PUTRAJAYA: Orang ramai diingatkan berwaspada dengan panggilan mencurigakan oleh individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
MCMC berkata modus operandi panggilan yang diterima bermatlamat memperdaya mangsa bagi tujuan tertentu dan pemanggil akan mengancam dengan menyatakan terdapat aduan terhadap talian digunakan dan mendakwa mangsa telah melakukan kesalahan.
Katanya sekiranya mangsa gagal mengikut arahan yang diberikan, talian mereka akan disekat atau disenarai hitam.
"Bermula 1 hingga 25 Januari 2024, MCMC telah menerima sejumlah 259 aduan dan daripada jumlah tersebut, 238 panggilan pertanyaan telah diterima bagi mengesahkan isu berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
MCMC menegaskan sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai sesuatu urusan berkaitan dengan suruhanjaya itu lazimnya dilakukan mengikut saluran rasmi seperti e-mel, laman sesawang atau platform media sosial miliknya dan pihak berkuasa termasuk MCMC tidak akan meminta butiran dan maklumat perbankan peribadi individu.
Justeru, MCMC berkata orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan mendapatkan pengesahan sewajarnya serta jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi kepada individu tidak dikenali dan jangan memindahkan wang kepada akaun yang diragui.
Selain itu, MCMC berkata orang ramai disarankan untuk membuat tetapan sekatan ke atas nombor telefon pemanggil atau mendapatkan perisian atau aplikasi bagi menyekat kemasukan panggilan atau SMS (khidmat pesanan ringkas) ke talian telefon yang dimiliki.
Orang ramai juga digalakkan untuk menyalurkan maklumat dan mengemukakan aduan berhubung penipuan kepada pihak polis atau Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian Hotline 997 yang beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2024
MCMC berkata modus operandi panggilan yang diterima bermatlamat memperdaya mangsa bagi tujuan tertentu dan pemanggil akan mengancam dengan mendakwa mangsa telah melakukan kesalahan. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peguam Khas AS gugur kes manipulasi pilihan raya terhadap Trump
Kes dokumen sulit telah digugurkan pada Julai oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Aileen Cannon di Florida dengan Smith pada ketika itu merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Waspada panggilan mencurigakan oleh individu menyamar pegawai MCMC
Orang ramai diingatkan berwaspada dengan panggilan mencurigakan oleh individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai MCMC.