Saringan pertama ke atas seorang lelaki warga Perancis yang dikesan memakai gelang berwarna merah jambu di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Langkawi, petang tadi, negatif COVID-19.
Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata lelaki berusia 64 tahun itu telah menjalani saringan COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari Doha, Qatar pagi tadi.
Terdahulu, beliau berkata pihaknya menerima maklumat mengenai lelaki berkenaan yang tiba di LTAB Langkawi dari KLIA kira-kira pukul 3.30 petang.
"Hasil siasatan mendapati lelaki yang bekerja dari rumah di Langkawi itu telah menaiki pesawat Qatar Airways dari Paris ke Doha, Qatar seterusnya menaiki pesawat yang sama ke KLIA semalam (19 Ogos).
"Lelaki itu tiba pada pukul 8.25 pagi tadi dan telah disaring oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di KLIA dan keputusan saringan adalah negatif COVID-19," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Iqbal berkata susulan keputusan negatif, lelaki terbabit telah dibenarkan menjalani kuarantin di rumahnya di Langkawi.
"Pihak KKM KLIA juga telah mengarahkan lelaki itu untuk bertemu dengan pihak Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kedah pada 1 Sept depan sebelum dijadual menjalani ujian calitan kali kedua sehari kemudian (2 Sept).
Mohd Iqbal berkata polis dan petugas Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi akan membuat pemantauan ke atas lelaki itu di kediamannya dari semasa ke semasa untuk memastikan perintah kuarantin dipatuhi.
"Saya nasihatkan agar masyarakat jangan panik dan sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan KKM sepanjang berada di Langkawi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 20 2020
![Warga Perancis bergelang merah jambu di LTAB Langkawi negatif COVID-19 - Polis Warga Perancis bergelang merah jambu di LTAB Langkawi negatif COVID-19 - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/51597938712_WargaPerancis.jpg)
Polis berkata pihaknya menerima maklumat mengenai lelaki berkenaan yang tiba di LTAB Langkawi dari KLIA kira-kira pukul 3.30 petang. - BERNAMA
![Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616938635_Narathiwat.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
![Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739461869_RRamanan.jpg)
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
![Rundingan gencatan senjata Gaza berakhir dengan beberapa kemajuan Rundingan gencatan senjata Gaza berakhir dengan beberapa kemajuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723849607_TBGaza.jpg)
Rundingan gencatan senjata Gaza berakhir dengan beberapa kemajuan
Menurut negara-negara perantara itu, "jurang yang masih ada" antara Israel dan Hamas Palestin akan ditutup dalam beberapa hari akan datang.
![12 termasuk enam anak kapal Qatar Airways cedera selepas alami gelora udara 12 termasuk enam anak kapal Qatar Airways cedera selepas alami gelora udara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716735700_AQatarairwaysplan.jpg)
12 termasuk enam anak kapal Qatar Airways cedera selepas alami gelora udara
Kira-kira 12 termasuk enam anak kapal penerbangan Qatar Airways cedera selepas mengalami kejadian gelora udara dari Doha ke Ireland.
![Ketiadaan pemain tonggak beri impak kepada persiapan skuad B-23 - Syahir Ketiadaan pemain tonggak beri impak kepada persiapan skuad B-23 - Syahir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711254713_TBHarimauMudaFAM.jpg)
Ketiadaan pemain tonggak beri impak kepada persiapan skuad B-23 - Syahir
Pemain tengah skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) negara Syahir Bashah menyifatkan ketiadaan beberapa tonggak utama memberi impak terhadap persiapan menjelang Piala Asia B-23 di Doha, Qatar.
![Bryan perbaharui rekod kebangsaan 100m kuak kupu-kupu di Doha Bryan perbaharui rekod kebangsaan 100m kuak kupu-kupu di Doha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708079699_bryanleongxinren.jpg)
Bryan perbaharui rekod kebangsaan 100m kuak kupu-kupu di Doha
Perenang negara Bryan Leong Xin Ren memperbaiki rekod kebangsaan acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar.
![Kejohanan Akuatik Dunia Doha: Hoe Yean gagal ke final Kejohanan Akuatik Dunia Doha: Hoe Yean gagal ke final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683839733_KhiewHoeYean.jpg)
Kejohanan Akuatik Dunia Doha: Hoe Yean gagal ke final
Hoe Yean menduduki tempat ke-21 daripada 56 perenang.
![PM ucap selamat maju jaya untuk Harimau Malaya PM ucap selamat maju jaya untuk Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705333742_TBAFCMASIA.jpg)
PM ucap selamat maju jaya untuk Harimau Malaya
Skuad Harimau Malaya akan bertemu Jordan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E kempen Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Doha.
![Piala Asia: Qatar mula kempen pertahan trofi dengan meyakinkan Piala Asia: Qatar mula kempen pertahan trofi dengan meyakinkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705118647_PialaAsiaQatar.jpg)
Piala Asia: Qatar mula kempen pertahan trofi dengan meyakinkan
Qatar memulakan kempen mempertahankan trofi Piala Asia 2023 dengan kemenangan 3-0 ke atas Lubnan.
![MS harap lima lagi penerjun layak ke Olimpik Paris MS harap lima lagi penerjun layak ke Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704527554_TBPANDALELADHABITA.jpg)
MS harap lima lagi penerjun layak ke Olimpik Paris
Persekutuan Renang Malaysia (MS) menyasarkan sekurang-kurangnya lima lagi atlet meraih tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024.
![Piala Dunia Qatar: Presiden Perancis Emmanuel Macron, isteri kini di Doha Piala Dunia Qatar: Presiden Perancis Emmanuel Macron, isteri kini di Doha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671354977_EmmanuelMacron.jpg)
Piala Dunia Qatar: Presiden Perancis Emmanuel Macron, isteri kini di Doha
Menjelang Piala Dunia 2022, Presiden Perancis Emmanuel Macron dan isterinya Brigitte berada di Doha, Qatar untuk memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan.
![Demam Piala Dunia 2022 sudah mula, ribuan peminat berarak di Doha Demam Piala Dunia 2022 sudah mula, ribuan peminat berarak di Doha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668266796_Argentinianfans.jpg)
Demam Piala Dunia 2022 sudah mula, ribuan peminat berarak di Doha
Sembilan hari sebelum bermula kejohanan bola sepak dunia, ribuan ekspatriat terutama peminat dari India memakai jersi berwarna Argentina, Brazil dan England mula berhimpun sempena Piala Dunia di Doha.