PETALING JAYA: Pemain tengah skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) negara Syahir Bashah menyifatkan ketiadaan beberapa tonggak utama memberi impak terhadap persiapan menjelang saingan Piala Asia B-23 di Doha, Qatar.
Ketiadaan pemain iaitu Mukhairi Ajmal, Azam Azmi Murad, Nooa Laine dan Harith Haiqal Adam Afkar dirasai berikutan terlibat dalam skuad senior negara untuk dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman.
"Ia beri kesan yang besar sebab mereka ini merupakan pemain tonggak untuk pasukan B-23. Tapi bagi saya semua pemain beri yang terbaik pada perlawanan menentang India (perlawanan persahabatan) tempoh hari.
"Mereka yang lain berhak dapat peluang masing-masing (kesebelasan utama) kerana telah beri yang terbaik," katanya selepas ditemui pada sesi latihan skuad B-23 di sini semalam.
Pemain Selangor FC itu percaya ketiadaan nama-nama berkenaan buat sementara waktu perlu dimanfaatkan sepenuhnya pemain lain untuk memikat hati pengendali skuad Juan Torres Garrido, sekali gus diturunkan selaku kesebelasan utama.
Harimau Muda akan menghadapi India dalam satu lagi aksi persahabatan, selain China dan Qatar di Doha nanti sebagai persiapan sebelum ke saingan Piala Asia B-23 itu.
Jumaat lepas, Harimau Muda berhasil merakamkan kemenangan 2-1 menentang India pada aksi persahabatan pertama mereka.
Kejohanan Piala Asia B-23 yang berlangsung di Doha bakal membuka tirai pada 15 April hingga 3 Mei ini.
Malaysia yang diundi dalam Kumpulan D akan memulakan saingan menentang Uzbekistan pada 17 April diikuti dengan Vietnam 20 April dan Kuwait 23 April.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 24 2024
![Ketiadaan pemain tonggak beri impak kepada persiapan skuad B-23 - Syahir Ketiadaan pemain tonggak beri impak kepada persiapan skuad B-23 - Syahir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711254713_TBHarimauMudaFAM.jpg)
Jumaat lepas, Harimau Muda berhasil merakamkan kemenangan 2-1 menentang India pada aksi persahabatan pertama mereka. - Gambar fail/ FB FAM
Elak lawat kawasan panas dadah di Narathiwat
Konsulat Malaysia di selatan Thailand menasihatkan rakyat Malaysia untuk mengelak daripada melawat Kampong Balik Hilir dan Kampong Pantai di Narathiwat yang dikenal pasti pihak berkuasa tempatan sebagai kawasan panas narkotik.
IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.
![Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual' Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739489999_AhmedAboulGheit.jpg)
Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'
Beliau menekankan bahawa Gaza adalah sebahagian daripada negara Palestin masa depan yang akan ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967.
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
Indonesia tingkat amaran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut.
![Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739489692_IsraelPalestinians.jpg)
Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata
Hamas berkata ia akan membebaskan tawanan Israel seperti yang dirancang di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.
Robert F Kennedy Jr angkat sumpah setiausaha kesihatan AS
Robert F. Kennedy Jr, disahkan oleh Senat Amerika Syarikat sebagai Setiausaha Kesihatan pada Khamis.
50 negara terkesan pembekuan dana USAID
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan, pembekuan bantuan luar berjumlah puluhan bilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pelaksanaan program menangani HIV, polio, mpox dan selesema burung di seluruh dunia.
Keganasan terhadap kanak-kanak Palestin di Tebing Barat membimbangkan
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran mengenai peningkatan keganasan terhadap kanak-kanak di Tebing Barat, susulan operasi ketenteraan besar-besaran yang dilancarkan oleh rejim tersebut di wilayah berkenaan.
Al-Azhar gesa dunia sokong pendirian Mesir dan negara Arab
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menegaskan rakyat Palestin berhak menentukan nasib mereka sendiri dan tiada siapa boleh memaksa mereka untuk menerima cadangan pemindahan secara paksa.
![Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024 Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714094219_PialaAsiaB.jpg)
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
![Skuad B-23 kurang cergas - O' Donell Skuad B-23 kurang cergas - O' Donell](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713911698_malaysiaB.jpg)
Skuad B-23 kurang cergas - O' Donell
Aspek kecergasan perlawanan menjadi penyebab utama pemain skuad Bawah 23 Tahun negara gagal memberikan saingan terbaik pada kempen Piala Asia B-23.
![Piala Asia B-23: Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan - Mukhairi Ajmal Piala Asia B-23: Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan - Mukhairi Ajmal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713926546_TBPialaAsiajpg.jpg)
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
![Harimau Muda tutup kempen di Qatar tanpa sebarang kemenangan Harimau Muda tutup kempen di Qatar tanpa sebarang kemenangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713911698_malaysiaB.jpg)
Harimau Muda tutup kempen di Qatar tanpa sebarang kemenangan
Harimau Muda tamatkan kempen di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata susulan tewas 0-2 masing-masing di tangan Uzbekistan dan Vietnam dalam dua aksi pertama.
![Sedih lihat prestasi pemain muda - Azlan Sedih lihat prestasi pemain muda - Azlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713748453_TBpemainmudajpg.jpg)
Sedih lihat prestasi pemain muda - Azlan
Azlan berkata, situasi itu amat membimbangkan dan menimbulkan persoalan sampai bila keadaan tersebut akan berlaku.
![Piala Asia B-23: Peluang Harimau Muda ke suku akhir semakin pudar Piala Asia B-23: Peluang Harimau Muda ke suku akhir semakin pudar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713662380_AFCAsianCup.jpg)
Piala Asia B-23: Peluang Harimau Muda ke suku akhir semakin pudar
Skuad negara semakin sukar meneruskan kempen memandangkan nasib mereka bergantung kepada keputusan pasukan lain selain perbezaan jaringan besar.
![Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713572228_tbPialaAsiaB.jpg)
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
![Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713483011_TBASIAB.jpg)
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
![Piala Asia B-23: Dua kad merah saksi kehandalan Qatar ketepikan cabaran Indonesia Piala Asia B-23: Dua kad merah saksi kehandalan Qatar ketepikan cabaran Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713232824_asiancupjpg.jpg)
Piala Asia B-23: Dua kad merah saksi kehandalan Qatar ketepikan cabaran Indonesia
Pengadil, Nasrullo Kabirov, terlebih dahulu menghadiahkan sepakan penalti yang disudahkan Khaled Ali Binsabaa pada minit ke-44.
![23 pemain bawa cabaran Harimau Muda di B-23 Qatar 2024 23 pemain bawa cabaran Harimau Muda di B-23 Qatar 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712958948_MukhairiAjmalMahad.jpg)
23 pemain bawa cabaran Harimau Muda di B-23 Qatar 2024
Malaysia yang diundi dalam Kumpulan D akan membuka saingan menentang Uzbekistan pada 17 April diikuti aksi bertemu Vietnam dan Kuwait.