KOTA KINABALU: Pengamal media khususnya dalam kalangan wartawan generasi baharu di Sabah perlu sentiasa aktif turun ke lapangan bagi mencari bahan berita lebih tulen tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada maklumat diperoleh atau dikongsikan melalui media sosial.
Pendekatan itu penting bukan sekadar untuk memberi pengalaman berharga kepada golongan wartawan tetapi membantu mereka menghasilkan laporan berita berimpak tinggi dan komprehensif dengan naratif lebih menarik menerusi pemerhatian di lokasi sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat.
Bekas Ketua Biro News Straits Times (NST) Sabah, Roy Anthony Goh, 54, yang berpengalaman 31 tahun dalam bidang kewartawanan berkata, persembahan berita berdasarkan media sosial tanpa sampai ke lapangan menjadikan 'cerita' cuba disampaikan wartawan agak hambar.
"Pengamatan kurang, persembahan berita sekarang dasarkan media sosial. Cerita (mengenai situasi) sebenar juga kurang kerana wartawan tidak sampai (di lapangan). Semua berdasarkan ada dimuatkan di media sosial dan apa yang tular di media sosial. Itu menyebabkan cerita (berita) tawar.
"Aspek pemerhatian perlu dipraktikkan oleh setiap wartawan bagi membolehkan setiap berita dihasilkan serta dipersembahkan dengan lebih jelas diiringi informasi tepat dan difahami pembaca," katanya kepada Bernama.
Mengambil contoh kejadian rumah terbakar, Roy berkata, laporan berita menceritakan kisah di sebalik kejadian termasuk kesannya kepada penduduk kehilangan tempat tinggal dilihat sudah semakin kurang susulan wartawan kini lebih banyak menghasilkan berita berdasarkan maklumat daripada media sosial.
Mengakui media sosial sebagai cabaran dalam dunia kewartawanan masa kini, namun Roy berpendapat, teknologi digital seharusnya tidak menjadi penghalang wartawan khususnya di Sabah mempraktikkan budaya turun padang mencari bahan berita, mengumpul maklumat dan membuat pemerhatian di lokasi tugasan.
"Dulu (wartawan) bergantung kepada kerja di lapangan, mesti keluar ke lapangan tetapi sekarang (wartawan) berdasarkan hujung jari (media sosial). Jangan menyampaikan laporan berita berdasarkan media sosial, berita tidak 'sampai' (tiada impak).
"Justeru, pengamal media (khususnya) wartawan mesti dan perlu turun ke lapangan, turun padang. Sekurang-kurangnya boleh tahu hal sebenar," katanya yang masih aktif dalam bidang kewartawanan sehingga kini.
Pandangan sama turut dikongsikan seorang wartawan veteran Sabah, Anna Vivienne, 65, yang berpendapat, pengamal media khususnya wartawan perlu kekal relevan dengan meningkatkan kemahiran penulisan dan pemerhatian terhadap sesuatu isu agar dapat memajukan industri media di negeri ini.
Anna yang berkecimpung dalam bidang kewartawanan pada 1986 dan juga penulis buku serta wartawan sebuah portal berita di Sabah turut menekankan penting bagi seorang wartawan untuk sentiasa peka serta tidak sambil lewa dalam menghasilkan laporan berita.
Beliau yang pernah menjadi wartawan beberapa agensi media tempatan Sabah serta penyampai radio berkata, kewartawanan penyiasatan juga perlu diperkasa bagi memastikan setiap laporan dihasilkan lebih menyeluruh merangkumi semua perspektif bagi merungkai apa sahaja isu berbangkit.
"Kewartawanan penyiasatan ini perlu kerana ia membolehkan kita tahu punca sebenar (sesuatu isu), kenapa, bila, bagaimana ia terjadi, siapa bertanggungjawab dan kita tanya pihak yang boleh memberi penyelesaian supaya orang tahu termasuk pihak berwajib dan pemimpin," katanya.
Sementara itu, wartawan sambilan Berita Harian, Rafiqah Dahali, 32, berkata, agensi media juga dilihat perlu lebih terbuka dan bersedia untuk menerbitkan laporan berita yang mengetenghkan isu rakyat meskipun ia hanya bersifat tempatan bagi memastikan industri ini berkembang maju serta kekal relevan.
"Walaupun isu tempatan, tetapi pada saya, pembaca juga mempunyai keperluan untuk tahu secara mendalam dan membina kefahaman secara baik berkaitan isu-isu tempatan di sesetengah tempat," katanya.
Bagi meraikan sumbangan pengamal media yang berperanan membentuk minda masyarakat bermaklumat selain memupuk kerjasama dan memacu perubahan positif dalam industri, pada 29 Mei setiap tahun diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional (HAWANA) dan sambutan itu diperkenalkan sejak 2018.
HAWANA 2024 diadakan selama tiga hari bermula 25 Mei di Kuching, Sarawak dengan mengangkat tema 'Etika Teras Kewartawanan Mapan' dan kemuncak sambutan akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Mei. - BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2024
![Wartawan baharu perlu aktif turun padang, elak ‘cerita’ disampaikan hambar Wartawan baharu perlu aktif turun padang, elak ‘cerita’ disampaikan hambar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653650961_TBRAKANMEDIA.jpg)
Pengamal media perlu sentiasa aktif turun ke lapangan bagi mencari bahan berita lebih tulen tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada maklumat diperoleh atau dikongsikan melalui media sosial. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 17 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Pink Ribbon Centre di HRPZ II beroperasi hari ini, bantu pesakit kanser payudara Pink Ribbon Centre di HRPZ II beroperasi hari ini, bantu pesakit kanser payudara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739707694_DatukDrZainiHusin.jpg)
Pink Ribbon Centre di HRPZ II beroperasi hari ini, bantu pesakit kanser payudara
Pink Ribbon Centre (PRC) di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini mula beroperasi hari ini bagi membantu pengesanan awal serta merawat pesakit kanser payudara.
Bangunan baharu PPD Sipitang bernilai RM11.3 juta siap
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sipitang yang baharu diserahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Kementerian Pendidikan.
Tindakan peniaga jagung hina kaum india keterlaluan - Gobind
Pemilik gerai yang didakwa menghina komuniti India baru-baru ini perlu diambil tindakan segera.
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, tindakan perkauman bersifat diskriminasi yang boleh menggugat keharmonian masyarakat majmuk sama sekali tidak boleh diterima.
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, tindakan perkauman bersifat diskriminasi yang boleh menggugat keharmonian masyarakat majmuk sama sekali tidak boleh diterima.
Wanita disyaki buang bayi di perhentian bas ditahan
Polis menahan seorang wanita berusia 20 tahun susulan penemuan seorang bayi lelaki di perhentian bas Jalan Perak, Pulau Tikus George Town, pada Ahad.
Tiada rombakan Kabinet negeri dilakukan - Abang Jo
Tiada rombakan Kabinet negeri akan dilakukan susulan keputusan pemilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada Ahad.
![PGA tumpas kegiatan proses e-waste haram, babitkan rampasan RM1.3 bilion PGA tumpas kegiatan proses e-waste haram, babitkan rampasan RM1.3 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702633_ShahrumHashim.jpg)
PGA tumpas kegiatan proses e-waste haram, babitkan rampasan RM1.3 bilion
PGA Ulu Kinta berjaya menumpaskan kegiatan memproses e-waste secara haram dalam serbuan di sebuah kilang di Jalan Sungai Siput-Kuala Kangsar di sini semalam.
![KPDN, MOF kerjasama kenal pasti pebih banyak premis pelaksana SARA demi rakyat KPDN, MOF kerjasama kenal pasti pebih banyak premis pelaksana SARA demi rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739702745_ArmizanMohdAli.jpg)
KPDN, MOF kerjasama kenal pasti pebih banyak premis pelaksana SARA demi rakyat
KPDN akan bekerjasama dengan MOF untuk mengenal pasti lebih banyak premis yang boleh dilibatkan dalam pelaksanaan SARA, khususnya di kawasan pedalaman serta luar bandar.
![Operasi pemadaman stor simpanan bahan kitar semula di Segamat masuk hari ketiga Operasi pemadaman stor simpanan bahan kitar semula di Segamat masuk hari ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739716047_Storewasteterbaka.jpg)
Operasi pemadaman stor simpanan bahan kitar semula di Segamat masuk hari ketiga
Kerja pemadaman kebakaran sebuah stor simpanan bahan kitar semula di Kampung Usaha Jaya, Labis, di sini yang memasuki hari ketiga hari ini.
![Pemotong rumput jumpa bom tangan di LPT2 Pemotong rumput jumpa bom tangan di LPT2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739716124_PemotongRumputJum.jpg)
Pemotong rumput jumpa bom tangan di LPT2
Polis mengesahkan seorang pemotong rumput menemukan sebutir bom tangan di kawasan sekitar susur keluar Plaza Tol Bukit Besi di Lebuhraya Pantai Timur (LPT2), Dungun hari ini.
![Usah bimbang terhadap AI - Wartawan veteran Usah bimbang terhadap AI - Wartawan veteran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736350888_DatukYongSooHeong.jpg)
Usah bimbang terhadap AI - Wartawan veteran
AI perlu dianggap sebagai rakan yang membantu individu dalam industri ini untuk menjadi wartawan, penulis dan penyampai yang lebih baik.
![Iran bebaskan wartawan Itali Cecilia Sala Iran bebaskan wartawan Itali Cecilia Sala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736347948_ceciliaala.jpg)
Iran bebaskan wartawan Itali Cecilia Sala
Sala dibebaskan berikutan usaha diplomatik dan risikan oleh pihak berkuasa Itali.
![Mexico antara 3 negara paling berbahaya untuk wartawan pada 2024 Mexico antara 3 negara paling berbahaya untuk wartawan pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71614998682_Mexico.jpg)
Mexico antara 3 negara paling berbahaya untuk wartawan pada 2024
Reporters Without Borders (RSF) meletakkan Mexico sebagai antara negara paling berbahaya bagi wartawan dalam laporan 2024 yang dikeluarkan pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.
![Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735184711_TBterbakar.jpg)
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Menurut media dan wartawan tempatan, kenderaan jenis van tertera label media pada bahagian badannya.
![FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012 FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734227200_AustinTice.jpg)
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
![Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733972812_WartawanNikkeiAsia.jpg)
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
![Banjir: TPM Ahmad Zahid rakam terima kasih kepada pengamal media Banjir: TPM Ahmad Zahid rakam terima kasih kepada pengamal media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733021472_ZahidHamidi.jpg)
Banjir: TPM Ahmad Zahid rakam terima kasih kepada pengamal media
Ahmad Zahid berkata dalam situasi bencana, peranan yang dimainkan pengamal media menjadi lebih kritikal.
![Pendekatan komprehensif antara pemain media dan pihak berkuasa depani salah guna AI - Ashwad Ismail Pendekatan komprehensif antara pemain media dan pihak berkuasa depani salah guna AI - Ashwad Ismail](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716182713_Ashwad.jpg)
Pendekatan komprehensif antara pemain media dan pihak berkuasa depani salah guna AI - Ashwad Ismail
Pendekatan komprehensif di antara kerajaan, pemain industri media serta pihak berkuasa perlu digerakkan bagi mendepani risiko penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) terutamanya berkaitan peny
![Majlis Media Malaysia perlu ditubuhkan segera - Kesatuan media Majlis Media Malaysia perlu ditubuhkan segera - Kesatuan media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730584307_TBMMC.jpg)
Majlis Media Malaysia perlu ditubuhkan segera - Kesatuan media
Majlis Media Malaysia perlu diberi mandat kuasa bagi melindungi pengamal media secara undang-undang, fizikal, ekonomi serta sosial.
![Era multipolar: Wartawan perlu nyatakan kebenaran tanpa berat sebelah - Forum Era multipolar: Wartawan perlu nyatakan kebenaran tanpa berat sebelah - Forum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71730074071_tbdialogForumPend.jpg)
Era multipolar: Wartawan perlu nyatakan kebenaran tanpa berat sebelah - Forum
Golongan profesional media perlu nyatakan kebenaran meskipun industri memerlukan jumlah penonton dan pengikut yang ramai.