Seorang wartawan akhbar berbahasa Cina di Pulau Pinang luka di lengan dan lebam di bahagian muka selepas bergelut dengan dua penyamun yang melarikan beg tangannya dalam kejadian di Taman Impian Indah, Machang Bubok pada Isnin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari sewaktu mangsa, Lee Pei Pei, 36 tahun, daripada akhbar Kwong Wah Yit Poh, dalam perjalanan ke rumah rakannya untuk keluar makan tengah hari.
Menurut Pei Pei, ketika sedang mencari rumah rakannya, dia dihampiri dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
Tiba-tiba salah seorang daripada mereka pecahkan cermin di bahagian tempat duduk penumpang depan menggunakan sebatang besi yang diubah suai dengan palam pencucuh dan mencapai beg tangannya.
Mangsa bergelut cuba menghalang tindakan lelaki itu tetapi suspek bertindak menumbuk mukanya.
Pei Pei mengalami luka di tangan selain lebam di bahagian mata.
Antara barang yang dapat dilarikan kedua-dua suspek termasuk dua telefon pintar jenama iPhone dan Oppo selain duit ‘ang pow’ kira-kira RM3,000.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Beliau berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengesan suspek yang terlibat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana kesalahan samun berkumpulan.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Feb 26 2018
Batang besi yang diubah suai dengan palam pencucuh yang digunakan suspek dalam insiden tersebut. - Astro AWANI
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Wartawan cedera disamun, hilang 'ang pow' RM3,000
Seorang wartawan akhbar berbahasa Cina luka di lengan dan lebam di bahagian muka selepas bergelut dengan dua penyamun yang melarikan beg tangannya.