Hasrat seorang warga emas menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya di Hulu Langat, Selangor tidak kesampaian apabila beliau meninggal dunia setelah sesak nafas ketika berada dalam pesawat yang menunggu masa untuk berlepas dari Lapangan Terbang Tawau pada Rabu.
Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus ketika kejadian, Kassim Kastubi, 59, bersama 11 anggota keluarganya berada dalam pesawat AirAsia untuk ke Kuala Lumpur.
Katanya ketika sedang duduk di dalam pesawat itu pada 3.55 petang, anak saudaranya menyedari mangsa dalam keadaan sesak nafas.
"Anak saudara lelaki itu kemudian memaklumkan kepada anak kapal bertugas dan bantuan pernafasan serta bantuan oksigen diberikan sebelum Kassim dikejarkan ke Klinik Kesihatan Balung.
"Kassim kemudian disahkan meninggal dunia oleh seorang pegawai perubatan klinik itu," kata Fadil dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.
Fadil berkata, siasatan awal mendapati warga emas itu yang tinggal di Taman Ria 3 di sini menghidapi penyakit buah pinggang, kencing manis serta tekanan darah tinggi dan juga pernah menjalani pembedahan di kaki kanan kerana penyakit kencing manis yang dialaminya.
Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 20 2019

Siasatan awal polis mendapati warga emas yang sesak nafas itu menghidapi penyakit buah pinggang, kencing manis serta tekanan darah tinggi. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Warga emas sesak nafas dalam pesawat, meninggal dunia
Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus ketika kejadian, Kassim Kastubi, 59, bersama 11 anggota keluarganya berada dalam pesawat AirAsia untuk ke Kuala Lumpur.

Jual syabu di gerai, dua wanita ditahan
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, suspek berusia 30 dan 31 tahun itu bakal berdepan hukuman gantung selepas polis menemui dadah seberat 251.10 gram yang disembunyikan dalam sebuah bakul.

Lelaki parah dipukul, sepupu buat laporan polis
Seorang wanita tampil membuat laporan polis selepas sepupunya terlantar di Hospital Tawau, dipercayai akibat ditikam dan dipukul di kawasan antara Lorong Jalan Merdeka 3 dan bank CIMB di Fajar di sini

Empat maut, seorang patah kaki dirempuh pemandu mabuk
Dalam kejadian 1.15 pagi itu, kereta dipandu wanita berusia 34 tahun itu turut melanggar sebuah van Toyota Hiace serta dua kereta iaitu Perodua Bezza dan Perodua Myvi.

Bayi perempuan cukup sifat dibuang
Seorang peniaga nasi lemak terkejut apabila menemui seorang bayi perempuan ditinggalkan berhampiran gerainya di hadapan sebuah masjid awal pagi ini.

Bayi cukup sifat ditinggalkan di perhentian bas
Seorang pembantu kedai kopi yang dalam perjalanan pulang dari kerja terkejut apabila mendengar tangisan dari dalam sebuah kotak di perhentian bas.

Polis nafi laporan tular kanak-kanak dirogol di Tawau
Lelaki berusia 25 tahun itu telah ditahan selepas ibu kepada mangsa berusia 10 tahun itu membuat laporan di balai polis pada pukul 1.56 petang.

Wanita ditahan bersama 3 kilogram dadah syabu di Tawau
Seorang suri rumah ditahan polis kerana menyembunyikan bungkusan disyaki dadah jenis syabu seberat tiga kilogram dengan anggaran nilai RM240,000.

Pelajar lelaki duduki SPM lemas
Seorang pelajar lelaki yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ditemui lemas di kolam renang sebuah pusat pelancongan di Jalan Bukit Quoin di sini, hari ini.

Anak tikam, tetak ayah kandung hingga mati di Tawau
Suspek berusia 27 tahun itu menikam leher mangsa berusia 56 tahun menggunakan pisau di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Titingan.