KUALA LUMPUR: Tahun Baharu Cina kali ini amat bermakna buat warga emas Leong Choong Keong, apabila bantuan bayaran sewa bulanan kediamannya dilanjutkan untuk tempoh setahun lagi.
Leong, 66, pernah mendapat perhatian pelbagai pihak pada Februari tahun lepas, selepas beliau didapati tinggal di dalam pondok usang dikelilingi semak di kawasan Kampung Baru Salak Selatan.
Nasibnya itu turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa yang ketika itu Menteri Wilayah Persekutuan, dengan membantu menanggung bayaran deposit dan sewa bulanan rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Salak Selatan.
Semalam, Annuar bersetuju untuk melanjutkan bantuan tanggungan sewa bulanan kediaman warga emas itu, yang sepatutnya berakhir April ini, untuk tempoh setahun lagi sehingga April 2023.
"... kebetulan nak raya ni (Tahun Baharu Cina), saya datang. Saya seronok juga datang tengok rumah beliau masih dalam keadaan bersih, mengambil kira beliau pernah duduk dalam keadaan yang sangat daif sebelum ini, dan beliau sangat jaga kebersihan rumah ini.
"... dulu dia ada seorang kakak tapi telah meninggal dunia, jadi beliau tiada mata pencarian. Oleh itu, saya akan tanggung (sewa bulanan rumah) setahun lagi sehingga 2023," kata Annuar kepada Bernama selepas menyampaikan bantuan Tahun Baharu Cina kepada Leong di kediamannya semalam.
Tahun lepas, Leong ditemui menghuni pondok usang yang hanya berbumbung zink reput serta berdindingkan kain selimut dan plastik.
Lebih menyedihkan, beliau juga masih menggunakan kad pengenalan lama (kad pengenalan plastik) yang sudah hampir reput, menyebabkan beliau tidak dapat memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, serta kemudahan-kemudahan lain yang disediakan kerajaan.
Bagaimanapun, kad pengenalan itu telah diganti dengan MyKad pada Mac tahun lepas menerusi Program Mekar, iaitu program turun padang Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi urusan pengeluaran dokumen pengenalan diri kepada golongan memerlukan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 27 2022

Annuar (kiri) beramah mesra bersama Leong dan menyampaikan sumbangan sempena Tahun Baharu Cina di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Salak Selatan, Kuala Lumpur, 27 Jan 2022. --fotoBERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Premier Abang Johari beri 'lampu hijau' untuk projek jambatan di Sibu
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberikan 'lampu hijau' untuk pembinaan jambatan sepanjang 400 meter yang menghubungkan tebing barat Sibu dengan pusat bandar.

PM Anwar minta Sarawak bekalkan elektrik ke FIlipina - Abang Johari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan Sarawak membekalkan lebihan tenaga elektriknya ke selatan Filipina melalui Sabah bermula tahun depan.

Lebih 1,500 tetamu meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai
Fahmi berkata sambutan itu cukup meriah dengan kehadiran komuniti setempat meskipun dalam keadaan cuaca kurang baik.

PN, FMM bincang cara pertingkat daya saing, cipta faedah ekonomi mampan
Perbincangan bagi membantu komuniti perniagaan mewujudkan persekitaran perniagaan yang proaktif dan menjamin dasar mesra perniagaan.

MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.

Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor
Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.

Konsep MADANI menyatupadukan rakyat berbilang kaum - Chan
Rakyat harus menghindari prasangka buruk antara satu sama lain dan mengamalkan nilai positif, meskipun dengan budaya yang berbeza.

Lelaki mengamuk ketika operasi di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang didapati positif dadah
Lelaki yang ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat ketika operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang malam tadi didapati berada di bawah pengaruh dadah.

Trend guna 'dummy buckle' semakin membimbangkan - Pengarah JPJ Negeri Sembilan
Pemandu suka memakai 'dummy buckle' bagi menghentikan penggera dengan alasan tidak selesa.

Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis
Keadaan semakin tegang apabila lelaki tersebut mula melakukan provokasi dan cuba bertindak agresif terhadap anggota JPJ dan polis trafik.