KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan menutup kempen Piala Asia B-23 2024 tanpa sebarang kemenangan selepas tewas 1-2 kepada Kuwait pada perlawanan terakhir Kumpulan D di Stadium Al Janoub di Al Wakrah, Qatar awal pagi ini.
Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Juan Torres Garrido menamatkan kempen di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata susulan tewas 0-2 masing-masing di tangan Uzbekistan dan Vietnam dalam dua aksi pertama.
Pada aksi berdepan Kuwait, rentak skuad Harimau Muda terjejas apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas penjaga gol Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman dilayangkan kad merah pada penghujung separuh masa pertama susulan mengasari kapten Kuwait Salman Mohammed di luar kotak penalti.
Penyerang Luqman Hakim Shamsudin terpaksa dikorbankan oleh Garrido dengan membawa masuk penjaga gol gantian Muhammad Firdaus Irman Mohd Fadhil bagi mengisi kekosongan di gawang yang terpaksa ditinggalkan Sikh Izhan.
Bagaimanapun, Malaysia ketinggalan di penghujung tambahan masa babak pertama yang berlanjutan sehingga 15 minit menerusi penalti yang disempurnakan Salman selepas Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan dipersalahkan kerana mengasari Talal Al Qaisi hasil semakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR).
Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan buat Malaysia pada minit ke-56 apabila gagal menyudahkan hantaran lintang Muhammad Haqimi Azim Rosli sebelum Muhammad Firdaus menyelamatkan percubaan satu lawan satu berdepan Salman pada minit ke-59.
Namun, seminit kemudian Malaysia semakin tertekan apabila pasukan lawan kendalian Emilio Peixe berjaya melebarkan kedudukan selepas Talal menanduk masuk hantaran lintang Sultan Al Faraj.
Memasuki 10 minit terakhir perlawanan, Salman diperintah keluar padang selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil Alexander King dari Australia susulan terjahan keras ke atas Muhamad Umar Hakeem pada minit ke-83 sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa menamatkan aksi dengan 10 pemain.
Kedudukan kekal 2-1 berpihak Kuwait sehingga wisel penamat dibunyikan sekali gus membolehkan anak buah Peixe memintas Malaysia untuk menamatkan saingan Kumpulan D di kedudukan ketiga dengan mengumpul satu mata, namun tetap gagal layak ke suku akhir.
Pada edisi 2022 di Uzbekistan, skuad Harimau Muda turut gagal mencatat sebarang kemenangan dalam aksi kumpulan selepas mencipta sensasi mara ke suku akhir pada edisi 2018 di China.
Dalam pada itu, Uzbekistan melangkah ke suku akhir selaku juara Kumpulan D apabila menewaskan pasukan yang turut mengesahkan tiket ke pusingan kalah mati, Vietnam 3-0 pada satu lagi aksi di Stadium Antarabangsa Khalifa di Doha. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024

Skuad Bawah 23 Tahun kebangsaan menutup kempen Piala Asia B-23 2024 tanpa sebarang kemenangan selepas tewas 1-2 kepada Kuwait pada perlawanan terakhir Kumpulan D di Stadium Al Janoub di Al Wakrah, Qatar awal pagi ini. - Gambar Facebook FAM
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Skuad B-23 negara jalani pemulihan selepas tumbangkan China
Skuad B-23 negara mencuri tumpuan apabila menewaskan China 1-0 dalam aksi persahabatan tertutup di Shanghai semalam.

Skuad B-23 perlu ada minit permainan yang cukup - Elavarasan
Minit permainan amat penting dalam memastikan skuad Harimau Muda mampu memberi tentangan sengit dalam saingan peringkat kumpulan.

Skuad Harimau Muda akhiri saingan AFF 2023 di tempat keempat
Skuad Harimau Muda bimbingan E. Elavarasan menyamai rekod terbaik Malaysia menduduki tempat keempat pada edisi sulung 2005.

Saravanan curi tumpuan bantu Harimau Muda 'ratah' Singapura 7-0
T. Saravanan mencuri tumpuan apabila meledak empat gol dan melakukan satu bantuan jaringan sekali gus muncul penjaring terbanyak skuad Harimau Muda.

Vietnam 'hantar' Harimau Muda pulang awal
Kekalahan itu menafikan hasrat menggunung skuad B-22 kebangsaan bimbingan E. Elavarasan untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Sasaran ke final skuad Harimau Muda di Kemboja kekal meski diundi dalam kumpulan 'maut'
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin menganggap undian itu adalah yang terbaik buat Harimau Muda.

Sukan SEA Hanoi: Skuad B-23 gagal bawa pulang pingat gangsa
Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan pulang dengan tangan kosong, selepas tewas kepada Indonesia 3-4, dalam penentuan sepakan penalti.

Sukan SEA: Kim Swee sedia pendekatan berbeza terhadap Timor Leste
Datuk Ong Kim Swee desak pemainnya untuk tidak membahayakan peluang itu dan memberi tumpuan penuh untuk muncul di tangga kedua Kumpulan A.

Kim Swee cari kombinasi terbaik di China demi hadapi Sukan Asia
Pengendali skuad B-23 kebangsaan itu menegaskan beliau mahu melihat peningkatan corak permainan 22 pemain dibawa ke China.

Gary bakal jalani latihan bersama kelab gergasi Jerman
Bekas pemain Harimau Muda, Gary Steven Robbat yang kini digantung daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak selama tiga bulan oleh FAM bakal menjalani latihan bersama kelab Borussia Dortmund.