Ringgit meningkat semula untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini setelah minat belian terhadap mata wang tempatan pulih menjelang pembentangan Belanjawan 2020 petang ini, kata peniaga.
Pada 9 pagi, unit tempatan berada pada 4.1840/1880 berbanding dolar AS daripada 4.1920/1960 ketika ditutup pada Khamis.
Pakar Strategi Pasaran Asia-Pasifik Axi, Stephen Innes berkata para peniaga amat menantikan pengumuman Belanjawan 2020 dengan kemungkinan konflik belanjawan berhemat dan pertumbuhan akan bertembung dengan mata wang tempatan dan pasaran modal.
Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain, kecuali pound British.
BACA: Belanjawan 2020 yang sangat dinanti dibentangkan hari ini
Unit tempatan kukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8716/8760 daripada 3.9032/9080 ketika ditutup pada Khamis dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0429/0469 daripada 3.0450/0485.
Ringgit stabil berbanding euro kepada 4.6041/6102 daripada 4.6238/6286 semalam, tetapi turun berbanding pound British kepada 5.2020/2086 daripada 5.1373/1439.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 11 2019
Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain, kecuali pound British.
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat 12,470 orang, penduduk di Bintulu masih fobia biarpun banjir sudah surut
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat kepada 12,470 orang membabitkan 3,618 keluarga di 62 pusat pemindahan sementara (PPS).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.
Kerajaan disaran pertimbang laksana semula cukai GST pada kadar dua peratus - CEO Mranti
Katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus.
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.
Ringgit dibuka tinggi menjelang pengumuman Belanjawan 2020
Para peniaga amat menantikan pengumuman Belanjawan 2020 dengan kemungkinan konflik belanjawan berhemat dan pertumbuhan akan bertembung dengan mata wang tempatan dan pasaran modal.