SINGAPURA:"Love knows no distance; it hath no continent; its eyes are for the stars" - Gilbert Parker.
Mungkin itu kata-kata yang sesuai untuk Aishah Rahmat, seorang warga emas rakyat Singapura yang terpisah selama lapan bulan dengan suaminya yang kini berada di Johor, Malaysia berikutan syarat ketat yang dikenakan di pintu sempadan kedua-dua negara bagi mengekang wabak COVID-19.
Apatah lagi, hari ini merupakan hari jadi suaminya Yaacob Moin, 63, yang juga warga Singapura dan beliau juga bimbang kerana suaminya tinggal seorang diri di Johor Bahru kerana anak-anaknya turut berada di Singapura.
Sepanjang tempoh itu, suri rumah berusia 61 tahun itu menjadikan Facebook sebagai 'sahabat karib' beliau meluahkan kesedihannya terpaksa berpisah dengan suami tercinta.
Pada 15 Nov, beliau menulis hantaran: "15.03.20 - 15.11.20. Today is exactly 243 days since I was away from my husband. We are all tested to be patient and resilient until this COVID-19 pandemic passes" (15.03.20 - 15.11.20. Hari ini genap 243 hari sejak saya terpisah sementara dengan suami. Kita semua diuji untuk bersabar dan tabah sehingga pandemik COVID-19 ini berakhir).
Aishah turut berkongsi pautan satu lagu nasyid dalam laman sosialnya itu iaitu 'Perjalanan Hati'.
Baru-baru ini, Bernama berpeluang bertemu Aishah dan kesedihannya tidak dapat ditanggung lagi kerana bukan sahaja terpaksa berpisah jauh dengan suami, tetapi juga wabak yang boleh membawa maut ini menyebabkan hasratnya untuk menunaikan umrah pada 13 Mac lepas, terkubur.
"Kami baru sahaja hendak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum menerima panggilan daripada syarikat pengurusan umrah bahawa perjalanan kami dibatalkan," katanya.
Dua hari kemudian, Aishah yang tidak mempunyai pas lawatan jangka panjang untuk tinggal di Malaysia lebih 30 hari, perlu pulang ke Singapura dan bermulalah episod perpisahan dengan suaminya itu.
"Saya tiada pilihan melainkan kekal berada di Singapura sebaik sahaja kerajaan Malaysia mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac," katanya yang tinggal bersama sepupunya di Tampines sementara waktu.
Aishah yang berulang-alik ke Johor Bahru sejak 15 tahun lepas berkata beliau tidak menyangkakan tempoh PKP itu yang pada mulanya ditetapkan selama dua minggu, berlarutan sehingga ke lapan bulan.
Apa yang lebih memilukan apabila suaminya tidak dapat berjumpa adiknya Salim Moin, 59, yang juga bekas pemain bola sepak Singapura, buat kali terakhir apabila meninggal dunia pada 7 Nov lepas di seberang tambak.
"Suami hanya menyaksikan pengebumian melalui panggilan video," kata Aishah yang turut berkongsi sekeping gambar Yaacob dan Salim kepada Bernama pada kali terakhir mereka berjumpa pada majlis perkahwinan anak mereka di Singapura, Februari lepas.
Aishah berkata sejak dikejutkan dengan kematian adik ipar secara tiba-tiba, beliau semakin bimbang dengan kesihatan suami yang seorang diri dan sentiasa berpesan dan berdoa agar suaminya sentiasa sihat.
Bagi mengubat kesedihan dan mengisi masa, Aishah berkata beliau menyertai pengajian agama secara dalam talian setiap hari mulai 20 Mac lepas.
"Saya juga manfaatkan 'SkillFutureSG Credit' yang disediakan kerajaan Singapura. Saya belajar tentang penggunaan komputer, telefon bimbit dan tablet," katanya yang pernah bekerja sebagai setiausaha di beberapa syarikat antarabangsa.
Wanita dua anak ini amat berharap agar PKP Pemulihan akan berakhir pada 31 Dis kelak sekali gus langkah ketat di sempadan dapat dilonggarkan agar dapat bertemu semula suaminya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 22 2020
Aishah berkongsi gambar Yaacob dan Salim kepada Bernama pada kali terakhir mereka berjumpa pada majlis perkahwinan anak mereka di Singapura, Februari lepas. - Twitter/ Bernama
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 janjikan persembahan meyakinkan malam ini
Empat peserta akan mempertaruhkan kombinasi lagu, dinamika persembahan dan interaksi memukau demi memikat hati juri.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [8 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
Empat anggota pengaman UNIFIL Malaysia cedera dalam serangan Israel di Lubnan
KDN cadang RUU tahanan rumah untuk individu direman
Insiden buli UPNM, suspek tekap sterika didakwa hari ini
#AWANInews #AWANIpagi
Empat anggota pengaman UNIFIL Malaysia cedera dalam serangan Israel di Lubnan
KDN cadang RUU tahanan rumah untuk individu direman
Insiden buli UPNM, suspek tekap sterika didakwa hari ini
#AWANInews #AWANIpagi
ACL2: Muangthong United berpesta jaringan ke atas Cebu
Poramet Arjivirai paling menyerlah dengan jaringan hatrik, sambil Felicio Brown Forbes dan Kakana Khamyok turut hasilkan jaringan berganda.
Terlanggar cermin sisi kereta, penunggang motosikal maut digilis lori
Motosikal yang ditunggang seorang lelaki melalui lorong tengah menghala ke Johor Bahru telah terlanggar cermin sisi sebuah kereta di lorong kanan.
Dua beranak maut ditikam: 'Suspek bukan kekasih mangsa' - Keluarga
Menurut salah seorang ahli keluarga mangsa, suspek bukan kekasih mangsa seperti yang ditular di media sosial.
Trump akan perkukuh hubungan dengan sekutu di Asia Barat, tekan Hamas - Pakar
Presiden Terpilih AS, Donald Trump dijangka akan memulakan pentadbirannya dengan memperkukuh hubungan dengan sekutunya di Asia Barat.
Perancis tuntut penjelasan PSG terkait sepanduk pro-Palestin
Perancis pada Khamis menuntut penjelasan daripada Paris Saint-Germain (PSG), kelab bolasepak terkemuka negara itu, berikutan paparan sepanduk pro-Palestin yang dianggap "tidak boleh diterima", oleh para penyokong semasa perlawanan.
Menteri Dalam Negeri Bruno Retailleau dalam kenyataan di X berkata, beliau meminta
PSG memberikan penjelasan dan kelab-kelab supaya memastikan politik tidak merosakkan sukan, yang sepatutnya menjadi sumber penyatuan.
Menteri Dalam Negeri Bruno Retailleau dalam kenyataan di X berkata, beliau meminta
PSG memberikan penjelasan dan kelab-kelab supaya memastikan politik tidak merosakkan sukan, yang sepatutnya menjadi sumber penyatuan.
Gunung Marapi meletus lagi, penduduk diminta berwaspada
Gunung Marapi di Sumatera Barat kembali mletus dan menghamburkan debu dan batu panas sekitar 800 meter dari puncaknya sejak semalam.
Salji pertama landa wilayah Al-Jawf, Arab Saudi
Wilayah Al-Jawf di Arab Saudi mengalami salji pertama, sekali gus menukar landskap gurun gersang kepada 'kawasan ajaib' musim sejuk.
Fenomena luar biasa itu berlaku selepas hujan lebat berterusan dan hujan batu yang melanda seluruh negara teluk itu.
Fenomena luar biasa itu berlaku selepas hujan lebat berterusan dan hujan batu yang melanda seluruh negara teluk itu.
SIRIM lancar inisiatif perkasa amalan ESG dalam industri
SIRIM Berhad (SIRIM) hari ini melancarkan 'SIRIM ESG Holistic Ecosystem', satu inisiatif yang bertujuan menyokong dan mempercepat amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam kalangan industri Malaysia.
Terlanggar cermin sisi kereta, penunggang motosikal maut digilis lori
Motosikal yang ditunggang seorang lelaki melalui lorong tengah menghala ke Johor Bahru telah terlanggar cermin sisi sebuah kereta di lorong kanan.
Wanita warga emas rugi lebih RM200,000 terperdaya 'phone scam'
Wanita berusia 64 tahun itu menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai daripada Kementerian Komunikasi.
KPM pantau keadaan susulan pencemaran bau kimia di Johor Bahru
KPM terus memantau keadaan di beberapa sekolah berhampiran dengan kawasan terlibat dalam kejadian pencemaran bau kimia di Johor Bahru.
Geng Bala tumpas, 11 ahli diberkas
Polis percaya berjaya menumpaskan 'Geng Bala' yang aktif dalam kegiatan samun dan pecah rumah dengan penahanan 11 individu.
Sindiket dadah RM1.85 juta tumpas, ibu dan anak, pasangan kekasih ditahan
Ibu dan anak serta pasangan kekasih antara lima ditahan kerana dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah bernilai RM1.85 juta.
Bayi patah kaki disyaki didera: Pengasuh direman tiga hari lagi
Reman terhadap seorang pengasuh dilanjutkan tiga hari lagi bagi membantu siasatan kes bayi perempuan dua bulan yang patah kaki disyaki didera.
Dua lemas dalam kejadian berasingan di Johor Bahru
Lapan anggota dibantu sebuah jentera FRT dan Unit EMRS dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.43 petang.
Mahkamah tolak pengakuan salah lelaki abai anak
Hakim menolak pengakuan Roslan yang pada mulanya mengaku bersalah selepas mendapati pengakuan tersebut dibuat secara bersyarat.
Jelajah Jiwa SME 2024 JB labuh tirai, produk inovatif ‘Mi Sayur’ raih pakej media bernilai RM55,600
Siri jelajah Jiwa SME 2024 Johor Bahru melabuhkan tirai dengan produk 'Mi Sayur' oleh Yumny Food muncul sebagai pemenang kategori Penyertaan Terbaik seterusnya meraih pakej media bernilai RM55,600.
Ketua sindiket antara 14 ditahan, dadah RM11.6 juta dirampas
Polis menahan 14 individu termasuk seorang ketua sindiket dan merampas dadah bernilai RM11.6 juta, dalam serbuan di sekitar Johor Bahru.