Waris penumpang pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 gagal dalam rayuan hari ini untuk mengekalkan Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai defendan dalam saman yang difailkan mereka.
Panel Mahkamah Persekutuan terdiri daripada lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif dengan sebulat suara menolak rayuan oleh dua anak lelaki dan ibu bapa kepada pasangan Tan Ah Meng dan isterinya Chuang Hsiu Ling @ Cindy Chuang.
Hakim Raus, bagaimanapun memutuskan bahawa ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan kerajaan Malaysia kekal sebagai defendan dalam saman tersebut.
Beliau menolak rayuan ketua pengarah DCA dan kerajaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 27 Okt tahun lepas yang menamakan semula mereka sebagai defendan.
Hakim lain yang menganggotai panel itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Ramly Ali, Tan Sri Zaharah Ibrahim dan Datuk Balia Yusof Wahi.
Hakim Raus memerintahkan waris tersebut membayar kos sebanyak RM10,000 kepada MAB.
Berikutan keputusan hari ini, defendan-defendan yang kekal dalam saman itu ialah Malaysia Airlines System Berhad (MAS), ketua pengarah DCA dan kerajaan Malaysia.
Ah Meng dan Hsiu Ling serta anak sulung mereka, Tan Wei Chew, 16, ialah antara 239 penumpang dan kru yang menaiki penerbangan MH370 apabila pesawat itu hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014.
Lima ahli keluarga itu, termasuk anak lelaki pasangan tersebut iaitu Tan Wei Hong dan Tan Wei Jie, ibu bapa Ah Meng, Tan Hun Khong dan Lai Chew Lai serta ibu Hsiu Ling, Chuang Hung Chien memfailkan saman kerana kematian pasangan itu dan anak mereka.
Dalam kenyataan tuntutan, mereka mendakwa bahawa MAS telah melanggar kontrak apabila ia gagal memastikan pesawat berada dalam keadaan baik yang mengakibatkan penumpang dan pesawat tidak dapat dikesan.
Mereka selanjutnya mendakwa bahawa disebabkan kecuaian defendan, kedua-dua kanak-kanak itu telah menjadi yatim piatu dan juga kehilangan abang sulung mereka, menyebabkan mereka mengalami trauma dan kerugian termasuk bantuan kewangan dan kasih sayang.
Mereka menamakan MAS, MAB, ketua pengarah DCA, panglima TUDM dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.
MAB, ketua pengarah DCA, panglima TUDM dan kerajaan Malaysia telah memohon untuk membatalkan saman itu di Mahkamah Tinggi. Ketua pengarah DCA, panglima TUDM dan kerajaan Malaysia berjaya membatalkan saman itu tetapi MAB gagal dalam rayuan untuk membatalkan saman.
Pada 7 Okt tahun lepas, Mahkamah Rayuan menggugurkan MAB sebagai defendan dalam saman tersebut.
Pada 27 Okt tahun lepas, satu lagi panel Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan oleh waris untuk menamakan semula ketua pengarah DCA dan kerajaan Malaysia sebagai defendan tetapi menolak rayuan mereka untuk menamakan panglima TUDM sebagai defendan.
Peguam Sangeet Kaur Deo mewakili waris penumpang, peguam Logan Sabapathy mewakili MAB sementara peguam kanan persekutuan Alice Loke mewakili ketua pengarah DCA, panglima TUDM dan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2017

Ah Meng, Hsiu Ling dan anak mereka, Tan Wei Chew, ialah antara 239 penumpang dan kru yang menaiki penerbangan MH370 apabila pesawat itu hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, 8 Mac, 2014. - Gambar fail
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.
Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
Peruntukan tidak jelas di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 antara sebab menyukarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil tindakan bagi kes beras campur.

PM lawat bazar Ramadan Rahmah Kamunting, santuni peniaga
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.

Brunei isytihar ruang udara terhad sementara
DCA Brunei umum kawasan dalam radius tiga batu nautika daripada lokasi tertentu di negara ini diisytiharkan sebagai ruang udara terhad sementara.

Polis terima laporan dakwa terlihat pesawat terjunam ke dalam laut di Tanjung Bungah
Polis Pulau Pinang mengesahkan menerima laporan daripada orang awam yang mendakwa ternampak sebuah pesawat ringan terhempas sebelum terjunam ke dalam laut di Tanjung Bungah.

Helikopter terhempas di Marudi, dua juruterbang terselamat
Dua juruterbang Sabah Air terselamat apabila helikopter jenis Bell206 yang dipandu mereka dengan terhempas di Marudi petang Sabtu.

MAB berjaya ketepikan saman berhubung MH370
Berikutan keputusan itu, MAB kini tidak lagi merupakan defendan dalam saman yang difailkan pada 3 Mac 2016 oleh para waris 32 penumpang.

Tun M percaya kerosakan disengajakan, DCA tidak boleh pastikan dakwaan sabotaj
DCA masih tidak boleh memastikan punca masalah pesawat yang sepatutnya dinaiki Tun Dr Mahathir Mohamad untuk ke Langkawi pada Jumaat disabotaj atau sebaliknya.

Kapal cari MH370 'hilang' dari radar? Tunggu kenyataan Ocean Infinity - Azharuddin
Tiada apa yang baharu daripada pertemuan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman dengan pengendali Seabed Constructor di Perth, Australia.

Dakwaan penemuan baharu MH370 bakal terjawab esok?
Azharuddin berada di Perth untuk berjumpa pengendali operasi Ocean Infinity (OI) serta dua anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).

Tiada kelulusan DCA bagi aktiviti SeaPlane@Putrajaya - KP
AOC yang dikeluarkan oleh ketua pengarah DCA merupakan syarat bagi mana-mana operasi pesawat melibatkan pengangkutan penumpang bagi sewaan atau ganjaran.

Waris penumpang MH370 gagal kekalkan MAB, TUDM sebagai defendan dalam saman
Panel Mahkamah Persekutuan terdiri daripada lima hakim dengan sebulat suara menolak rayuan oleh dua anak lelaki dan ibu bapa kepada pasangan Tan Ah Meng dan isterinya Chuang Hsiu Ling @ Cindy Chuang.

Bukan semua dron perlu kelulusan DCA
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memperjelaskan bahawa bukan semua dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) perlu mendapatkan kelulusan jabatan itu sebelum ia diterbangkan.