mencuri atau menceroboh rumah akan berlaku sekiranya pemilik rumah itu sendiri kurang berwaspada terhadap tahap keselamatan sekeliling.
“Golongan oportunis atau mereka yang suka ambil peluang ini pastinya akan mengambil kesempatan daripada kelekaan orang ramai termasuk melakukan jenayah curi dan pecah rumah.
“Penjenayah kebiasaannya terdiri daripada seorang atau berdua dan bukan bersindiket.
“Siasatan polis mendapati modus operandi penjenayah ini adalah meninjau lokasi dan kediaman yang ditinggalkan penghuni berdasarkan keadaan rumah seperti bil elektrik yang tidak diambil di peti pos, surat khabar yang dibiarkan di luar rumah dan lain- lain,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.
Beliau berkata, rumah yang sudah disasarkan akan diceroboh melalui tingkap, pintu belakang atau bumbung pada waktu malam hingga awal pagi.
Katanya, antara barang yang menjadi keutamaan penjenayah adalah barang kemas, barangan peribadi seperti komputer riba, telefon bimbit dan jam tangan selain wang tunai.
Mengulas lanjut, sebanyak 2,415 kes pecah rumah dilaporkan di Selangor pada tahun lalu, mengakibatkan kerugian hampir RM22 juta.
“Dalam tempoh itu, seramai 1,032 orang ditahan terdiri daripada 955 lelaki dan 77 wanita,” ujarnya.
Ujarnya lagi, bagi tempoh tiga bulan tahun ini sejak Januari, sebanyak 615 kes dilaporkan membabitkan kerugian berjumlah RM73,000 dengan tangkapan seramai 270 orang termasuk 20 wanita.
“Kebiasaannya wanita yang terlibat dalam jenayah ini adalah kekasih kepada suspek atau ahli keluarga.
“Wanita ini memainkan peranan untuk mendapatkan wang hasil pajakan barang di premis pajak gadai,” katanya.
Ditanya mengenai penglibatan warga asing dalam jenayah itu, Hussein berkata, jumlahnya adalah rendah iaitu bawah 20 peratus.
Jelasnya, warga asing yang ditangkap kerana perbuatan pecah rumah adalah 174 orang pada 2022 manakala 55 orang untuk tempoh tiga bulan tahun ini.
Justeru, sebagai langkah keselamatan ketika meninggalkan kediaman, pihak polis mengingatkan penghuni untuk memaklumkan kepada jiran terdekat.
“Antara langkah keselamatan adalah menghentikan seketika tempahan surat khabar secara harian sekiranya ada.
“Pastikan rumah ditinggalkan dalam keadaan berkunci selain langkah tambahan dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV),” jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 21 2023
Hussein berkata, rumah yang sudah disasarkan akan diceroboh melalui tingkap, pintu belakang atau bumbung pada waktu malam hingga awal pagi. - Foto Sinar Harian
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
Lelaki cuba terjun dari tingkat 9 berjaya diselamatkan
Polis berjaya menyelamatakan lelaki berusia 48 tahun yang cuba membunuh diri dengan terjun dari beranda tingkat sembilan sebuah kondominium di Bandar Tun Hussein Onn,
Pakar mata rawat Anwar ketika di penjara meninggal
Pakar mata, Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed yang merawat mata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam tahanan polis pada 1998 meninggal dunia.
Ribut salji: lebih 200,000 rumah putus bekalan elektrik di Bosnia dan Balkan
Lebih 200,000 rumah di seluruh Bosnia dan Herzegovina masih terputus bekalan elektrik untuk hari kedua pada Rabu selepas ribut salji menyebabkan gangguan meluas di beberapa negara Balkan.
Israel dakwa akan terus kawal keselamatan Gaza
IDF akan bertindak dengan apa cara sekalipun untuk menghapuskan sebarang cubaan yang berpotensi mengancam negara itu atau anggotanya.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan di sebuah penjara di ibu kota Mozambique, Maputo, telah meragut nyawa 33 orang dan mencederakan 15 yang lain.
Lelaki dengan 35 rekod jenayah ditahan kes pecah rumah, curi
Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan susulan laporan dibuat seorang wanita selepas rumahnya di Taman Acbe dipecah masuk pada 21 Okt lepas.
'Geng Takim' aktif pecah rumah tumpas di Changkat Jering, tiga ditahan
Polis berjaya menyelesaikan 13 kes pecah premis dan curi kenderaan selepas menahan dua lelaki dan seorang wanita dipercayai anggota kumpulan dikenali sebagai Geng Takim.
Polis Melaka tahan 'cicak' terlibat 22 kes pecah rumah
Lelaki berusia 42 tahun yang dipercayai melakukan jenayah secara solo ditahan di sebuah hotel di Angkasa Nuri kira-kira 4.20 petang 16 Okt.
Tanah runtuh Melawati: Polis jamin rumah mangsa dikawal rapi
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan jaminan bahawa kediaman mangsa yang terlibat dengan tanah runtuh di Taman Melawati akan dikawal rapi bagi mengelakkan sebarang kejadian pecah rumah.
Penjenayah dikehendaki ditembak mati selepas ancam polis
Seorang lelaki dipercayai penjenayah dikehendaki ditembak mati selepas bertindak merempuh kereta dinaiki polis di Kampung Kundang Rawang, Gombak, awal pagi tadi.
Polis tingkatkan rondaan di kawasan banjir, elak jenayah pecah rumah
Ia bagi memastikan rumah mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini selamat dan bagi mencegah jenayah pecah rumah.
Dua rakan curi periuk, sudip dipenjara empat tahun
Dua rakan dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun selepas mengaku salah mencuri pelbagai barangan termasuk periuk dan sudip.
Polis tahan pasangan kekasih terlibat kes pecah rumah
Sepasang kekasih ditahan semalam kerana disyaki terlibat kes pecah rumah di Kampung Binjai Bongkok Rabu lepas.
Polis tahan pempengaruh wanita disyaki pecah rumah bekas suami
Polis menahan seorang pempengaruh wanita tempatan kerana disyaki terlibat kes pecah rumah di Kota Bharu semalam.
2 pasangan kekasih ditahan disyaki terbabit lebih 15 kes pecah rumah
Polis percaya berjaya menyelesaikan lebih 15 kes pecah rumah dengan penahanan tiga lelaki dan dua wanita dalam operasi di sekitar Lembah Klang pada Sabtu lepas.