Perit hari-hari ditempuh seorang wanita warga emas kerana tidak pernah memiliki pengenalan diri menyebabkan dia sendiri sudah tidak tahu berapa usianya sekarang.
Lebih menyedihkan keadaan wanita itu apabila hidup sebatang kara dengan hanya menyewa di sebuah setor kecil berdindingkan zink di belakang sebuah kedai makan di Jalan Kebun Sultan, di sini.
Asmah Deraman dianggarkan berusia lewat 70-an berdasarkan perbualan berhubung salah-silah keluarganya dan ditambah dengan keadaan fizikal yang sudah jelas dimamah usia.
Dakwanya, beliau berasal dari Salor dan mempunyai dua kakak.
Kakaknya dikenali sebagai Melah sudah meninggal dunia, manakala Bedah tidak diketahui status kerana sudah bertahun lama mereka tidak bersua.
Beliau menjelaskan ibu dan bapanya sudah lama meninggal dunia iaitu semasa beliau masih lagi kanak-kanak dan dijaga oleh kakaknya.
Selepas kakaknya berkahwin, beliau terpisah dengan kedua-dua adik-beradiknya itu,
Sejak itu katanya, beliau berhijrah ke Kota Bharu bagi mendapatkan pekerjaan serta hidup dalam keadaan merempat sehinggalah pada usia sekarang.
Beliau menumpang teduh di bilik kecil tersebut dengan sewa RM100 sebulan dan dibenarkan menggunakan bilik air yang terletak bersebelahan dengan setor ini untuk mandi serta mengambil air sembahyang.
Menurutnya, kerana tidak mempunyai surat beranak mahupun kad pengenalan, Asmah hidup dalam kesusahan dan sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang baik.
Asmah juga pernah cuba untuk membuat kad pengenalan, tetapi usaha itu sia-sia apabila ada yang mengambil kesempatan menipu dirinya.
Selain itu, beliau juga tidak pernah ke hospital kerajaan kerana masalah ketiadaan kad pengenalan.
Asmah bekerja sebagai tukang cuci dengan pendapatan RM250 sebulan.
Pendapatan itu akan digunakan untuk membayar sewa bilik dan selebihnya untuk membeli makanan, sementara pakaian dan tudung mengharapkan insan dari mereka yang bermurah hati.
Hajatnya hanyalah untuk memiliki kad pengenalan sahaja.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kota Bharu, Wan Mohamed Rasman Wan Hassan turut berkunjung ke rumah Asmah pada Rabu.
Ketika ditemui, Wan Mohamed berjanji untuk menyelesaikan masalah ketiadaan kad pengenalan yang dihadapi oleh warga emas ini selain menghulurkan bantuan kelengkapan dan peralatan.
Muhafandi Muhamad
Thu May 07 2015

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kota Bharu, Wan Mohamed Rasman berjanji untuk menyelesaikan masalah ketiadaan kad pengenalan yang dihadapi oleh Asmah - Foto Astro AWANI

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Warga emas tiada kad pengenalan, tidak tahu usia sebenar
Lebih menyedihkan keadaan wanita itu apabila hidup sebatang kara dengan hanya menyewa di sebuah stor kecil berdindingkan zink.