KUALA LUMPUR: Kerajaan menyalurkan peruntukan berjumlah RM9.4 juta bagi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada 11,784 peneroka tanaman getah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang layak di seluruh negara.
Felda dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan bantuan yang disalurkan melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) berjumlah RM800 bagi setiap peneroka tanaman getah itu akan diberikan dalam tiga fasa bermula pada Disember 2023 sehingga Februari 2024.
"Bayaran fasa pertama melibatkan nilai RM400 manakala fasa kedua dan ketiga masing-masing melibatkan nilai RM200. Kesemua bayaran ini akan dibuat secara terus ke akaun bank peneroka terlibat.
"Peneroka tanaman getah yang layak menerima bantuan ini ialah mereka dengan lot utama getah yang menghantar hasil ke pusat mengumpul getah Felda, mereka yang tiada hasil kerana isu buruh atau serangan penyakit pokok getah, serta mereka yang sedang dalam tempoh tanam semula bersama Felda," menurut kenyataan itu.
Menurut Felda, bantuan ini diharap dapat meringankan beban peneroka tanaman getah terutamanya dalam menghadapi musim tengkujuh.
Felda dalam kenyataan sama turut menzahirkan penghargaan atas keprihatinan kerajaan menyediakan peruntukan BMT untuk peneroka Felda yang sebelum ini ditanggung sepenuhnya menggunakan dana dalaman Felda.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 19 2023

Menurut Felda, bantuan ini diharap dapat meringankan beban peneroka tanaman getah terutamanya dalam menghadapi musim tengkujuh. - Foto fail/BERNAMA

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

RM9.4 juta bantuan musim tengkujuh disalur kepada peneroka tanaman getah Felda
Kerajaan menyalurkan peruntukan berjumlah RM9.4 juta bagi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada 11,784 peneroka tanaman getah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang layak di seluruh negara.

BMT beri kelegaan kepada pekebun kecil hadapi musim tengkujuh
Bantuan Musim Tengkujuh mengurangkan beban dan kos sara hidup yang dihadapi pekebun kecil apabila tibanya musim tersebut.

Bantuan Musim Tengkujuh RM69.9 juta untuk pekebun kecil Risda - PM
Ia sebagai usaha berterusan dilaksanakan kerajaan bagi memelihara kebajikan pekebun kecil yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada industri getah negara.

Lebih 200,000 penoreh getah, pekebun kecil mula terima bantuan RM300 hari ini
Bayaran pertama Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2020 sebanyak RM300 akan mula dimasukkan ke dalam akaun 202,717 pekebun kecil dan penoreh getah yang berdaftar dengan Risda, hari ini.

Bantuan Musim Tengkujuh bukan untuk tujuan peribadi - Madius
Bantuan itu bukan untuk tujuan peribadi tetapi diserahkan kepada sepupunya yang menguruskan empat hektar kebun getah miliknya di Tuaran.

RM165 juta Bantuan Musim Tengkujuh untuk pekebun kecil
Mereka akan menerima bantuan sebanyak RM600 dan akan dibayar dalam dua peringkat; RM300 pada akhir tahun ini dan RM300 lagi pada awal tahun 2019.

Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh serentak sebelum akhir Januari - Ismail
Seramai 158,575 pekebun kecil getah yang belum menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) akan menerima insentif itu secara serentak untuk tiga bulan sebelum akhir bulan ini.

Pekebun kecil, penoreh getah jangan tungggu saat akhir mohon BMT
Pekebun kecil dan penoreh getah yang layak menerima elaun dibawah Bantuan Musim Tengkujuh diminta agar tidak menunggu hingga saat akhir.

Bantuan Musim Tengkujuh akan dibayar bermula November ini
Ini adalah bantuan yang diberikan kepada mereka yang kebiasaannya menghadapi masalah hasil getah apabila musim tengkujuh melanda.