KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT 2021) kepada seramai 232,319 pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) yang melibatkan peruntukan berjumlah RM69.9 juta.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia sebagai usaha berterusan dilaksanakan kerajaan bagi memelihara kebajikan pekebun kecil yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada industri getah negara.
“Pembayaran RM600 seorang pada kadar RM300 untuk bulan Disember 2021 dan bulan Januari tahun 2022,” kata Muhyiddin dalam ucapannya pada Majlis Penyampaian Dividen Risda dan Felcra tahun 2021 di Auditorium Sultan Ahmad Shah, Ibu Pejabat Risda pada Selasa.
Katanya, dalam usaha untuk membantu pekebun kecil meningkatkan pendapatan menerusi penanaman getah, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Risda pada tahun ini telah memperluaskan skop Bantuan Tanam Semula Getah.
"Pekebun kini boleh membuat permohonan untuk tanah kosong atau tanah selain bertanam getah.
“Keluasan tanah yang melayakkan bantuan ini adalah minimum 0.1 hektar hingga maksimum 5.0 hektar.
“Usaha ini bukan sahaja dilihat kepada peningkatan ekonomi pekebun kecil, malah kerajaan menyasarkan pengeluaran getah negara dapat ditingkatkan dengan memastikan keluasan tanaman getah kepada 1.1 juta hektar serta mengurangkan tanah terbiar yang tidak diusahakan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan menyediakan Skim Insentif Lateks (SIL) yang melibatkan pemberian input pertanian, penyelenggaraan kebun serta insentif upah penoreh pada kadar RM500 satu hektar.
“Skim ini diperkenalkan untuk menggalakkan pekebun kecil menghasilkan lateks dan meningkatkan pendapatan sebanyak 30 peratus berbanding penghasilan skrap,” ujarnya.
Isabelle Leong
Tue Apr 27 2021

Muhyiddin hadir pada Majlis Penyampaian Dividen Risda dan Felcra 2021 di Ibu Pejabat Risda. Turut sama Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (kiri). -Bernama

Skuad takraw Bihar 2025 buat simulasi awal Ramadan
Bekas tekong negara itu mahu pemain menggandakan usaha dalam membentuk kekuatan mental dan fizikal dalam baki sesi latihan.
FBMKLCI: Merosot 3.12 peratus, aliran keluar pelabur asing berterusan
FBMKLCI mencatat pulangan 13.02 peratus pada 2024, tetapi setakat 21 Februari 2025, indeks ini turun sebanyak negatif -3.12 peratus Kita juga melihat aliran keluar pelabur asing yang berterusan, dengan jumlah mencecah MYR10.9 bilion sejak Oktober 2024. Walaupun Ringgit semakin kukuh kepada 4.41 per USD dan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus pada 2024 dengan inflasi kekal rendah, pasaran saham masih menunjukkan kelemahan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Februari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama GeeGee Ahmad & Farhan Hakimi
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu

Pengurusan dana awam, kes buli antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Jamaludin ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan setiap peruntukan dana awam yang diumumkan dalam belanjawan tidak diseleweng.
Ringgit dijangka cecah paras sokongan 4.36 minggu ini
Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika minggu ini, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.
23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam. #AWANInews
Beirut Dikejutkan dengan Kehadiran Pesawat Israel Ketika Pengebumian Dua Pemimpin Lubnan
Pesawat Israel dilihat terbang di Beirut pada Ahad ketika upacara pengebumian Hassan Nasrallah dan Hashem Safieddine yang terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Zionis. Puluhan ribu rakyat di Lubnan dilihat berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada dua pemimpin itu. #AWANInews

Pengajaran buat semua komuniti Liga-M
Kesalahan menurunkan pemain tidak berkelayakan pada aksi final pertama 15 Feb lalu menyaksikan The Cops dihukum.

Kerajaan peruntuk RM255 juta bantu pekebun kecil getah terjejas akibat musim tengkujuh
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM255 juta bagi membantu pekebun kecil getah di seluruh negara yang terkesan akibat musim tengkujuh.

BMT beri kelegaan kepada pekebun kecil hadapi musim tengkujuh
Bantuan Musim Tengkujuh mengurangkan beban dan kos sara hidup yang dihadapi pekebun kecil apabila tibanya musim tersebut.

Bantuan Musim Tengkujuh berjumlah RM9.7 juta untuk peneroka tanaman getah Felda
Felda akan menyalurkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) berjumlah RM9.7 juta kepada 12,138 peneroka tanaman getah Felda yang layak di seluruh negara.

Bajet 2023: Tambahan Bantuan Musim Tengkujuh turut libatkan pekebun Felda - PM
Tambahan kewangan bagi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2023 turut membabitkan pekebun kecil Felda.

Dewan Rakyat: Kerajaan cadang sedia RM80 juta untuk Tabung Bencana Pertanian
Kerajaan juga mencadangkan kenaikan kepada kadar ESHND daripada RM200 kepada RM250 sebulan bagi 3,400 nelayan darat yang berdaftar.

PM Najib umum agihan RM112.33 juta kepada pekebun kecil Risda
Sebanyak RM39.59 juta daripada jumlah itu diagihkan kepada 16,080 peserta Rancangan Tanaman Baharu Berkelompok (RTBB) dan RM72.7 juta lagi diagihkan kepada 17,443 peserta Tanam Semula Komersial (TSK).

Pekebun kecil, penoreh getah jangan tungggu saat akhir mohon BMT
Pekebun kecil dan penoreh getah yang layak menerima elaun dibawah Bantuan Musim Tengkujuh diminta agar tidak menunggu hingga saat akhir.

Peruntukan hampir RM10 bilion untuk subsidi, insentif tahun ini - PM Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan memperuntukkan hampir RM10 bilion subsidi dan insentif dalam pelbagai sektor tahun ini dan jumlah itu semakin meningkat setiap tahun.