Penduduk Kajang akan menentukan pilihan parti masing-masing, sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, hari ini.

Walaupun tumpuan kebanyakan rakyat Malaysia adalah kepada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac, namun, ramai di antara mereka sempat mendoakan kejayaan calon pilihan masing-masing melalui laman media sosial.

SPR, Kajang

Ini termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyeru pengundi Kajang membuat pilihan yang bijak.


Calon DUN Kajang Datin Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat di dalam kempen PRK itu.


Sementara itu, pengguna Twitter juga mengucapkan 'Selamat mengundi' kepada pengundi Kajang.