Seorang ahli perniagaan Malaysia didakwa di mahkamah di sini hari ini atas 100 pertuduhan gagal mengisytiharkan jumlah sebenar wang tunai bernilai S$12 juta (RM36.620 juta) yang dibawa masuk ke Singapura, menurut laporan akhbar The Straits Times.
Menurut laporan itu, Abdul Jalil Sulaiman, 47, didakwa membawa masuk wang berjumlah antara S$30,300 (RM92,467) hingga S$300,000 (RM915,518) setiap kali menggunakan Lorong Hijau di Pusat Pemeriksaan Woodlands antara 4 Sept 2013 dan 16 April 2014.
Jumlah wang tersebut adalah dalam matawang dolar Amerika dan Australia.
Akhbar itu melaporkan bahawa Abdul Jalil telah menyatakan hasrat untuk mengaku bersalah dan pihak pendakwaan akan meneruskan 30 pertuduhan terhadap tertuduh dan menawarkan jaminan S$100,000 (RM305,195).
Mengikut undang-undang negara itu, seseorang yang gagal mengisytiharkan untuk membawa masuk wang tunai melebihi S$30,000 (RM91,548) ke Singapura boleh didenda, penjara atau kedua-dua sekali.
Abdul Jalil didakwa mengikut Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Serius Lain (Perampasan Manfaat) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum S$50,000 (RM152,593) dan/atau hukuman penjara maksimum tiga tahun bagi setiap pertuduhan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 21 Dis ini.
Merujuk kepada laman web Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), laporan akhbar itu menyebut Lorong Hijau adalah untuk mereka yang tiba di Singapura tanpa barang yang boleh dikenakan duti, dikawal atau dilarang untuk disytiharkan.
- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2017
Tertuduh, Abdul Jalil didakwa membawa masuk wang berjumlah antara S$30,300 (RM92,467) hingga S$300,000 (RM915,518) setiap kali menggunakan Lorong Hijau di Pusat Pemeriksaan Woodlands antara 4 Sept 2013 dan 16 April 2014.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Serangan ke atas hospital di utara Gaza tunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan Israel - Hamas
Kumpulan pejuang Palestin itu menyeru masyarakat antarabangsa mengenakan "sekatan tegas" ke atas Israel.
Masih ramai belum tebus baucar buku, tarikh akhir 31 Dis - Zambry
Hanya kira-kira 235,000 daripada lebih 1 juta pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara telah menebus inisiatif baucar buku bernilai RM100 bagi fasa kedua.
Bersih sedia jadi perantara antara kerajaan, pembangkang
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sekali lagi menyataan kesediaan untuk menjadi perantara antara kerajaan dengan pembangkang bagi memastikan CSA atau MoU dijayakan dengan sebaik mungkin.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini disokong oleh data Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) terbaharu, kata seorang penganalisis.
Dolar Singapura cecah paras tinggi sepanjang masa berbanding ringgit pada 23 Mei - Laporan
Dolar Singapura mencapai rekod tertinggi RM3.1964 pada pukul 1.48 tengah hari Isnin.
Ringgit dibuka tinggi, didorong kelemahan dolar AS
Pada 9 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.1830/4.1860 berbanding dolar AS daripada 4.1850/1870 ketika ditutup pada Selasa.
Ringgit teruskan aliran rendah di tengah-tengah kelemahan ekonomi global
Pada 9.04 pagi, unit tempatan susut kepada 4.1680/1710 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.1600/1620 ketika ditutup semalam.
Ringgit dibuka tinggi menjelang pengumuman Belanjawan 2020
Para peniaga amat menantikan pengumuman Belanjawan 2020 dengan kemungkinan konflik belanjawan berhemat dan pertumbuhan akan bertembung dengan mata wang tempatan dan pasaran modal.
Ringgit dibuka rendah untuk hari kedua berturut-turut
Kebimbangan terhadap perang dagangan AS-China serta harga minyak yang rendah hanya menjadikan ringgit kehilangan tarikan di mata pelabur.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US
Pada 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0650/0700 berbanding dolar US daripada 4.0770/0800 semasa ditutup pada 6 petang semalam.
Ringgit dibuka susut berbanding dolar AS
Pada 9 pagi ini, unit tempatan itu berada pada paras 4.1660/1700 berbanding 4.1655/1675 pada Rabu.
Warga Malaysia didakwa gagal isytihar RM36.620 juta di Woodlands, Singapura
Seorang ahli perniagaan Malaysia didakwa atas 100 pertuduhan gagal mengisytiharkan jumlah sebenar wang tunai bernilai S$12 juta (RM36.620 juta) yang dibawa masuk ke Singapura.