KUALA LUMPUR: Persatuan hartanah mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan broker haram yang bertopengkan teknologi dan inovasi.
Gesaan itu dibuat oleh Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM); Persatuan Penilai, Pengurus Harta, Ejen Harta dan Perunding Harta Swasta Malaysia (PEPS); Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM); Institut Pengurus Harta dan Fasiliti Malaysia (MIPFM) serta Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA).
Dalam kenyataan bersama pada Rabu, kesemua pertubuhan itu meminta orang ramai supaya hanya berurusan dengan ejen dan firma hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) sahaja apabila berurusan dengan mana-mana individu atau pihak yang menjalankan perkhidmatan hartanah merangkumi perkhidmatan penjualan, pembelian, penyewaan, pajakan, pentadbiran penyewaan dan khidmat nasihat.
Ia sebagai peringatan bahawa wujud pihak-pihak yang bukan ejen hartanah tetapi mengendalikan perniagaan agensi hartanah secara haram di samping menggunakan pelbagai bentuk idea kreatif untuk berbuat demikian, menurutnya.
Semua pertubuhan itu menjelaskan perkhidmatan hartanah adalah diwartakan sebagai perkhidmatan profesional di bawah Akta Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah 1981 atau dikenali sebagai Akta 242 untuk melindungi orang ramai.
"Ini juga untuk memastikan jika pihak lain, selain yang berdaftar, melakukan kerja-kerja sebagai ejen dalam sebarang bentuk atau cara, mereka melakukan satu kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah dan dihukum denda tidak lebih daripada RM300,000 dan penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya," menurut semua persatuan itu.
Semua persatuan itu mengatakan bahawa mereka tidak menentang inovasi dan teknologi sebalinya mahu memperkukuh pendirian mereka.
"Kita tidak boleh membiarkan mana-mana pihak, sama ada individu atau syarikat dalam sebarang bentuk, yang tidak mematuhi undang-undang tanah sedia ada, di mana ia sesuai dengan amalan ejen hartanah setakat ini," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 08 2021

Semua pertubuhan itu menjelaskan perkhidmatan hartanah adalah diwartakan sebagai perkhidmatan profesional di bawah Akta 242. -Gambar hiasan/Pixabay

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Waspada broker haram bertopengkan teknologi, inovasi
Persatuan hartanah mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan broker haram yang bertopengkan teknologi dan inovasi.