KUALA LUMPUR: Profesion kewartawanan perlu bersifat intelektual dan bukan hanya sebagai pelapor semata-mata, agar tidak dilihat dangkal dan dipandang rendah oleh masyarakat umum.
Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata setiap wartawan, perlu mempunyai keupayaan untuk membentuk penulisan yang memaparkan gagasan atau konsep sesebuah idea kepada orang awam.
Beliau berkata ia perlu dilakukan dengan berkesan bagi membentuk wacana yang terbuka, sekali gus membina sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang maju dari segi pemikiran.
"... bukan hanya gagasan-gagasan itu perlu dibincangkan di peringkat universiti, tetapi (perlu juga dibawa) kepada awam (kerana) penting untuk orang awam tahu, jadi inilah yang kita nak dan mahu melihat wartawan sama tarafnya dengan (golongan) intelektual," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menjadi ahli panel Syarahan Kewartawanan, Reformasi dan Masyarakat mengenai A Samad Ismail dan Haji Muhammad Said: Wartawan, Intelektual Awam dan Nasionalis, di sini hari ini.
Ahmad Murad berkata beliau mencadangkan agar A Samad Ismail digambarkan sebagai seorang intelektual awam, pejuang kewartawanan dan diiktiraf sebagai seorang negarawan.
"Kenapa negarawan? Dalam kes A Samad Ismail, beliau terbabit dalam perjuangan kemerdekaan Malaysia dan Indonesia... Beliau terbabit secara rasmi atau tidak rasmi dalam rundingan masalah dua hala. Jadi apakah kita tidak boleh melihat itu sebagai satu peranan negarawan.
"Saya juga suka untuk mencadangkan penubuhan Kerusi Pengajian Kewartawanan A Samad Ismail di salah sebuah fakulti kewartawanan tempatan. Dan memahatkan namanya di fakulti atau pusat pengajian berkaitan," katanya.
Beliau turut menyeru supaya sejarah kewartawanan Malaysia diajar di sekolah-sekolah kewartawanan dan universiti, bagi membolehkan masyarakat mengetahui kepentingan dan sumbangan bidang kewartawanan kepada negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023

Profesion kewartawanan perlu bersifat intelektual dan bukan hanya sebagai pelapor semata-mata, agar tidak dilihat dangkal dan dipandang rendah oleh masyarakat umum. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Usah bimbang terhadap AI - Wartawan veteran
AI perlu dianggap sebagai rakan yang membantu individu dalam industri ini untuk menjadi wartawan, penulis dan penyampai yang lebih baik.

Iran bebaskan wartawan Itali Cecilia Sala
Sala dibebaskan berikutan usaha diplomatik dan risikan oleh pihak berkuasa Itali.

Mexico antara 3 negara paling berbahaya untuk wartawan pada 2024
Reporters Without Borders (RSF) meletakkan Mexico sebagai antara negara paling berbahaya bagi wartawan dalam laporan 2024 yang dikeluarkan pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Menurut media dan wartawan tempatan, kenderaan jenis van tertera label media pada bahagian badannya.

FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.

Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.

Banjir: TPM Ahmad Zahid rakam terima kasih kepada pengamal media
Ahmad Zahid berkata dalam situasi bencana, peranan yang dimainkan pengamal media menjadi lebih kritikal.

Pendekatan komprehensif antara pemain media dan pihak berkuasa depani salah guna AI - Ashwad Ismail
Pendekatan komprehensif di antara kerajaan, pemain industri media serta pihak berkuasa perlu digerakkan bagi mendepani risiko penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) terutamanya berkaitan peny

Majlis Media Malaysia perlu ditubuhkan segera - Kesatuan media
Majlis Media Malaysia perlu diberi mandat kuasa bagi melindungi pengamal media secara undang-undang, fizikal, ekonomi serta sosial.

Era multipolar: Wartawan perlu nyatakan kebenaran tanpa berat sebelah - Forum
Golongan profesional media perlu nyatakan kebenaran meskipun industri memerlukan jumlah penonton dan pengikut yang ramai.