Seorang warga emas terkejut apabila mendapati wang RM80,000 dalam simpanannya hanya berbaki RM63.21 sen selepas memeriksa akaun bank miliknya semalam.
Wanita berusia 64 tahun itu berputih mata kerana telah diperdaya sindiket Macau Scam yang melibatkan penyamaran sebagai pegawai bank dan anggota polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, akibat rasa takut kerana dikaitkan dengan satu kes pengubahan wang haram, selain mempunyai tunggakan pinjaman bank berjumlah RM50,000, wanita itu mendaftarkan nombor telefon individu lain dalam daftar akaun bank miliknya.
Menurutnya, mangsa telah menerima panggilan daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai pegawai sebuah bank di Kuala Lumpur pada 2 Disember tahun lalu.
"Suspek memaklumkan, mangsa ada membuat pinjaman dari bank berkenaan, cawangan Serdang Perdana, dan berlaku tunggakan bayaran balik mencecah RM50,000.
"Mangsa kemudian menafikan perkara itu dan panggilan disambung kepada anggota polis bagi tujuan semakan sebelum mangsa dimaklumkan dia turut dikehendaki atas kes pengubahan wang haram," katanya.
Mohd Wazir menjelaskan, mangsa bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan dia diminta berurusan dengan seorang lagi wanita, kononnya pegawai dari Bank Negara, bagi urusan menyelesaikan kes tersebut.
Jelasnya, suspek yang kononnya pegawai dari Bank Negara itu mengarahkan mangsa supaya memindahkan semua wangnya, termasuk wang simpanan dari akaun bank lain, ke satu akaun bank miliknya.
"Pemindahan itu perlu dibuat bagi tujuan siasatan, katanya, dan mangsa akur dengan arahan itu, sekali gus memindahkan wang dari akaun Tabung Hajinya berjumlah RM65,000 dan wang hasil gadaian barang kemas RM7,450, selain baki sedia ada, ke dalam akaun berkenaan.
"Mangsa kemudian diminta mengemaskini akaun banknya itu dengan menukar nombor telefon lama kepada nombor baharu yang diberikan," katanya.
Mohd Wazir berkata, selepas semua arahan itu diikuti, mangsa membuat semakan akaun bank tersebut pada 5 Februari lalu dan terkejut apabila mendapati wang dalam akaun itu hanya berbaki RM63.21 sen.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Noraniza Kamsani
Thu Feb 06 2020
![Warga emas terkejut baki wang tinggal RM63 dalam bank Warga emas terkejut baki wang tinggal RM63 dalam bank](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/71553084856_scamgeneric.jpg)
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715156864_TBFooWeiMin.jpg)
Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa
Perancang kewangan perlu memainkan peranan untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan yang menjurus kepada pengubahan wang haram kepada pihak berkuasa.
![SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714266965_najib.jpg)
SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC
Che Abdullah berkata Najib adalah pemegang saham tunggal serta penasihat emeritus syarikat dan beliau telah membuat keputusan untuk melaburkan RM3.6 bilion ke dalam syarikat itu.
![Mahkamah tolak permohonan Aman Palestin untuk mulakan semakan kehakiman berhubung pembekuan akaun bank Mahkamah tolak permohonan Aman Palestin untuk mulakan semakan kehakiman berhubung pembekuan akaun bank](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711015500_tbAmanPalestin.jpg)
Mahkamah tolak permohonan Aman Palestin untuk mulakan semakan kehakiman berhubung pembekuan akaun bank
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Aman Palestin untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman berhubung pembekuan 11 akaun banknya oleh SPRM.
![RM9.4 juta bantuan musim tengkujuh disalur kepada peneroka tanaman getah Felda RM9.4 juta bantuan musim tengkujuh disalur kepada peneroka tanaman getah Felda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61677237917_Penorehgetah.jpg)
RM9.4 juta bantuan musim tengkujuh disalur kepada peneroka tanaman getah Felda
Kerajaan menyalurkan peruntukan berjumlah RM9.4 juta bagi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada 11,784 peneroka tanaman getah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang layak di seluruh negara.
![1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib 1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702031282_NajibTunRazak.jpg)
1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib
Peguam utama Najib menuduh penganalisis Bank Negara tidak bebas' dan bersekongkol dengan SPRM semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1MDB.
![Pelajar IPTA di Arau alami kerugian RM38,000 ditipu Macau Scam Pelajar IPTA di Arau alami kerugian RM38,000 ditipu Macau Scam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674727253_scamgeneric.jpg)
Pelajar IPTA di Arau alami kerugian RM38,000 ditipu Macau Scam
Seorang pelajar IPTA di Arau mengalami kerugian RM38,000 selepas dipercayai ditipu Macau Scam apabila terpedaya dengan dakwaan terlibat dalam siasatan kes pengubahan wang haram.
![Kes pelaburan wang haram Singapura: Lebih S$2.8 bilion aset dirampas Kes pelaburan wang haram Singapura: Lebih S$2.8 bilion aset dirampas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696337624_JosephineTeo.jpg)
Kes pelaburan wang haram Singapura: Lebih S$2.8 bilion aset dirampas
Nilai aset yang dirampas atau dikeluarkan mengikut larangan perintah pelupusan oleh PSPF berkaitan kes pengubahan wang haram baru-baru ini kini berjumlah lebih S$2.8 bilion Singapura.
![LHDN tidak lagi terima cek, MOPO sebagai instrumen terimaan bayaran cukai langsung LHDN tidak lagi terima cek, MOPO sebagai instrumen terimaan bayaran cukai langsung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81648026766_LHDN.jpg)
LHDN tidak lagi terima cek, MOPO sebagai instrumen terimaan bayaran cukai langsung
LHDN secara berperingkat tidak lagi menerima cek dan MOPO sebagai instrumen terimaan bagi bayaran cukai langsung.
![Seleweng lebih RM30,000 masuk akaun sendiri, profesor ditahan SPRM Seleweng lebih RM30,000 masuk akaun sendiri, profesor ditahan SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676198762_handcuff.jpg)
Seleweng lebih RM30,000 masuk akaun sendiri, profesor ditahan SPRM
Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu merupakan profesor gred Jusa C ditahan pada jam 3.30 petang hari ini di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.
![KPM akan tambah baik proses pembayaran wang bantuan awal persekolahan KPM akan tambah baik proses pembayaran wang bantuan awal persekolahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674003132_MenteriPendidikanF.jpg)
KPM akan tambah baik proses pembayaran wang bantuan awal persekolahan
Ini termasuk memasukkan terus ke dalam akaun bank murid atau ibu bapa mereka supaya lebih selamat dan menjimatkan masa.