Wartawan hiburan dan penulis lirik veteran Abdul Jalil Salleh atau lebih dikenali sebagai 'Mama Juwie' dilaporkan meninggal dunia malam tadi.
Menurut laporan portal berita mStar, Allahyarham yang berusia 62 tahun meninggal dunia di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, akibat kompilkasi pelbagai penyakit termasuk kanser prostat.
Menurut anak saudara Allahyarham, yang dikenali sebagai Ina, Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak pertengahan Mac lalu dan keadaannya menjadi semakin kritikal sebelum menjalani satu pembedahan pada Khamis.
Sementara itu menurut Adik Mama Juwie, Osman Salleh ketika dihubungi Bernama berkata abangnya meninggal dunia pada 10.41 malam tadi.
"Arwah tidak sedarkan diri setelah menjalani pembedahan usus kali kedua semalam dan pembedahan pertama dijalankan pada 23 Mac lepas," katanya.
Beliau berkata Allahyarham menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi HUKM selama 12 hari, setelah menjalani pembedahan pertama itu.
Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah kakaknya di Selayang Baru dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selayang esok, katanya.
Mama Juwie yang berasal dari Singapura merupakan anak keenam daripada lapan beradik dan pernah menulis lirik lagu popular era 80-an, termasuk 'Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hati Mu', 'Cinta Hanyut Di Lautan Sepi' dan 'Bila Rindu Ku Sebut Nama Mu'.
Beliau memulakan kerjaya sebagai wartawan hiburan di Berita Harian, sebelum menyertai Utusan Malaysia dan dilantik sebagai Pengarang Majalah Mangga terbitan Utusan Karya.
Astro Awani
Fri Apr 03 2015

Wartawan hiburan Abdul Jalil Saleh atau lebih dikenali sebagai Juwie dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 malam tadi. Foto ghazaaz.blogspot

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Wartawan hiburan, penulis lirik Juwie meninggal dunia
Wartawan hiburan Abdul Jalil Saleh atau lebih dikenali sebagai Juwie dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 malam tadi akibat kompilkasi pelbagai penyakit.